Pages

Thursday 13 September 2018

PEDANG BAKAL TAJAM KEMBALI

"Lidah lebih tajam berbanding pedang". Kata kata ini mungkin relevan dan mungkin tidak di waktu artikel ini dihasilkan. Sebab ramai scholar palsu dah ubah. Ia dah jadi "keyboard lagi tajam dari mata pedang."

Yelah. Zaman sekarang ni kita tutup mulut pun dah boleh bunuh orang. Asalkan tangan ligat menaip di keyboard untuk membuat pasakan dan melancarkan kata kata yang boleh membunuh musuh.

Sejak dari kecil, aku amat hormat kepada penulis penulis. Tak kisahlah penulis novel ke, wartawan ke, penulis subtitle drama ke, copywriter iklan ke, aku memang salute kat orang orang ini.

Nak cerita dengan menulis atau menaip ni boleh buat duit, sejak dari sekolah aku dah buktikan. Menulis tanpa guna internet pun masyuk. Time nie kawan baik aku masa kat sekolah sains nama Che B, ayahnya ada assignment essay kena siapkan untuk projek sarjananya di UTHM. Ayahnya cikgu, takde masa. Apa lagi aku amek job tu. Tahun 2006, berjaya siapkan assignment essay, aku dapat RM400. Sehari fokus 2-3 jam. Seminggu siap.

Sejak dari itu, berbagai bagai cara buat duit dengan cara menulis aku teroka. Bila internet of things mula menyusup seiring dengan kegemilangan smartphone, lagilah galak aku buat duit dengan menulis. Dari tuliskan essay orang lain untuk dapatkan upah secara langsung, sampailah membuat tulisan tulisan yang orang tak boleh baca camne aku buat duit secara tak langsung, semua aku dah cuba. Dan sampai sekarang aku teruskan.

Bila orang tanya aku kerja apa, aku tak jawab pun aku kerja sebagai penulis. Aku jawab aku tak kerja. Kalau ada sesiapa tanya lebih lebih, aku jawab sampai orang tu taknak kawan dengan aku.

Sekarang ni pun sebenarnya dah berlambak penulis di media sosial. Cumanya, rata rata penulisan di sosial media terutamanya Facebook hanyalah ingin mendapatkan:

1. Likes
2. Comments
3. Shares
4. Pujian
5. To impress the people the don't like with the money they don't earned

Dah lah beria menulis kat Facebook tu. Pastu viral sekejap sahaja.  Dapat likes, comments & shares, sukalah kejap. Esok esok orang nak cari untuk buat bacaan atau rujukan pun dah jatuh ke bawah. Scroll pun tak jumpa. Rugi rugi. Pastu esok esok perah lagi otak cari idea nak tulis apa. Hakikatnya, korang hanyalah content producer tak bergaji di bawah naungan media sosial yang korang gunakan.

Sempena artikel ini ditulis, aku berdoa agar sesiapa yang ingin menyampaikan apa apa melalui penulisan diberikan petunjuk agar sentiasa berniat baik dalam menyampaikan pesanan pesanan yang telah diilhamkan.

Jangan pernah rasa bangga dan hebat dengan karya karya penulisan yang dihasilkan. Itu semua anugerah dan amanah. Tak guna untuk kebaikan, pasti kena tarik. Tak perlu rasa besar sangat dengan pena yang kau rasa lagi tajam dari pedang tu.

Bagi aku, pedang tetap pedang. Lidah tetap lidah. Keyboard tetap keyboard. Semua ni lain lain. Mana mungkin kau campurkan laut dengan langit.






Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

No comments:

Post a Comment