Pages

Monday 27 May 2019

TEMPAT SAMBUNG BELAJAR BAGI YANG GAGAL SPM

Hampir setiap tahun sekitar bulan April hingga Jun ialah bulan bulan yang hot dimana segala kata kunci berkaitan "tips tips menyambung pengajian selepas SPM" akan naik ke ranking tertinggi di enjin carian Google.

Kebiasaanya mereka yang memburu tempat untuk sambung belajar ini ialah mereka yang sekurangnya lulus dan mempunyai banyak gred kredit atau A dalam SPM.

Tapi bagaimana pula untuk mereka yang fail dalam SPM? Gagal atau fail di sini bermaksud rata rata subjek Bahasa Melayu dan Sejarah yang telah mereka duduki telah gagal.

Adakah masih ada lagi peluang kedua untuk golongan golongan ini menyambung pengajian demi mengubah nasib di masa hadapan?

PELUANG KEDUA TAKKAN DATANG LAGI


Malaysia ialah sebuah bumi bertuah di mana segala galanya baik di dalam perut bumi, muka bumi dan langitnya, semua penuh dengan rezeki dan keberkatan ilahi untuk disyukuri. JIka anda seorang yang rajin, sentiasa berusaha, tidak mudah berputus asa dan sentiasa bertawakal, anda pasti akan berjaya di Malaysia ini.

Ramai mereka yang gagal dalam SPM meluahkan perasaan bahawa mereka sudah tidak ada masa depan yang cerah dalam kehidupan. Tidak perlu saya nyatakan kisah kisah orang orang berjaya yang tanpa SPM pun mereka berjaya. Sebab ini mungkin bagi mereka ialah success stories yang sudah naik muak mereka baca di sosial media saban hari.

Sekarang apa mereka apa mahu ialah JALAN! Jalan yang dimaksudkan ialah peluang kedua bagi mereka yang ingin menebus kembali kegagalan mereka dalam peperiksaan SPM yang penuh igauan ngeri.

Mungkin ada yang lepas dapat keputusan SPM terus SEDAR. Mungkin ada yang baru lepas berlelah kerja setahun dengan gaji kecil baru SEDAR. Atau mungkin ada yang dah bertahun tahun meneruskan hidup tanpa hala tuju, akhirnya jumpa artikel ini baru nak SEDAR.

Okay kita straight to the point. Kebanyakan orang orang lama di sekeliling kita akan menyarankan mereka yang gagal SPM ini untuk terus masuk ke alam pekerjaan demi meneruskan kehidupan sambil menimba pengalaman. Bagi orang orang lama yang mempunyai lebih sedikit pengetahuan, mungkin mereka boleh menyarankan seseorang itu meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran.

Untuk bidang kemahiran, kita sedia maklum bahawa kini terdapat berpuluh institusi atau pusat latihan kemahiran di Malaysia yang menawarkan peluang untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dengan syarat bakal pelajar/pelatih hanya perlu tahu MEMBACA, MENULIS & MENGIRA sahaja.  Lebih lebih sekarang banyak tawaran tawaran hebat seperti elaun bulanan, asrama dan pengangkutan disediakan, sijil diiktiraf dan pekerjaan terjamin yang diberikan oleh penyedia penyedia latihan kemahiran ini. Untuk maklumat lanjut sambung belajar bidang kemahiran walaupun gagal SPM, boleh semak dengan klik disini.

Tapi bagaimana pula bagi mereka yang gagal SPM nak sambung pengajian dalam bidang AKADEMIK?

Tahukah anda, anda hanya perlu lepas syarat seperti berwarganegara Malaysia dan berumur sekurangnya 20 tahun sahaja untuk layak menjadi siswazah DIPLOMA universiti awam di Malaysia? Takde syarat tengok SPM pun.

Dan tahukah anda, anda hanya perlu lepas syarat berwarganegara Malaysia dan berumur sekurangnya 21 tahun sahaja untuk layak menjadi siswazah IJAZAH SARJANA MUDA ATAU DEGREE universiti awam di Malaysia? Ini pun tidak melihat SPM sebagai syarat untuk sambung belajar.

Lebih lebih lagi, program program DIPLOMA dan DEGREE ini mendapat pengiktirafan daripada MQA dan JPA. Ayat direct dia ialah kerajaan Malaysia memang iktiraf lah. Of course majikan yang letakkan syarat perlukan kelayakan akademik untuk naik pangkat atau naik gaji pun akan accept ketulenan sijil diploma dan ijazah ini.

Untuk maklumat lanjut sambung belajar dalam bidang atau aliran AKADEMIK walaupun telah berumur atau gagal SPM, boleh baca dengan teliti dengan klik disini.

Jika anda rasa artikel ini telah membuka mata anda supaya nampak peluang kedua, panjang panjangkan lah maklumat ini supaya mereka yang senasib bakal mendapat peluang yang sama.

Paling penting, lupakan kenangan hitam, terus mara dan bila dah dapat peluang sambung belajar tu, belajarlah sesungguhnya. Niatkan kita belajar bukan sebab nak dapatkan sijil untuk mudah dapat kerja bagus, naik gaji dan pangkat. Tapi niatkan dihati untuk memperoleh keberkatan daripada ilmu ilmu kurniaan Allah semata mata kerana Allah. Itu niat paling solid!



Pencinta Ilmu

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com