Thursday, 20 September 2018

APA NAK BUAT KALAU ADA TANAH

Memiliki tanah sendiri adalah impian kebanyakan orang. Rata rata rakyat Malaysia memperoleh tanah melalui 2 cara iaitu:

1. Melalui pembelian.

2. Hasil dari pembahagian harta pusaka.

Walaubagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, separuh daripada pemilik tanah masih tidak tahu apa tujuan mereka beli tanah. Jika ada yang membeli tanah menggunakan loan bank, pastinya tanah tersebut akan terbiar dan akan buta buta membayar bunga bank. Teknik ini dinamakan beli tanah untuk PERAM. Peram sampai diserahkan kepada Amanah Raya Berhad. If you know what I mean.

Ada juga yang beli tanah untuk BERTANI diatasnya. Bagi yang jenis petani tegar, berilmu dan berpengalaman, tanah yang dibeli pasti akan diusahakan sehabis baik. Bagi mereka yang sekadar petani poser, mungkin sekadar menanam beberapa pokok buah buahan seperti durian dan sebagainya. Yelah, hajat hati nak jadi petani berjaya. Tapi nak jual hasil tani dan nak bersih lalang pun berat tulang.

Bagi yang dah fed up dengan tanah yang tak memberikan apa apa pulangan, exit paling mudah ialah dengan JUAL tanah tersebut. Itupun kalau harganya lebih tinggi dari harga beli. Kalau harga masih tak naik, sambung peram.

Yang berminat ingin JUAL MENGIKUT LOT pun ada setelah memperoleh sebidang tanah berkeluasan pukal. Hakikatnya, tak kesampaian disebabkan tanah tersebut tidak berada di zon yang melayakkan tanah tersebut boleh dijual dalam lot lot kecil.

Kesimpulan disini, sebelum nak beli tanah, fikir masak masak dulu sebab apa nak beli tanah. Jangan ikut ikut orang. Paling penting, lengkapkan diri dengan ilmu dan pengalaman berkaitan projek yang akan diusahakan di atas sesuatu tanah tersebut. Bagi yang dah terbeli tanah tanpa matlamat, jangan bersedih. Ianya bukan pengakhiran riwayat hidup anda.


LADANG SERAI KELUARGA BIN AHMAD LENGGENG

LADANG SERAI ATAS TANAH KERAJAAN (DENGAN IZIN)

PEMBORONG SERAI AKAN HANTAR KE PASAR BESAR SEREMBAN

 TAPAK JUALAN SAYUR SAYURAN KELUARGA BIN AHMAD LENGGENG DI PASAR BESAR SEREMBAN



Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Tanah di tempat kita sangat sesuai untuk bercucuk tanam. Benar, perlu ada ilmu berkaitan hartanah. Mudah-mudahan mendapat maklumat yang sebenar dari orang yang sudah berpengalaman.

    ReplyDelete