Pages

Monday 15 October 2018

CARA SEMAK ZONING TANAH YANG NAK DIBELI

Memiliki rumah idaman dengan cara membina sendiri diatas tanah yang telah dibeli atau diberi melalui warisan pusaka merupakan alternatif masyarakat hari ini memandangkan harga rumah siap dibina yang dijual oleh pemaju perumahan sudah semakin mahal.

Harga rumah yang sentiasa naik sebenarnya di dorong oleh banyak faktor. Tapi antara faktor utama ialah HARGA TANAH itu sendiri. Selain daripada harga tanah, KOS BAHAN BINAAN & KOS UPAH TENAGA MAHIR BINAAN juga antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan harga rumah di Malaysia.


SEMUA NEGARA ADA SYARAT ZONING TERSENDIRI


Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang sudah memasang impian untuk secure kan masa hadapan anda dan tersayang dengan at least beli tanah terlebih dahulu. Untuk hal hal berkaitan kos kos bahan binaan dan tenaga mahir tu mungkin para pembaca boleh fikirkan nanti nanti dan bila dah betul betul sampai waktu nak bina rumah.

Apa apa pun, tahniah diucapkan kerana sudah hampir untuk memulakan langkah pertama walaupun hanya dengan membeli sekeping tanah lot hasil dari simpanan dan kerja keras anda setiap hari.

Suka saya ingatkan checklist utama sebelum membeli tanah untuk kegunaan bangunan dan membina rumah kediaman ialah SEMAK DAHULU ZONING TANAH YANG NAK DIBELI. Zon bermaksud lingkungan kawasan. Di Malaysia, antara jenis jenis zon atau lingkungan kawasan tanah yang kita selalu jumpa ialah:

1. Zon pertanian
2. Zon perumahan
3. Zon komersial
4. Zon industri
5. Zon hutan

Dalam kata lain, menyemak zoning tanah ni akan memberi informasi adakah zon tanah yang kita nak beli tu sesuai dengan tujuan pembelian.

Sebagai contoh, disebabkan murah, anda nak beli tanah yang syarat syarat nyata yang tertulis di dalam geran tu jelas mengatakan yang tanah itu hanya boleh digunakan untuk tujuan pertanian. Dalam masa yang sama, penjual atau pemilik tanah yang nak jual tanah mereka tu dengan yakin berkata tanah mereka tu pasti boleh bina rumah sebab berada dalam zon perumahan. Tup tup lepas semak zoning, kawasan sekeliling sebenarnya ialah zon hutan. Confirm pihak berkuasa tak luluskan dan tak bagi tukar syarat kegunaan. Then hanya boleh guna untuk pertanian ajelah tanah tu. Tak boleh buat rumah! Kalau buat juga rumah, potensi tinggi untuk kena saman atau sita. Kalau dah letak deposit kat penjual buaya tu, sure deposit tu burn sebab penjual akan menidakkan segala alasan anda.


APA ANDA DAH TAHU MAKSUD ZONING TANAH?


Sebenarnya di zaman teknologi serba canggih hari ini, anda boleh Google sendiri cara cara menyemak zoning tanah di internet. Ada bermacam macam laman web yang penulisnya berkongsikan cara menyemak zon tanah. Walaupun begitu, apa yang saya ingin kongsikan disini ialah cara menyemak zoning tanah yang belum pernah mana mana laman web berbahasa Melayu di Malaysia ini kongsikan. Yang penting teknik ini ialah teknik yang saya lalui sendiri bersama rakan rakan surveyor tanah dan hartanah.

LAWAT KAWASAN

Melawat kawasan ialah cara paling berkesan yang boleh dilakukan untuk menyemak sendiri zoning tanah menggunakan mata kepala sendiri. Bila dah sampai di kawasan tanah yang nak dibeli, lihat sekeliling. Jika banyak rumah dan nampak macam sudah ada perkampungan atau tamadun, Insyallah berdekatan dengan zon perumahan. Saya ingat lagi saya dan rakan rakan pernah menyewa jeep 4x4 semata mata untuk view tanah yang hendak dibeli. Memang nampak macam membazir. Tapi ianya lebih baik dari salah percaturan disebabkan kejahilan kita sendiri.



LAWAT PTD

Melawat PTD daerah tanah yang hendak dibeli juga boleh dilakukan. Untuk pengetahuan semua, di setiap PTD, ada jabatan zoning mereka tersendiri. Kebiasannya department ini tidak busy sangat berbanding PTG yang menguruskan hal hal satu negeri. Kalau ikut prosedur, anda perlu mengisi borang dan isikan maklumat tanah yang ingin disemak zon sekelilingnya. Of course ada kos yang dikenakan. Tempoh untuk dapatkan result atau report biasanya sebulan.



LAWAT PTG

PTG ini sama juga macam PTD. Cumanya yang ini saya tak berani jamin urusannya cepat kerana PTG biasanya sangat sibuk berbanding PTD. Yelah, diaorang nie handle urusan urusan satu negeri beb. Berbanding PTD yang hanya uruskan lingkungan kawasan sesuatu daerah sahaja. Plus result dari PTG ni juga makan masa. Kadang kadang lebih sebulan. Tapi saya suka PTG sebab data lebih up to date dan mereka sentiasa kemaskini.



Diharap artikel ini sedikit sebanyak membantu para pembeli tanah terutamanya pembeli pertama. Ya, memang nampak macam leceh sedikit urusan untuk semak zoning tanah, tapi apakan daya. Itu sahaja pilihan yang ada melainkan kita benar benar bersedia untuk mengalami kerugian. Hehe.

Next artikel saya ingat nak share berkaitan luas tanah minima dan bukaan minima tanah untuk buat rumah yang anda patut beli supaya tidak melanggar Akta 118 iaitu Akta Pemajuan Perumahan. Ada yang berminat nak baca lagi ke?



Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com