Pages

Thursday 15 December 2016

BERHUHU MELIHAT TANAH FREEHOLD RM20,000/EKAR



Penjual tanah oh penjual tanah.


Krisis ekonomi 2017-2018 belum sampai tapi ramai tuan tanah sudah mula tak boleh duduk diam. Kasihan mereka.


Nampak pulak iklan tanah dijual di lokasi yang cun melecun kat web susah.my. Hahaha.


Dah buat carian kat pejabat tanah minggu lepas, dan upah rakan juruukur untuk menyahihkan lokasi hartanah dan beberapa perkara lain, memang sahih dan wujud seperti dilihat depan mata!


Ciri-ciri tanah tersebut:


Freehold, untuk bumi sahaja, harga RM20,000/ekar, direct owner, booking 2%, boleh beli secara tunai atau loan, tanah pertanian tapi dalam zoning perumahan, geran 1 nama dan owner masih sihat, bukan tanah RTP (Rancangan Tanah Pinggir) atau tanah TOL (Temporary Occupied License @ HSM/HSD), tanah berpagar dan sempadan jelas, dah ada tanam sawit 5 tahun mengeluarkan hasil, 55-60 pokok sawit di setiap satu ekar tanah dan dah ada orang kampung yang diupah untuk petik sawit 2 minggu sekali dan tinggal sambung jer khidmat mereka, kat tanah ada rumah pondok 20x30 kaki persegi lengkap dengan tandas untuk pekerja berehat atau owner nak datang melawat, lapisan pertama dan ada akses jalan, air dan elektrik, bukan kawasan banjir dan saluran perparitan dah buat hingga ke parit utama, keadaan mineral dah cek dan tanah pun bagus utk tanaman, tanah bersih tak bersemak samun, ada sedikit rumput ragut untuk integrasi ternakan lembu atau kambing, tanah di permukaan rata dan empat segi, bukan lot lidi memanjang halus atau tiga segi atau trapezium, tiada kaveat/sekatan, buyer boleh guna lawyer sendiri DAN kos guaman, pejabat tanah & lhdn penjual tanggung sebab dah masukkan dalam kos keseluruhan. (Anggaran kos guaman maksima 5% jika beli secara loan bank dan maksima 2.5% jika beli secara tunai dari harga jualan yg dipersetujui.)


TAPI.......


TAPI.......


TAPI.......


Nak jual lump sum total 15 ekar. RM300,000.


Alangkah indahnya kalau ada kawan sparring.


Taknak ramai ramai.


2-3 orang pun dah cukup.


Ramai ramai nanti ramai nak mencakar jer. Hehehe.


Yang takde tunai banyak pun takpe.


Tapi sanggup belajar bersama.


Yang takde tunai dan nak bermula dari bawah, caranya ialah rumah nombor 1 sampai rumah nombor 4 kita hantam beli secara mark up loan setiap rumah dapat cashback around rm30k-rm50k. Listing rumah below market untuk mark up loan seperti diatas+duit sewaan rumah yg boleh cover loan bank tiap2 bulan seperti itu saya ada lubuk baekk. Hehehe.


Pembelian kelima, kita beli tanah lump sum secara tunai beramai ramai.


Taknak jv beli tanah secara hutang @ loan bank. Kena buktikan ada tunai sebelum JV. Kalau loan, nanti ada yang meroyan. Kekekeke.


Tanah diatas akan dipecah 2-3 nama dan tiap2 orang akan dapat geran sendiri2. Sangat berbaloi sebab sorang dapat dalam 5-7.5 ekar.


Harga rm20,000/ekar tuuuu. Income tandan buah segar sawit sekarang rm500/tan. Kata pakar sawit, seekar secara worse atau purata boleh hasilkan 1 tan sebulan jika tanam 55-60 pokok dengan penjagaan standard. Kiralah setahun berapa rm masyukkk. Hahaha.


Agak2 dah bosan dengan sawit, kita pecahkan by lot dan tukar syarat kepada kediaman. 1 ekar boleh pecah kepad 5-6 lot lepas tolak rezab jalan dan parit. 1 lot kita jual murah2 jer rm50,000. Huahuahua. Takpun JV @ pawah dengan developer. Boleh dapat rumah free!


Adeh. Banyak lagi nie tanah murah murah yang segala kondisinya bagus tapi kena beli lump sum.


Ade yang berkeinginan juga ke?


Komen sikit "Saya berkeinginan!"


