Thursday, 30 August 2018

MASIH ADA CAHAYA DI BALIK MATA ITU

Semalam dugaan besar melanda lagi. Macam biasalah kalau dah dugaan, mesti Dia uji kat periuk nasi kau punya untuk kasi kau beringat. Periuk nasi aku datang dari bisnes. Memang 9 dari 10 punya dugaan yang sampai. Tambah pulak rutin sibuk berkaitan bisnes ni yang selalu buat aku lepa nak ingat Dia. Memang mendapat. Harap harap ini hanyalah dugaan dan bukannya bala.

Kalau sebelum ini, dugaan yang paling kerap aku hadapi ialah dugaan ber patnering dalam business. Tapi kali ini rare sikit. Walaupun ianya tak sebesar dugaan tahun 2014, dugaan tahun 2018 ni aku label kan sebagai dugaan pertama yang bakal aku hadap yang aku rasa takkan ada mana mana orang awam pernah lalui.




Alah, biasalah tu. Selagi hidup, ni lah masa nak berpenat penat.

Nak rehat rehat (kalau layak), tunggulah mati.





Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Tuesday, 28 August 2018

KAT MANA NAK MELABUR?

Alhamdulillah. Minggu lepas selesai segala aktiviti korban sempena menyambut Aidiladha. Biasalah kalau balik kampung, asal nampak aku macam tengah available, ada lah yang datang ajak borak borak. Seperti biasa, soalan soalan berkaitan financial, property, cara nak settle hutang rumah 10 tahun awal, peluang peluang buat duit dan sebagainya selalu menghinggap aku.

Cuma dalam artikel ni aku nak kongsikan apa yang aku akan jawab kalau ada yang bertanya soalan KAT MANA NAK MELABUR? Biasa orang yang tanya soalan nie, ialah orang yang dah atau bakal dapat durian runtuh. Biasanyalah.

Dari perspektif aku, bila aku menerima soalan KAT MANA NAK MELABUR, aku akan screening dulu orang yang bertanya tu. Kalau dia nak melabur dalam skala individu, aku akan jawab jawapan lain. Kalau dia ialah individu yang bakal mewakili sesuatu organisasi besar swasta atau kerajaan untuk buat pelaburan, aku akan bagi jawapan dan penerangan lain.

Jawapan yang aku biasa "nyanyi" kalau orang nak melabur dalam skala individu setelah aku screening kemampuan dan kelayakan individu tersebut ialah aku akan cadang melabur jer kat dalam ASB, Tabung Haji, hartanah & apa apa real business. Actually ada banyak lagi peluang pelaburan lain. Memandangkan nama pun borak borak sesama saudara mara. Aku memang akan cadang invest je kat instrument yang common, proven dan memang sebenarnya mereka dah sedia faham.

Melainkan mereka nak yg lebih heavy, aku memang suggest datang office kat Melaka ni. Sebab bila datang office, dari borak borak kosong, kita boleh convert borak borak tu jadi serious, gentle and real deal.

Kalau organisasi besar atau wakil wakil dari kerajaan tanya nak invest kat mana untuk organisasi mereka aku jawab apa?

Takkan aku nak jawab ASB, Tabung Haji & bla bla bla yg berkaitan individual scale punya investment. Haha.

Pengalaman berkolaborasi dengan InvestMelaka sebenarnya banyak mengajar diri aku juga. Banyak aku belajar. Aku belajar apa nak pitch kalau big organization nak mulakan pelaburan, nak suggest pelaburan apa yg win win, bab legal dan sebagainya.

Kalau nak tahu, kebanyakan big organization yang nak mulakan pelaburan ni diaorang suka melabur dalam state-scale investment dan country scale investment. Contohnya, kat Malaysia nie let say kerajaan Persekutuan panggil pelabur pelabur luar melabur nak buat projek keretapi laju dari Sarawak sampai Johor merentasi lautan, yang ini dalam istilah pelaburan dipanggil country scale investment. 

Currently, macam kat Melaka ni pelabur pelabur terpilih bakal dijemput untuk melabur projek pembukaan kilang Apple pertama di Melaka untuk assemble produk produk Apple seperti Iphone dan barang alat ganti. Ini ialah state-scale investment.

