Pages

Tuesday, 18 September 2018

CARA MENJADI PEMAJU PERUMAHAN

10 tahun pengalaman dalam bidang tanah dan hartanah banyak membuka jalan untuk aku mengenal lebih ramai orang dalam industri ini. Bermula sebagai tekong "sewa atas sewa", aku dapat berkenalan dengan geng geng perunding hartanah, kontraktor dan pembekal perabot. Kemudian aku mula berjinak membeli sendiri untuk tujuan pelaburan. Kat fasa ni aku mula kenal banker, valuer dan lawyer dalam bidang hartanah. Plus aku dapat contact tukang tukang repair rumah terus tanpa perlu melalui kontraktor.

Sejak aku jumpa master key untuk dapatkan lubuk listing tanah dan hartanah below market kat kawasan yang hot, aku mula berminat menjadi perunding hartanah walaupun sebelum itu sudah beberapa kali menguruskan jual beli sebagai broker (dapat persetujuan hitam putih owner okay). Kat stage ni, aku dapat peluang untuk berkenalan direct dengan orang orang di jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Bila dah ada kawan kat Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran, lagi banyak rangkaian tercipta. Aku mula kenal pakar pakar yang bernama Juruukur Tanah, Arkitek, Jurutera, Town Planner, Consultant, Juruukur Bahan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau Datuk Bandar itu sendiri. Plus, aku dapat contact tukang tukang bina rumah berbanding sebelum ini hanya tukang tukang baiki rumah sahaja aku kenali.

Walaupun aku punya network yang rata rata berada dalam industri hartanah dalam kategori pemajuan hartanah aka property development, aku tak pernah terdetik langsung nak jadi property developer. Sungguh. Mungkin sebab selesa sangat dengan komisen dari aktiviti jual beli tanah dan hartanah kot.

Cuma dalam banyak banyak perkongsian daripada siri siri lepak minum minum dengan rakan rakan diatas, aku macam ada terbuka sikit hati untuk melibatkan diri untuk buat duit dengan cara buy big land, divide into pieces and sell it. Mungkin cara ini aku tak nampak semak sangat kot prosesnya. Cuma kawan kawan nasihatkan kat bab memohon kebenaran merancang, pecah sempadan dan tukar sempadan tu kena bersabar lebihlah.

Diorang banyak kali hasut aku untuk join jadi property developer walaupun secara kecil kecilan. Katanya aku in a right track sebab aku dah ada platform yang baik untuk mendapatkan satu bekalan yang rata rata semua pemaju perumahan di Malaysia dahagakan iaitu TANAH DI LOKASI STRATEGIK DAN MURAH. Tak apalah, sekarang baru tahun 2018. Aku pun ada misi lain yang aku kena fokus satu satu.

Aku masih belum terbuka hijab untuk jadi property developer. Tapi aku tetap nak galakkan sesiapa yang baca artikel ini dan berminat nak jadi pemaju perumahan, sila teruskan cita cita itu. Nah, aku hadiahkan ringkasan 7 STEP bagaimana nak jadi pemaju perumahan aka property developer bermula dari Paria hingga boleh menjadi Brahma:

1. Melibatkan diri dalam aktiviti jual beli tanah dan hartanah. Disini kita akan mula kumpul modal dan boleh bina network sedikit sedikit.

2. Kalau ada owner yang beli rumah yang perlu diperbaiki, offer sekali servis repair dan renovate rumah tu. Kat sini kita dah mula akan kenal tukang mahir dan separa mahir yang bakal jadi pekerja kita bila jadi developer nanti.

3. Bila kita dah ada senarai tukang, kita sebenarnya dah jadi macam kontraktor. Kat sini, kita akan mula kenal tukang tukang mahir yang boleh buat kerja kerja pembinaan berbanding tukang tukang pembaikan sahaja.

4. Untuk experiment pertama, kita dah boleh mula bina rumah pertama dimana kita dah bertindak sebagai kontraktor yang mempunyai tukang tukang mahir dibawah naungan kita. Nak buat rumah atas tanah sendiri atau buatkan rumah orang lain itu ikut anda. Kat sini, hasil simpanan dari jual beli tanah dan hartanah yang pernah anda usahakan anda boleh gunakan as rolling capital untuk membeli bahan binaan dan membayar upah tukang.

5. Bila satu projek dah berjaya, let say anda berjaya siapkan rumah orang lain yang menggunakan servis anda, sure dana anda dah mula grow jika anda berjaya menguruskan kewangan dan projek dengan baik. Bila dah ada modal yang melayakkan beli tanah, belilah tanah. Try buat duit dengan cara buy big land, divide into pieces and sell it.

6. Step 1 hingga step 5 ialah proses membina rangkaian, kepercayaan dan modal. Hasilnya, secara asas, anda sebenarnya sudah anda pengalaman untuk menjadi pemaju perumahan aka property developer. Anda boleh bermula dengan membina 4 buah rumah dan ke bawah dahulu. Hal ini kerana anda tidak perlu memohon lesen pemajuan perumahan daripada KPKT sekiranya anda ingin membina kurang daripada 4 buah unit.

7. Bina lebih daripada 5 buah unit rumah. Nah, anda betul betul dah jadi pemaju perumahan aka property developer. Buatlah sungguh sungguh sampai boleh challenge Sime Darby, SP Setia, IOI, Gamuda, Mah Sing dan lain lain.



TAMMAT 




TAFSIRAN DI SEKSYEN 3 AKTA 118

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

13 comments:

  1. Saya ingin mendapatkan pengetahuan yang lebih tentang bidang ini. mohon balas di emel saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Trima kasih tuan sbb brkongsi... bidang ni mmng blh ubah hidup sy tgok, sepupu sy ada buat jugak... tapi dia beli tamah 2,3 ekar dia pecahkn dan jual lot... tu pon dah power dah bagi sy yg takde ilmu bab ni...mewah tengok dia sekarang.. alhamdulilah rezeki dia... sy pon rasa nk cuba jugak... tapi nak stat dari mana pon tak tahu

    ReplyDelete
  3. Mohon share lg tuan.
    Sekian tkasih

    ReplyDelete
  4. sy sudah ada lesen kontrak G1 dan berminat nak mula kerja2 mcm ni dahulu.tp saya taktahu nk mula dari mn.boleh tuan beri tunjuk ajar kat sy?.

    ReplyDelete
  5. Saya dh lama mencari jawapan untuk soalan saya... Tapi nk tanya lebih blh tuan?

    ReplyDelete
  6. Salam sy berminat sgt nak tahu lg blh tunjuk ajar tak

    ReplyDelete
  7. Saya ada tnh pusaka aruah mak,.plan nk divide into pieces & sell,.buat lot2 6k sqft

    ReplyDelete
  8. wah tuan sama dgn saya..sy dah 13 tahu bkerja sbagai jurukur bahan..memng byk sumber contact ..dah lama plan nak bina 4 biji dan sell it.mungkin kena study psal RGPT-takut sy x fhm yg ini

    ReplyDelete
  9. Saya dan jiran2 akn gabongkn tanah mnjadi satu lebih kurang acreage nye 2.8..
    Kami rancang nk mnjadi pemaju perumahan bole ajar..cmns nk mula..

    ReplyDelete
  10. Tuan bole Email kpda saya mnas_resources@yahoo.com ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan. Saya dah balas email Tuan untuk dapatkan modul digital panduan cara nak jadi pemaju perumahan.

      Delete
  11. Salam tuan.nnt emel sy psl modul tu.sy berminat sbb sy ada contact pemaju besar atas sbb kerja sy. Tlg emel kid_farid@yahoo.com

    ReplyDelete