Atau SHARE dan repost "Saya berkeinginan!"


Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com





KESABARAN DAN PENJAGAAN EMOSI YANG LUAR BIASA PERLU DITITIPKAN DALAM DIRI BAGI MENDAPATKAN HASIL YANG LUAR BIASA DALAM PELABURAN TANAH



Tanah ini bahan mentah. Beli tanah nie banyak aspek kena nilai. Bukannya macam beli hartanah yang sudah siap bangunan. Hartanah yg sudah siap bangunan nie dah jadi final product dan boleh dipakai terus. Cara beli barang siap tak sama dengan cara beli bahan mentah.


Nak beli tanah nie prosesnya memang mudah. Birokrasinya pun tak berlapis lapis sangat macam membeli hartanah yang sudah siap bangunan.


Tapi tahukah anda, lagi kurang birokrasi sesuatu proses itu, lagi tinggi kebarangkalian sesuatu proses jual beli itu ada "kebocoron"?


Contohnya, proses jual beli hartanah yang sudah siap bangunan bukan sahaja melibatkan pejabat tanah ataupun pejabat pendaftar negeri. Malah pihak berkuasa tempatan lain seperti majlis daerah/bandaraya dan institusi perbankan juga terlibat dalam setiap urusan jual beli. Memang banyak pihak perlu dihadap dalam urusan ini berbanding urusan jual beli tanah.


Walaupun hartanah yg sudah mempunyai bangunan melalui proses birokrasi yg melecehkan, tahukah anda sebenarnya secara tak langsung pihak berwajib tersebut pun bertindak sebagai pihak yang akan memastikan segala piawaian mematuhi standard dan tiada ketirisan berlaku dalam jual beli anda?


Jual beli tanah ini mudah. Ada tunai dan buat urusan di pejabat tanah tanpa guna khidmat peguam pun kita boleh dapat hak milik. Tak macam urusan jual beli kebanyakan hartanah yg dah mempunyai bangunan.


Sebab itu kes penyelewangan tanah yang paling banyak dan selalu kita dengari berbanding kes penyelewengan hartanah yg dah siap bangunan diatasnya. Faham ke tak?


Tanah ini prosesnya pemilikannya mudah. Tapi tak boleh diambil mudah. Nanti susah. Jika tiada ilmu dan tiada yang nak bimbing, bersedialah menanggung bebanan seumur hidup.


CONTOH DI GAMBAR:


Tanah yang lokasinya bukan di Filipina.


Harga: RM225,000 (RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS DUA PULUH LIMA RIBU)


Keluasan: 2,839,627 kaki persegi @ 65 ekar


Harga per ekar: RM3,461/ekar


Diulangi lagi, tanah ini prosesnya pemilikannya mudah. Tapi tak boleh diambil mudah. Nanti susah. Jika tiada ilmu dan tiada yang nak bimbing, bersedialah menanggung bebanan seumur hidup. Lokasi nombor 18 ratus. Kemahiran mengusaha dan kepok di poket ada berapa ribu ratus itu harus ditanya. Kekekekeke.


Apa komen anda???


INI PILIHAN KOMEN:


A

Komen "Beritahu saya kalau ada senarai tanah mur mur" kalau ada yang berminat nak memilikinya dengan dengan harga tak masuk akal.


ATAU


B

Siapa nak beli tanah tapi perlukan bimbingan, bolehlah komen "Bimbinglah daku ke jalan yang lurus." Hehehehehe.


ATAU


C

Siapa nak join geng beli tanah borong yang ahlinya ada maksima 3 orang sahaja untuk selamanya boleh PM saya di inbox dengan ayat "Saya nak join geng beli tanah borong". (Strict selection only).


Pilihlah mana yg kalian suka.


Dengan syarat boleh bersabarlah. Ini tidak, belum mula apa apa lagi pun dah mula lompat katak. Dah mula nanti ada yang lompat bintang kot. Kekekekekekeke.


Yang Ikhlas Berkias & Menghias,


Si Penggali Tanah Kubur Yang Sentiasa Berhuhu






Kredit: Google Map

Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com











BAGAIMANA NAK TAHU SESUATU TANAH YANG DIIKLANKAN ITU BETUL-BETUL MURAH ATAU TAK



Cuba pergi kat mana2 website yang ada orang iklankan tanah pertanian untuk dijual. Kalau nampak harga tanah pertanian tu, macam mana korang nak klasifikasi kan ianya betul2 murah?


