Pages

Friday 28 June 2019

NOMBOR METAFIZIK VS NOMBOR BERTUAH CINA

TAKSUB NOMBOR. Itu gelaran bagi mereka yang sangat taksub kepada sesuatu nombor atau susunan nombor. Sehingga hari ini, tak perlu diterangkan lagi bahawa masih terdapat ramai orang yang sanggup menghabiskan wang ringgit semata mata untuk memiliki nombor kegemaran mengikut kepercayaan masing masing.

Tidak salah sebenarnya untuk kita melakukan sedemikian demi mendapatkan nombor kegemaran kita. Saya sendiri sudah melabur ribuan ringgit untuk membeli nombor nombor plat kenderaan dan nombor nombor telefon bimbit. Yang menjadi kesalahan ialah bila anda sangat taksub kepada sesuatu nombor sehingga menyebabkan akidah terpesong. Ianya mungkin boleh bermula kekhurafatan dan akhirnya boleh menjurus kepada kesyirikan.

Apa apa pun, tepuk dada, tanya iman. Panjang juga mukadimah mode bagi ceramah ni. Hehe.

Disini saya nak kongsikan maksud maksud setiap nombor mengikut kepercayaan yang sedang trend di pasaran sekarang ini. Sebab apa trend? Yelah kan aku cakap tadi aku labur beli nombor untuk aku jual balik. Of course aku cari nombor yang memang ada demand tinggi dan orang sanggup perhabis duit untuk memilikinya.

Sebelum ini, aku hanya fokus kepada kategori "Chinese lucky number". Nombor kategori ini pun dah bertahun lamanya ada demand tinggi kat Malaysia ni. Cuma sejak dua menjak ni, ada kategori baru iaitu "Islamic metaphysic number" yang aku nampak trend dia agak mengganas di pasaran.

Sebagai trader nombor sambilan aka part time, aku memang buat deep study mengenai market baru ni. Mana tak study oi. Dengar khabar dari member, katanya dah ada fandom sanggup berhabis puluhan ribu ringgit nak miliki koordinasi dan posisi terbaik deretan nombor 769. Dah sama level macam orang cina tabur nak beli nombor 888 dah beb. Hahaha. Memang rugi kalau tak start kaji dan masuk market peminat peminat 769 ni.

So, taknak taip banyak banyak lagi. Korang bukan baca pun penulisan panjang panjang. Berikut ialah makna makna nombor tersebut. Sumber aku dapat dari penaksub penaksub aka buyer tegar yang selalu beli nombor dengan aku. Haha.



Tafsiran nombor dari sudut pernomboran metafizik Islam:

1. Sendiri
2. Pencarian
3. Agresif
4. Ilmu
5. Ketenangan
6. Kekayaan
7. Rangkaian
8. Tekanan
9. Kejayaan

METAFIZIK




Tafsiran nombor dari sudut nombor bertuah masyarakat Cina:

1. Saya
2. Berganda
3. Hidup
4. Mati
5. Sementara
6. Lancar
7. Pergi
8. Kekayaan
9. Selamanya

LUCKY NUMBER



Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu menjawab persoalan mereka yang selama ini tercari cari apa sebenarnya makna disebalik nombor.




Pedagang Nombor

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Monday 27 May 2019

TEMPAT SAMBUNG BELAJAR BAGI YANG GAGAL SPM

Hampir setiap tahun sekitar bulan April hingga Jun ialah bulan bulan yang hot dimana segala kata kunci berkaitan "tips tips menyambung pengajian selepas SPM" akan naik ke ranking tertinggi di enjin carian Google.

Kebiasaanya mereka yang memburu tempat untuk sambung belajar ini ialah mereka yang sekurangnya lulus dan mempunyai banyak gred kredit atau A dalam SPM.

Tapi bagaimana pula untuk mereka yang fail dalam SPM? Gagal atau fail di sini bermaksud rata rata subjek Bahasa Melayu dan Sejarah yang telah mereka duduki telah gagal.

Adakah masih ada lagi peluang kedua untuk golongan golongan ini menyambung pengajian demi mengubah nasib di masa hadapan?