Organisasi besar memang suka melabur dalam state-scale investment dan country scale investment. Lebih lebih lagi (mengikut pengalaman aku), pelaburan tu berkaitan:

1. Pelaburan berkaitan infrastruktur atau kemudahan awam di sesuatu negeri/negara.
2. Pelaburan berkaitan hartanah di sesuatu negeri/negara.
3. Pelaburan berkaitan perniagaan di sesuatu negeri/negara.
4. Pelaburan yang melibatkan koperasi di sesuatu negeri/negara.
5. Pelaburan melibatkan bidang ilmu, kajian atau pembanguanan modal insan di sesuatu negeri/negara untuk pulangan dan keperluan jangka masa panjang.

Lima kat atas nie kira yang paling HOT stuff lah. Kira barang panaslah kalau nak jual kat pelabur pelabur luar yang banyak duit dan dahaga tu. Janganlah kau present atau pitch peluang peluang pelaburan skala individu pulak kat pelabur pelabur jerung nie andai kata korang pun melalui situasi kalau ada orang dari organisasi besar tanya NAK MELABUR KAT MANA?



BARTER CONTRACT investment also a favourite type of investment among investors.
Example: My country will buy your country palm oil if you allow our China Dolls to serve in your country.




Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Monday, 20 August 2018

AKHIRNYA PETANI BERJAYA KAWAL KERAJAAN MALAYSIA

"Allah. Mati pula jam kat tangan ni. Mesti habis bateri ni." Ujar aku dalam hati.

Mana taknya menggelabah bila jam mati. Sebab aku tengah tunggu Lim dari kartel besar nak beli hasil pertanian aku. Aku berlari tengok jam kat pondok simpan baja, nampaknya Lim ni macam dah lambat sejam. Aku nak hantar hasil pertanian ke tempat dia memang tak boleh. Ladang aku dalam ceruk. Internet slow. Line telefon jer ada. Transport pun uzur dan terhad.

Tiba tiba dapat satu panggilan "Hello Adnan. Sorry I tak jadi beli you punya sayur hari ini. I tak boleh ke sana. Jalan kena block. You tak tengok berita ke? You bukak berita sekarang!".

Aku memang dah agak situasi cancel last minute ni akan terjadi. Aku terus balas lemah "Haaa. Okay Lim.". Lim terus tamatkan perbualan.

Aku terus pergi ke hujung kebun yang aku tahu line phone boleh naik sampai 2-3 bar. Aku terus bukak Facebook. Yelah berita kat Facebook lagi pantas dia tersebar berbanding aku buka laman web lain. Semangat aku nak tahu apa dah jadi lepas Lim beritahu tadi. Nah, terus terpampang satu headline "BEKALAN MAKANAN NEGARA TERPUTUS LEBIH AWAL DARI DIJANGKA KERANA KEMARAU TERLALU LAMA MELANDA NEGARA NEGARA PEMBEKAL."

Aku tak tap pun artikel tu. Aku sambung scroll lagi newsfeed Facebook. Aku nak cari tajuk lain yang boleh mendorong aku click dan bersemangat nak baca. Then aku nampak headline "NEGARA TIDAK MAMPU MENGHASILKAN BEKALAN MAKANAN SENDIRI KERANA KEKURANGAN PETANI TEMPATAN SEJAK PROTES BESAR BESARAN TERHADAP HASIL PERTANIAN IMPORT TAHUN LEPAS". Aku tengok tarikh post ni ianya dah berlaku minggu lepas. Ini normal bagi aku memandangkan pekebun macam aku memang jarang online.

Aku sambung swipe lagi newsfeed. Rata rata friend list aku ramai semacam menggelabah mengenai isu makanan yang sedang melanda negara. Ada yang post tanya kat mana pasar yang masih lagi beroperasi. Ada yang buat lelongan beras yang aku tengok dah sampai RM998 orang bid untuk kampit 5 kg. Then terbaca headline  "AGONG ISYTIHAR DARURAT. RAKYAT DISARAN TANAM UBI KAYU SEMENTARA MENUNGGU KEADAAN DIPULIHKAN".

