Thursday, 8 February 2018

PEMBELAJARAN TANPA SUKATAN

Pernah terfikir bagaimana sewaktu zaman sekolah dahulu jika kita tidak diberikan apa apa sukatan pembelajaran atau sebagainya untuk belajar atau menelaah sesuatu bidang ilmu? Contohnya:

1. Tiada sukatan pelajaran yang ditentukan untuk sesuatu bidang ilmu tersebut.
2. Tiada buku yang pernah diterbitkan oleh mana mana penulis untuk bidang ilmu tersebut yang boleh dijadikan rujukan.
3. Tiada nota ringkas untuk memudahkan pembelajaran atau menyimpulkan keseluruhan bidang ilmu tersebut.
4. Tiada langsung guru yang mahir atau berpengalaman dalam bidang ilmu tersebut yang boleh mengajar, mengadakan kelas/ kuliah/ tutor, mengadakan proses pembelajaran dan pengajaran dan boleh dijadikan rujukan.
5. Tiada langsung pelajar atau orang lain yang sama sama ingin belajar atau menelaah bidang ilmu yang sama yang boleh dijadikan rakan perbincangan ilmiah.

Tup tup. Terus kena masuk dewan peperiksaan (kalau bidang ilmu yg ada exam lah). Atau dalam istilah lain, tup tup terus kena guna ilmu dalam bidang tersebut untuk mengaplikasikan dalam kehidupan atau menyelesaikan masalah (kalau bidang ilmu yg takde exam).

Apa yang anda lakukan untuk memperoleh ilmu tersebut? Bagaimana anda akan lakukan untuk dapatkan ilmu tersebut?

Salam Think Tank demi sekelumit cabang ilmu baru.

IMAGINATION IS BOUNDLESS

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

No comments:

Post a Comment