PELUANG KEDUA TAKKAN DATANG LAGI


Malaysia ialah sebuah bumi bertuah di mana segala galanya baik di dalam perut bumi, muka bumi dan langitnya, semua penuh dengan rezeki dan keberkatan ilahi untuk disyukuri. JIka anda seorang yang rajin, sentiasa berusaha, tidak mudah berputus asa dan sentiasa bertawakal, anda pasti akan berjaya di Malaysia ini.

Ramai mereka yang gagal dalam SPM meluahkan perasaan bahawa mereka sudah tidak ada masa depan yang cerah dalam kehidupan. Tidak perlu saya nyatakan kisah kisah orang orang berjaya yang tanpa SPM pun mereka berjaya. Sebab ini mungkin bagi mereka ialah success stories yang sudah naik muak mereka baca di sosial media saban hari.

Sekarang apa mereka apa mahu ialah JALAN! Jalan yang dimaksudkan ialah peluang kedua bagi mereka yang ingin menebus kembali kegagalan mereka dalam peperiksaan SPM yang penuh igauan ngeri.

Mungkin ada yang lepas dapat keputusan SPM terus SEDAR. Mungkin ada yang baru lepas berlelah kerja setahun dengan gaji kecil baru SEDAR. Atau mungkin ada yang dah bertahun tahun meneruskan hidup tanpa hala tuju, akhirnya jumpa artikel ini baru nak SEDAR.

Okay kita straight to the point. Kebanyakan orang orang lama di sekeliling kita akan menyarankan mereka yang gagal SPM ini untuk terus masuk ke alam pekerjaan demi meneruskan kehidupan sambil menimba pengalaman. Bagi orang orang lama yang mempunyai lebih sedikit pengetahuan, mungkin mereka boleh menyarankan seseorang itu meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran.

Untuk bidang kemahiran, kita sedia maklum bahawa kini terdapat berpuluh institusi atau pusat latihan kemahiran di Malaysia yang menawarkan peluang untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dengan syarat bakal pelajar/pelatih hanya perlu tahu MEMBACA, MENULIS & MENGIRA sahaja.  Lebih lebih sekarang banyak tawaran tawaran hebat seperti elaun bulanan, asrama dan pengangkutan disediakan, sijil diiktiraf dan pekerjaan terjamin yang diberikan oleh penyedia penyedia latihan kemahiran ini. Untuk maklumat lanjut sambung belajar bidang kemahiran walaupun gagal SPM, boleh semak dengan klik disini.

Tapi bagaimana pula bagi mereka yang gagal SPM nak sambung pengajian dalam bidang AKADEMIK?

Tahukah anda, anda hanya perlu lepas syarat seperti berwarganegara Malaysia dan berumur sekurangnya 20 tahun sahaja untuk layak menjadi siswazah DIPLOMA universiti awam di Malaysia? Takde syarat tengok SPM pun.

Dan tahukah anda, anda hanya perlu lepas syarat berwarganegara Malaysia dan berumur sekurangnya 21 tahun sahaja untuk layak menjadi siswazah IJAZAH SARJANA MUDA ATAU DEGREE universiti awam di Malaysia? Ini pun tidak melihat SPM sebagai syarat untuk sambung belajar.

Lebih lebih lagi, program program DIPLOMA dan DEGREE ini mendapat pengiktirafan daripada MQA dan JPA. Ayat direct dia ialah kerajaan Malaysia memang iktiraf lah. Of course majikan yang letakkan syarat perlukan kelayakan akademik untuk naik pangkat atau naik gaji pun akan accept ketulenan sijil diploma dan ijazah ini.

Untuk maklumat lanjut sambung belajar dalam bidang atau aliran AKADEMIK walaupun telah berumur atau gagal SPM, boleh baca dengan teliti dengan klik disini.

Jika anda rasa artikel ini telah membuka mata anda supaya nampak peluang kedua, panjang panjangkan lah maklumat ini supaya mereka yang senasib bakal mendapat peluang yang sama.

Paling penting, lupakan kenangan hitam, terus mara dan bila dah dapat peluang sambung belajar tu, belajarlah sesungguhnya. Niatkan kita belajar bukan sebab nak dapatkan sijil untuk mudah dapat kerja bagus, naik gaji dan pangkat. Tapi niatkan dihati untuk memperoleh keberkatan daripada ilmu ilmu kurniaan Allah semata mata kerana Allah. Itu niat paling solid!