Apa nie. Tak menarik langsung isu semasa yang tengah kecoh ni. Pelik aku kenapa entah si Lim tadi menggelabah sangat. Pasal makan jer pun. Tu pun nak kecoh kecoh. Kan boleh puasa.

Aku sambung bukak Whatsapp pulak lepas semua notification messages masuk stop berbunyi. Nah. 336 unread messages. Aku scroll ke bawah. Nah. Dari 336 messages, dekat 50 orang Whatsapp aku secara personal. Rata rata semua macam nak beli hasil pertanian kat kebun ceruk nie.

"Ah. Nantilah aku baca". Aku cakap sorang sorang.

Dalam banyak2 Whatsapp, aku hanya nak baca satu jer. Iaitu dari mak aku. Mak aku ada kat kebun kampung sebelah tengah teman bapak aku bagi lembu makan. Dia pesan "Nan, ubi tu jangan cabut semua. Biarkan jer atas batas. Nak makan nanti baru cabut."

Aku reply emoticon smile berserta ok panjang camni "Okayyyy makkkkkk"

Aku sambung buka Facebook lagi. Jumpa artikel yang seakan akan membuatkan aku nak click baca. Tajuknya "PETANI PETANI TEMPATAN SUDAH BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN CAMPURAN DENGAN KERAJAAN SEDIA ADA TANPA MELALUI PROSES PILIHANRAYA".

"Hmm." Aku mengeluh bosan. Aku tetap tak click untuk baca berita penuh tersebut. Tak interesting langsung.

Aku scroll laju laju seakan nak cari something selain isu makanan, isu pertanian, isu petani dan kerajaan. Akhirnya aku rasa aku dah dekat dah nak jumpa artikel yang aku akan baca sampai habis. Yes memang aku akan baca content artikel ni. Nah "Gempak! 'Hantu Kak Limah' pecah panggung catat kutipan RM20.5 juta"

Aku terus rasa akulah manusia yang paling bahagia haritu. Aku teruskan baca content pecah panggung tu sampai habis walaupun aku tahu jarak aku nak ke panggung wayang terdekat ialah sekitar 200 km. Lepas aku tamat baca artikel tu, aku rasa happy sangat. Serius, feel dia macam aku dah tengok cerita tu.



TAMMAT



Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Friday, 17 August 2018

ILMU, AMAL & ISTIQAMAH

ILMU - Nak dapatkan ilmu, kena berguru. Jika langsung tidak jumpa guru untuk sesuatu bidang yang kau cari tu, kebarangkalian kau ialah orang pertama yang akan explore secara try and error bidang tersebut bagi meraih kelazatan ilmunya. Proses nie namanya PENGALAMAN. Kalau nak tahu, 7 dari 10 orang sekeliling kau ialah kategori orang yang suka explore, membaca dan sukakan ilmu.

AMAL - Ini ialah proses kau terjemahkan segala ilmu yang dah kau pelajari dalam bentuk TINDAKAN. Tak kisahlah proses kau dapatkan ilmu tu sama ada kau dapat secara berguru atau kau the first explorerSadly, hanya 3 dari 10 orang sahaja yang cakap serupa bikin. Means diorang betul betul buat dan bertindak setelah memperoleh sesuatu ilmu.

"Masa takde ilmu menampar, orang tampar kau, kau diam. It's okay. Tapi bila dah ada ilmu menampar, time orang tampar kau, kalau kau diam, ternyata kau ialah golongan yang mensia siakan ilmu." -Atok Sam, 1999-

ISTIQAMAH - Istiqamah bermaksud berterusan dalam mengamalkan sesuatu ilmu. Istiqamah sama maksud dengan KONSISTEN. Cabaran paling besar yang dihadapi oleh manusia hari ini termasuk aku ialah untuk kekal konsisten dalam apa jua yang diamalkan. Tak perlu terkejut jika dari 10 orang, hanya seorang sahaja yang kekal konsisten dalam pengamalan sesuatu bidang ilmu. Terma paling rapat berkaitan istiqamah ialah DISIPLIN. Kita ada disiplin, apa apa kita buat pasti istiqamah.