Orang yang dah ada "sense of price" dan berpengalaman biasanya tahu sesuatu tanah pertanian itu murah atau tak.


Bukan macam beli rumah. Kalau harga belian rumah lagi mahal dari harga rumah jiran, kita cakap mahal. Kalau harga belian rumah lagi murah dari rumah jiran sebelah, kita cakap murah.


Tanah nie awak kena ada pengalaman. Tak kisahlah pengalaman membeli ke. Pengalaman menjual ke. Pengalaman menguruskan dan mengusahakan ke. Lagi bagus experience feeling tu dilalui sekurangnya setahun. Lagi lama lagi bagus. Baru "sense of pricing" anda terhadap sesuatu tanah itu akan peka sebaik baiknya.


Kalau tak, RM30,000 per ekar awak cakap murah, RM300,000 per ekar pun awak cakap murah, semuanya awak hantam cakap murah.


Yelah. Berkeinginan sangat nak ada sebidang tanah sekurangnya 1 ekar. Kan?




Kredit: mudah.my


Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.


Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com





IDAMAN SEMUA ORANG



"Nak memiliki tanah dalam beberapa ekar.


Ada rumah sebuah diatasnya, ada beberapa pokok buahan buahan yang sedap dan ada sungai yang mengalir jernih dan sejuk."


Ini fitrah semula jadi manusia yang ingin memiliki dan menghuni taman taman indah bak syurga yang mana kita dah didedahkan pun seperti yang dibaca di Al Quran.


Kalian semua termasuklah saya tidak boleh menidakkannya. Ini fitrah kita.


Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

MURAH TAPI MERAGUKAN. APA CHECK LIST YANG PERLU DIPERINCIKAN SEBELUM BETUL BETUL BERTINDAK NAK BELI TANAH



Sila rujuk gambar yang tertera.


Seperti taman syurga dunia idaman ramai.


Siapa rajin cari, mesti boleh jumpa.


Terutamanya bagi yang dah lama bosan dengan keadaan duduk di bandar dan nak "balik kampung tanam jagung".


Mana nak dapat harga macam tu sekarang nie. Kalau kat bandar, harga macam tu dapat apartment secoit jer. Ini rumah dapat, siap ada tanah lebihan utk diusahakan buat $$$$$.


Cuma kawasan di sana banjir atau tidak, anda boleh tanya saudara mara atau rakan yang mahir di area sana.


APA INFO DI GAMBAR?


-Beli tanah pertanian dapat rumah 1.5 tingkat, dapat lebihan tanah hampir 10 ekar, dah ada kebun kelapa sawit dan ada sungai.

-Purata harga keseluruhan sekitar RM30,000 per ekar. (Mengikut sifir pakar sawit 2016, pembelian tanah yg berharga RM30k/ekar yang mempunyai tanaman kelapa sawit boleh memberikan pulangan kasar sekitar 20% setahun dari jumlah modal yang dah digunakan untuk membeli tanah)

-Pegangan bebas (freehold). Bukan pajakan.

-Tanah sangat luas bagus untuk masa depan dan pembahagian harta kepada anak anak.


TAPI....


TAPI....


TAPI....


Ada sesuatu yang "fishy" atau ragu ragu yang dapat dijangka disitu.


Kalau Tuan bijak bestari, apakah dia?


Kongsikan keraguan yang anda nampak di ruangan komen.


Kredit: mudah.my

Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.


Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com













HARGA TANAH PERTANIAN YANG DIANGGAP MURAH, BERPATUTAN DAN MAHAL DI MALAYSIA



1. Harga bawah RM40,000/ekar. Murah. Selepas double check segala "keraguan" dan boleh accept kekurangan yang ada, kalau takde masalah, boleh terus beli.






2. Harga antara RM40,000/ekar hingga RM90,000/ekar. Berpatutan. Masih lagi berbaloi dan bergantung kepada apa projek yang anda nak usahakan bagi memaksimakan penggunaan dan keuntungan.






3. Harga RM90,000/ekar hingga RM120,000/ekar. Diklasifikasikan mahal jika ingin mengusahakan projek pertanian. Melainkan ianya berada di zon perumahan dan anda bercadang untuk menjual secara lot atau sebagainya setelah menamatkan projek pertanian anda, ianya baru berbaloi.


Kongsi link blog ini tanda anda sedang belajar meningkatkan kepekaan anda terhadap harga tanah semasa di Malaysia.


Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com