Pencinta Ilmu

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Monday 1 April 2019

BELI BARANG YANG ORANG KAYA AKAN BELI

Sebagai seorang yang menjadikan perniagaan sebagai punca utama pendapatan, semestinya aku sentiasa ingin menjadi someone yang lain dari yang lain. Kalau kebanyakan orang terarah untuk cenderung kepada satu tabiat, aku pasti taknak bertabiat seperti kebanyakan orang tu.

Lebih lebih lagi tabiat yang diikuti oleh mereka tu bukan tabiat yang baik atau tidak memberikan apa apa manfaat.


UBAH TABIAT MEMBELI


"Belilah barang yang boleh dijual semula dengan harga mahal". Pengajaran atau mesej ini aku dapat hasil dari lepaking dengan orang orang tua yang selalu jadi geng sarapan aku sejak dua menjak ini. Ada orang tua Melayu, ada orang tua Cina. 

Ada satu Uncle Cina, pernah hint dia kata kalau nak beli kereta, pilih dan belilah nombor plat sekali. Biar berbelanja lebih sikit, tapi berbaloi.

Mungkin berbaloi dari segi kepuasan hati sendiri jer kot. Yelah kalau pakai nombor plat single atau double digit atau nombor cantik, time driving mesti rasa semacam yakin di atas jalan raya. Kita pun  akan rasa orang lain tengok dan rasa disegani. Aku syak nie maksud berbaloi yang Uncle Cina tu maksudkan.

Rupanya tak. Berbaloi yang dia maksudkan ialah berbaloi dari segi nilai dan harga nombor plat itu sendiri. Dia cerita dalam hidup dia, dah banyak kali dia berjaya full settlement hutang kereta kereta dia seawal tahun ketiga tempoh keberhutangan dengan pihak bank.

Idea dia mudah. Dia masuk tender nombor 8, 88, 888 dan 8888. Katanya ini nombor nombor yang terbanyak dan terpopular untuk orang kaya di Malaysia sanggup perhabis duit untuk memilikinya. Pernah satu time tu rezeki dia dapat beli missed tender berangka double digit nombor 88 modal tak sampai RM10,000. Lepas 2 tahun setengah, dia dapat buyer sanggup bayar RM88,888. Settle beb hutang.

Aku tak terkejut dengar apa yang dia cerita. Sebab orang orang kampung pun memang tahu dia taikun nombor 8. Dia datang ngeteh pun selamba jer naik skuter nombor plat 888. Kat Masjid Tanah ni kalau nampak kereta Proton Iriz, Honda Jazz atau kereta model lama guna nombor plat 8888, mesti sanak saudara dia, kenalan dia atau orang orang sini yang beli nombor dengan dia. Memang ramai wei orang Masjid Tanah main nombor 8 kat kenderaan masing masing. Culture shock beb awal awal dulu masa masuk Masjid Tanah (Lokasi kampung, tapi ramai kaya perhabis duit kat plate number). 

Cerita hal rumah pula, dia petik nama beberapa lokasi yang orang kaya sanggup beli. Antaranya:



Johor - Sungai Abong, Bukit Kepong, Sembrong, Parit Sulong.

Melaka - Duyong, Krubong

Negeri Sembilan - Palong

Selangor - Balakong, Puchong, Sungai Burong, Bukit Beruntong

KL - Kepong.




Aku tanya Uncle tu apa sebab orang kaya sanggup beli di lokasi ini. Dia jawab sambil ketawa besar, "Itu tempat semua hujung nama ada ONG ONG maaa. Haha,". 

Ahahahaa.

Aku taktau dia sengaja buat lawak atau dia tengah menyampaikan sesuatu kias/bunga/mesej/ilmu sambil berjenaka.

Yang penting aku dapat belajar something. Antaranya, disaat kita sibuk kira untung hasil dari jualan, ada juga pihak yang boleh buat untung dari pembelian. Pengajaran lain, disaat kita tidur dan bermalas malasan, ada pihak lain yang kuasa belinya semakin meningkat dari hari ke hari.

