Pages

Thursday 15 December 2016

BERHUHU MELIHAT TANAH FREEHOLD RM20,000/EKAR



Penjual tanah oh penjual tanah.


Krisis ekonomi 2017-2018 belum sampai tapi ramai tuan tanah sudah mula tak boleh duduk diam. Kasihan mereka.


Nampak pulak iklan tanah dijual di lokasi yang cun melecun kat web susah.my. Hahaha.


Dah buat carian kat pejabat tanah minggu lepas, dan upah rakan juruukur untuk menyahihkan lokasi hartanah dan beberapa perkara lain, memang sahih dan wujud seperti dilihat depan mata!


Ciri-ciri tanah tersebut:


Freehold, untuk bumi sahaja, harga RM20,000/ekar, direct owner, booking 2%, boleh beli secara tunai atau loan, tanah pertanian tapi dalam zoning perumahan, geran 1 nama dan owner masih sihat, bukan tanah RTP (Rancangan Tanah Pinggir) atau tanah TOL (Temporary Occupied License @ HSM/HSD), tanah berpagar dan sempadan jelas, dah ada tanam sawit 5 tahun mengeluarkan hasil, 55-60 pokok sawit di setiap satu ekar tanah dan dah ada orang kampung yang diupah untuk petik sawit 2 minggu sekali dan tinggal sambung jer khidmat mereka, kat tanah ada rumah pondok 20x30 kaki persegi lengkap dengan tandas untuk pekerja berehat atau owner nak datang melawat, lapisan pertama dan ada akses jalan, air dan elektrik, bukan kawasan banjir dan saluran perparitan dah buat hingga ke parit utama, keadaan mineral dah cek dan tanah pun bagus utk tanaman, tanah bersih tak bersemak samun, ada sedikit rumput ragut untuk integrasi ternakan lembu atau kambing, tanah di permukaan rata dan empat segi, bukan lot lidi memanjang halus atau tiga segi atau trapezium, tiada kaveat/sekatan, buyer boleh guna lawyer sendiri DAN kos guaman, pejabat tanah & lhdn penjual tanggung sebab dah masukkan dalam kos keseluruhan. (Anggaran kos guaman maksima 5% jika beli secara loan bank dan maksima 2.5% jika beli secara tunai dari harga jualan yg dipersetujui.)


TAPI.......


TAPI.......


TAPI.......


Nak jual lump sum total 15 ekar. RM300,000.


Alangkah indahnya kalau ada kawan sparring.


Taknak ramai ramai.


2-3 orang pun dah cukup.


Ramai ramai nanti ramai nak mencakar jer. Hehehe.


Yang takde tunai banyak pun takpe.


Tapi sanggup belajar bersama.


Yang takde tunai dan nak bermula dari bawah, caranya ialah rumah nombor 1 sampai rumah nombor 4 kita hantam beli secara mark up loan setiap rumah dapat cashback around rm30k-rm50k. Listing rumah below market untuk mark up loan seperti diatas+duit sewaan rumah yg boleh cover loan bank tiap2 bulan seperti itu saya ada lubuk baekk. Hehehe.


Pembelian kelima, kita beli tanah lump sum secara tunai beramai ramai.


Taknak jv beli tanah secara hutang @ loan bank. Kena buktikan ada tunai sebelum JV. Kalau loan, nanti ada yang meroyan. Kekekeke.


Tanah diatas akan dipecah 2-3 nama dan tiap2 orang akan dapat geran sendiri2. Sangat berbaloi sebab sorang dapat dalam 5-7.5 ekar.


Harga rm20,000/ekar tuuuu. Income tandan buah segar sawit sekarang rm500/tan. Kata pakar sawit, seekar secara worse atau purata boleh hasilkan 1 tan sebulan jika tanam 55-60 pokok dengan penjagaan standard. Kiralah setahun berapa rm masyukkk. Hahaha.


Agak2 dah bosan dengan sawit, kita pecahkan by lot dan tukar syarat kepada kediaman. 1 ekar boleh pecah kepad 5-6 lot lepas tolak rezab jalan dan parit. 1 lot kita jual murah2 jer rm50,000. Huahuahua. Takpun JV @ pawah dengan developer. Boleh dapat rumah free!


Adeh. Banyak lagi nie tanah murah murah yang segala kondisinya bagus tapi kena beli lump sum.


Ade yang berkeinginan juga ke?


Komen sikit "Saya berkeinginan!"


Atau SHARE dan repost "Saya berkeinginan!"


Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com





9 comments:

  1. Aku berkeiginan..

    ReplyDelete
  2. boleh email saya en rafiq??: dinellkamil90@gmail.com
    ad soalan sikit nk tnye,sye beminat ngn posting sblm ni... tq..

    ReplyDelete
  3. Salam en Rafiq, susah juga nak berkomunikasi dengan en Rafiq ni... saya tengok semua komen dan pertanyaan tak pernah pun dibalas..

    ReplyDelete
  4. Salam encik rafiq. Masih available ke apa yang dikatakan seperti di atas. Jika masih available saya berminat. Boleh hubungi saya di 012-2488500.

    ReplyDelete
  5. Saya minat. Sila pm tepi en rafiq.

    ReplyDelete
  6. Salam tuan, saya berminat nak tahu lebih lanjut. Sedang mencari tanah untuk pertanian. cadang nak buat kebun sikit utk pelan persaraan. Bab nak mencari tanah kat mana pada harga yg munasabah tu yg tak tahu...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Saya doakan semua sahabat sahabat sudah ketemu tanah impian masing masing

      Delete