PROJEK BANTU LANDLORDS SELANGOR

Alhamdulillah, setelah 2 tahun startup aku buat bersama rakan rakan sparring hartanah, nampaknya mula menampakkan hasil yang bukan biasa biasa. Untuk pengetahuan umum, ramai pemilik tanah di luar tu semakin terdesak dengan keadaan ekonomi sekarang. Ramai juga yang tidak tahu apa nak buat dengan tanah mereka. Yang kami suggest jual, ada yang jual. Ada tuan tanah yang kami kenalkan dengan rakan rakan usahawan tani yg proven bagus. Yang kami cadang joint venture dengan pemaju pun ada yang buat juga. Kebanyakannya ramai orang kampung yang masih bertatih dalam industri ini. Tak apa, slowly steadily kami cuba bantu sorang sorang.


"Startup ini takdelah gah mana dari segi rupa parasnya. Walaupun begitu, performance nya jangan dipandang rendah. Ibarat Toretto drive Ford Mustang tahun 1970 dalam Fast & Furious. Hehe."

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Wednesday, 15 August 2018

NI DAH KENAPA SIBUK DAN BERIA SANGAT NAK BELI RUMAH NI

Dunia akhir zaman yang dihuni oleh makhluk bernama manusia dilihat semakin tenat dari hari ke hari. Ada yang tenat jiwa. Ada yang tenat jasmani. Ada yang tenat kedua duanya. Ianya seakan tiada siapa yang sedar cancer ini yang sebenarnya akan membawa kepada total mass destruction di akhir kalam nanti. MANUSIA ROSAK, MEROSAKKAN BUMI.

10 tahun pengalaman dalam dunia kapitalis hartanah dan dunia branding banyak memberikan laluan untuk bersuai kenal dengan pelbagai jenis manusia dan pelbagai jenis RAGAM manusia. Yang tamak, yang rakus, yang playsafe, yang berhati hati, yang acah acah, yang rasa bagus dan sebagainya. Ada yang aku berkawan, ada yang aku berlawan.

Dalam banyak banyak bidang hartanah yang aku ceburi, bidang hartanah yang asal berkaitan jual beli aku nampak ialah bidang yang paling banyak meragam. Sebab apa banyak ragam & sakit? Sebab bidang ini bidang lubuk untuk buat segala maha duit tanpa kira halal haram. Kau akan jumpa situasi situasi si penjual makan pembeli, kau akan jumpa situasi bakal pembeli kena makan dan kau akan jumpa situasi taburan janji janji dan manifesto manifesto macam pilihanraya.

Dalam banyak banyak isu, untuk post ini, aku nak highlightkan topik berkaitan APA YANG DIKATA DAN APA YANG DI WAR WAR KAN OLEH SI PENJUAL HARTANAH MULAI SESUATU HARTANAH ITU DIIKLANKAN SEHINGGALAH PROSES TAWAR MENAWAR DILAKUKAN.

For the sake of marketing, for the sake of sales and not for the sake of GOD, semuanya dikatakan boleh dilakukan. Bila dah jumpa, bila dah ada masalah, bila dah bayar deposit, semuanya jadi lain. Agensi hartanah ke, perunding hartanah berdaftar ke, broker haram, halal, makruh ke sama sahaja. Lepas komisen dapat, post sikit kat FB, ucap Alhamdulillah, consider halal dah komisen tu. Nah. Ini antara 5 trick paling famous mulai dari marketing sampai buat sales (Hati hati no 4) yg ramai buaya hartanah praktikkan:

1. GAMBAR KAT IKLAN LAIN, BILA VIEWING LAIN

2. HARGA KAT IKLAN LAIN, BILA VIEWING HARGA JADI LAIN

3. MULA MULA DEPOSIT RM10K, LEPAS TU MINTAK LAGI JADI RM15K

4. EJEN PEMAJU KATA RUMAH SIAP PADA BULAN JANUARI. TAPI SIAP PADA DISEMBER. PATUTNYA BILA LAMBAT, PEMAJU KENA BERTANGGUNGJAWAB. TAPI INI PEMBELI YANG KENA BAYAR PULA. PEMAJU KATA PROJEK LAMBAT SEBAB BANK YANG LAMBAT RELEASE DUIT. BILA BANK LAMBAT, SEPERTI DALAM PERJANJIAN, IANYA CONSIDER TANGGUNGJAWAB PEMBELI. JUAL BELI APA INI?