UNCLE KATA, ONG=KAYA & MAKMUR



Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Wednesday 30 January 2019

JAGA BAHASA, SEMUA SUIS BOLEH ON

Dibawah ialah throwback sepotong perbualan cubaan menolong saudara terdekat pada pertengahan tahun 2011 di waktu umur masih 21 tahun.





Saya: Haji.. Ada jalan ke...


Haji S: Insyallah boleh Nan. Saya tolong. Dia hadir jer temuduga.


Saya: Dia Bahasa Melayu tak dapat kredit waktu SPM dulu pun boleh ke dapat kerja kerajaan jawatan tetap ji...




 2 2 terdiam seketika......


Haji S: Nan, sejak bila awak belajar bahasa berurusan begini. Tak ramai orang ada bahasa macam ni zaman sekarang ni.


Saya: Takdelah ji. Saya banyak belajar dari Haji juga.




Alhamdulillah akhir tahun 2011, saudara terdekat tersebut berjaya jawat perkerjaan dalam sektor awam yg diimpikan walaupun SPM nya tak seberapa. Rezeki dia.



ILMU TANPA BUDI ADALAH KERAPUHAN JIWA



Dari side aku, ini antara pengalaman awal di usia muda yang mengajar aku betapa pentingnya menghias bahasa tutur budi kata dalam percakapan sehari hari. Lebih lebih lagi bila ada deal nak on suis atau bantu sahabat sahabat.


Ramai orang cakap banyak deal aku boleh laku dan secured sebab aku ramai cable. Yelah aku sejak mula jejak kaki dari Batu Pahat ke KL tahun 2007 waktu berumur 17 tahun, memang rezeki aku dapat berkawan dengan orang tua. Dari orang tua gelandangan sampai orang tua bergelar Tun, aku masih Whatsapp lagi diaorang sampai hari ini tanya khabar atau bergurau kosong. Kawan muda aku pulak yg ramai ialah kawan time sekolah jer.


Tapi yang cakap cakap aku kaki guna kabel, mungkin mereka belum jumpa lagi orang yang banyak kabel tapi takde bahasa. Aku selalu jumpa orang jenis ini. Orang yang rasa dia banyak network sebab abah dia Datuk Seri tapi takde bahasa nie, sekali kita baca kening dia pun kita boleh tahu dia jenis macam mana. 10 upon 10 deal, boleh tak jadi kesemuanya sebab orang orang lama nie memang tak layan deal orang yang takde bahasa ni waimah deal untung juta juta pun.


Cable, network, kenalan atau rangkaian ni anugerah. Kalau dah Allah tentukan rezeki kita dapat berkawan dengan seseorang tu, maka jadilah kawan. Tapi, bila cerita bab BAHASA, itu paling senang sebab sesiapa sahaja boleh belajar cara berbudi bahasa dan amalkan sebaik baiknya.








Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Saturday 26 January 2019

CARA SAMAK RUMAH SEWA

Sebagai seorang muslim, apa tindakan yang perlu dibuat jika rumah yang ingin kita sewa, pemiliknya ialah bukan seorang muslim? Adakah kita perlu sucikan rumah itu?

Sama juga dengan situasi jika rumah kita sendiri kita sewakan kepada orang bukan Islam. Adakah kita perlu samak rumah milik kita itu setelah kontrak sewa tamat?


KEADAAN LANTAI RUMAH YANG SEDANG DISUCIKAN


Mengikut pembacaan saya, penyelesaian kepada permasalahan permasalahan ini boleh dipecahkan kepada 3 situasi:

1. Untuk barangan yang kerap digunakan seperti pinggan, mangkuk, peti ais, sinki, sudu, garfu, pisau, cawan dan sebagainya, pihak JAKIM menasihatkan supaya ianya disertu.

2. Barangan lain di dalam rumah yang tidak meninggalkan kesan tapak kaki anjing, daging khinzir dan sebagainya pada sofa, meja, katil dan dinding, tidak perlu disertu. Memadai dengan cara mop atau lap sahaja.

3. Walaubagaimanapun jika masih lagi ragu ragu dan tidak yakin, bolehlah sertu keseluruhan lantai rumah dengan membasuhnya menggunakan 6 kali air bersih dan 1 kali air yang bercampur tanah. Insyallah kawasan rumah akan kembali suci.

Kredit: JAKIM

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com