Pages

Monday, 24 September 2018

STRATEGI MCD LAWAN FITNAH DAN BOIKOT NETIZEN

Sebagai pemilik perniagaan, sales atau jualan produk syarikat ialah elemen terpenting bagi menentukan jangka hayat sesebuah entiti perniagaan. Bila sales mula merundum, ianya petanda tak baik untuk company.

Ada banyak faktor yang menyebabkan jualan sesuatu produk itu berlaku. Tapi faktor yang paling famous di zaman viral viral ini ialah FITNAH. Fitnah ni ayat senang faham dia ialah statement tipu yang sengaja dibuat buat tanpa berlandaskan fakta yang tepat demi menjatuhkan seseorang. Semua tahu dah fitnah ini apa.

Selain itu, BOIKOT. Ya, boikot lebih lebih lagi bila dilakukan secara mass akan memberikan kesan yang teruk kepada sesebuah entiti perniagaan. Kebiasaanya boikot ini dilakukan dengan cara ikut ikut apa yang orang sekeliling buat. Zaman kepesatan tekonologi, zaman media sosial & di akhir zaman sekarang ini memang ramai gerun dengan 2 benda ini iaitu fitnah dan kuasa boikot. Bukan sahaja ahli perniagaan, ahli politik pun cuak beb. Hehe.

Di Malaysia, McDonald's ialah antara entiti perniagaan yang saya lihat dari dahulu tak pernah berehat dari difitnah dan diboikot daripada heaters mereka. Dari satu cerita rekaan hinggalah ke satu cerita rekaan lain, ada jer yang cuba menggugat McDonald's ni. Tapi yang saya pelik, diaorang still stay. Hmmmm.

Takyah banyak, ni ada 3 output utama hasil daripada pemerhatian saya terhadap apa yang dilakukan oleh gergasi fast food terbesar dunia iaitu MCDONALDS dalam menangkis fitnah dan boikot yang dilontarkan kepada entiti ini. Nah:

1. McDonald's sejak daripada awal tidak position kan director apatah lagi shareholder mereka sebagai front line syarikat. McDonald's gunakan BRAND mereka sebagai front line. Kalau nak tahu, perangai manusia ni memang mudah anti atau jelik dengan front line berbentuk manusia. Ya, kalau gunakan owner syarikat sebagai front line memang mudah dapatkan trust. Then jualan akan boom. Tapi in a long term, they will killing you softly. Manusia bila dah mula menyampah, dengar suara kau dalam iklan radio pun terus anti semua produk kau. Time ni kau sembanglah apa jenis USP pun, mind set consumer pasti dah block. Tak caya? Pada tarikh artikel ini dibuat, cuba tengok mana dewa dan diva kosmetik sekarang? Dah slow keluar kat kaca tv kan? Good thing, kurang sikit dengar merepek berebut mic kat tv. Hehe

2.  McDonald's menggunakan satu taktik yang paling bagus iaitu DIAM. Kalau korang ingat waktu semua orang boikot besar besaran masa isu yahudi dan isu halal, diorang diam jer bai. Orang melayu kata jangan simbah lagi minyak kat api bila api sedang marak. Ini yang dilakukan oleh mereka. Bagi aku sesiapa pandai baca consumer behaviour untuk sesuatu kawasan tu memang pro oooo. Sebab orang yang pandai baca ni akan tahu bila market dah betul betul sejuk. Bila dah sejuk dan dah ambil masa bertenang, barulah boleh keluar statement pandai pandai. Orang kata orang Malaysia mudah lupa. Semalam boikot, harini lupa dah. Bagi aku tak. Ianya bukan orang Malaysia. Orang satu dunia yang memang mudah lupa. Belajarlah ilmu consumer behavior lebih dalam wei!

3. Lepas kita tahu dengan berdiam tak buat apa apa pun sebenarnya dah kira buat something, McDonald's itu sendiri hebat disebabkan KEKUATAN PRODUK DAN SERVIS yang mereka berikan. Tambahan pula produk mereka ialah produk makanan. Lagilah menambat hati pemakannya dari rasa hingga ke jiwa. Lebih lebih lagi diberi layanan yang mesra sama ada tempahan itu dilakukan di kaunter ataupun drive thru. Produk yang bagus datang dari production team yang bagus. Servis yang bagus datang dari latihan berterusan untuk melatih pekerja yang bagus.



Tuntasnya, kalau anda yang baca artikel ini ialah pemilik perniagaan atau ejen jualan yang turut merasai kesan fitnah dan boikot yang sedang merosak periuk nasi anda, muhasabah dan baikilah mana yang lopong itu secepat mungkin. Nak buat apa? Nah:

1. Focus on BRANDING. Bukannya personality branding. Melainkan nak jadi artis atau ahli politik bolehlah guna personality branding. Untuk marketing, dah dah lah dengan pendoktrinan bahawa marketing ialah segalanya. Sekarang bukan lagi zaman jumud yang kau rasa bisnes ini hanyalah dengan spend banyak kat Facebook Ads, leads masuk, close sales guna Whatsapp & duit masuk. No no no. Lagi beberapa swing jer, doktrin nie sikit sikit jadi tak relevan.

2. DIAM DIAM DIAM bila timing tengah tak cun. Mengalah tidak bermakna kita mengaku kalah. Diam pun tak bermakna kita salah. Sebab apa? Sebab bila kau berusaha untuk lawan untuk menang pada timing yang salah, belum tentu kau akan menang. Dan bila kau rasa nak berkata pada timing yang tak tepat, belum tentu akan menunjukkan kau betul. Lebih lebih lagi sekarang ni zaman berani kerana salah, takut kerana benar. Yang acah acah berani tulah sebenarnya yang paling bermuka muka.

3. Buat R&D PRODUK bersungguh sungguh macam tiada esok bro. Kaji betul betul apa market demand nak dan sesuai dengan apa masalah yang market hadapi. Kaji dalam dalam. Sudah sudah dengan pendoktrinan marketing ialah segalanya. Ada yang kata kalau marketing power, jual batu pun laris. Sembang! Laris sekali jelah. Esoknya membangau takde sales. Selain daripada produk, fokus kepada CUSTOMER SERVICE & SERVICE AFTER SALES. Dua nie benda berbeza. Buat training khusus secara sistematik. Bukan acah acah nak ada training, just hantar staff ke seminar sipu sipan yang sipu sipan tu dari kalangan circle korang jer. Dah ler asyik sipu sipan muka sama jer. Memang susah grow. Lagi jumudlah sampai next wave of boycott tak jumpa jumpa teknik killer nak settle masalah bisnes korang. Haha.



Lastly, jangan pandang enteng urusan legal. Jangan pernah rasa kita lagi berkuasa dari yang berkuasa.

Klik sini kalau nak baca artikel 2 minit PUNCA UTAMA SEJAK DUA MENJAK INI BISNES ATAU HIDUP ANDA KACAU BILAU.

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

2 comments:

  1. fitnah viral..rasanya dah banyak biz yang lingkup bila dah kena benda alah ni, terutama sekali kedai makan atau restoran. walaupun dah terangkan balik, dah buat siasatan dan memang terbukti tak bersalah pun, tetap jugak orang tak nak percaya..

    ReplyDelete