5. MULA MULA KATA HARTANAH TAKDE MASALAH, LAST LAST WALAUPUN LOAN DAH LEPAS, NAK TUKAR NAMA GERAN PUN TAK LEPAS.

Pengajarannya, jangan telan jilat dalam dalam apa yang kau baca dan apa yang kau dengar dari jurujual. Kau lengkapkan dulu diri kau. Kalau rasa belum lengkap lagi dalaman tu, takyah tergesa gesa. Ada banyak kelakuan yang dikira dosa besar, takde satu pun ianya disebabkan kelakuan tak beli rumah dari ejen kesayangan korang tu. OK?



Oh ye. Nak share lagi so called kajian kes aku. Siang tadi aku viewing as pembeli setelah meng-usha satu iklan teres satu tingkat untuk dijual berdekatan bandar Melaka. Usha kat mudah.my. Iklan dari ejen ni aku suka. Sebab aku rasa ejen ni bagus dan jujur dari segi informasi iklannya. Tapi lepas beberapa minit kami berborak, aku bagi dia cakap banyak dan aku mengHUMINT kan dia, aku silap. Akhirnya dia keluar ayat yang aku paling jengkel iaitu:

"Belilah rumah muda muda ni selagi masih mampu. Sekarang ramai dah berusia pun masih menyewa".

Aku balas "Saya memang plan nak menyewa sampai hujung usia pun kalau saya jadi beli rumah yang awak nak jual ni"

Ejen tu buat muka kentut.

Aku tambah "Ramaikan sekarang orang risau menyewa rumah. Yelah. Stigma orang kita kalau menyewa, habislah kalau Tuan rumah halau. Habislah tu. Habislah ni. Merempatlah."

Setelah aku dapat tahu dia dah beli rumah dan dah ada rumah sendiri, aku tanya ejen tu "Rumah awak beli tu, elektrik awak amek service provider apa?"

Dia blur jawab "Hah. Service provider? Apa tu?"

Aku mula sesi menganjing "TNB lah kan. Sebab TNB satu satunya yang bekal elektrik kat kawasan perumahan elit awak tu di semenanjung Malaysia ni. Begini, why not awak bukak company utilities sendiri. Yelah takkan nanti dah berusia pun masih bayar bil TNB."

Dia tengok aku tepat, angguk slow motion sambil senyum tanda faham. Aku rasa dah dia malas nak layan aku.

Aku terus stop tak jadi meneruskan sesi menganjing sebab subjek ambil langkah kurang bertindak balas. Kalau tak, mahu keluar contoh takkan sampai tua nak bayar bil air SAMB baik buka empangan sendiri, bil Indah Water baik buka loji taik sendiri n bla bla. Haha.

Dari side aku, simple. Nak menyewa ke, nak beli ke, biarlah. Ianya pilihan macam kau pilih telco company. Ianya sama macam kau pilih nak makan kat kedai mana. Wahai jurujual jurujual, tak perlu guna point "takkan nak menyewa sampai tua" semata nak melariskan jualan kau. Belajarlah cara lain yang lebih gentle untuk lariskan jualan tu.

DAH MEMANG LUMRAH MANUSIA KAN?

Seperti yang aku mukadimahkan diawal post ini, manusia semakin tenat. Sibuk nak kumpul hartanah, tapi bumi pun semakin rosak. Apa guna rumah ada berpuluh unit, tapi bumi hak milik bersama ni, tanah ni, alam sekitar ni rosak. Panas, asap, habuk & tercemar.

Dan paling penting, segeralah cari ubat. Ubat apa. Ubat untuk jiwa tu. Haaa kaulah. Kau yang baca post ni.












Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com