Wednesday, 19 September 2018

MANUSIA, DUIT KERTAS DAN DEMOKRASI

Jika anda rasa melalui demokrasi, anda boleh memilih pemimpin dan parti yang boleh ubah dunia untuk menjadi lebih baik, anda silap. Selagi ada demokrasi, selagi itu manusia tak habis habis nak membantah antara satu sama lain. Tak caya? Baca potongan Surat Al-Kahf Ayat 54.

Jika anda rasa kalau semua orang meraih pendapatan yang banyak dari peluang peluang pekerjaan yang dicipta, kos kelangsungan hidup rendah dan mempunyai kewangan yang stabil akan membuatkan dunia ini akan menjadi lebih baik, anda silap. Selagi manusia menerima pakai wang buatan manusia atau duit kertas buatan manusia atau wang riba ini sama ada secara fizikal atau digital, selagi itu punca segala permasalahan di dunia ini tak akan selesai. Tak caya? Baca potongan  Surat Ali 'Imran Ayat 130

Jika anda rasa manusia boleh ubah dunia ini menjadi lebih baik, anda silap. Manusialah punca segala kerosakan. Dari sistem demokrasi yang direka hinggalah wang riba buatan dan lain lain. Ini antara kerosakan utama yang tamadun manusia lakukan dan diteruskan hingga kini.  Selagi manusia ada, selagi itu kerosakan dunia ini akan terus terjadi. Tak caya? Baca potongan Surat Al-Baqarah Ayat 30



HAA. BANTAHLAH.

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

No comments:

Post a Comment