Pages

Showing posts with label pelaburan yang menguntungkan. Show all posts
Showing posts with label pelaburan yang menguntungkan. Show all posts

Friday, 6 January 2023

SELAMAT TAHUN BARU DAN PELUANG BISNES 2023

BISMILLAH. Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat bersempena kehadiran tahun baru 2023. Mengikut posting terakhir saya pada tahun 2019 di artikel ini, hampir 3 tahun setengah juga blog ini tidak menerima artikel ilmiah terbaru untuk dikongsikan. 

Walaupun begitu, saya tetap terus menerus membalas email dan menjawab komen para pembaca blog ini. Maafkan juga jika ada terlewat atau terlepas pandang. Inilah hakikat insani akhir zaman yang sentiasa sibuk saban hari hingga lupa amanah memberi.

BERAKHIR JUMAAT, BERMULA JUMAAT SETELAH 1288 HARI


Jika ingin diceritakan apa yang telah berlaku dan apa yang telah saya lalui sepanjang menghadapi kesibukan dalam tempoh 1288 hari tersebut, memang banyak. Tapi disini saya akan highlight kan pengalaman pengalaman saya yang berkaitan kesukaan pembaca blog ini sahaja. Antaranya:

1. PERISTIWA TAHUN 2020. Semua sedia maklum wabak COVID-19 melanda seluruh dunia. Yang ini tidak perlu saya huraikan lebih lanjut berkaitan wabak tersebut. Tetapi akan ada satu artikel khas saya akan kongsikan bagaimana saya boleh raih banyak pendapatan dalam bidang jual beli barangan input pertanian secara dalam talian melalui platform ini pada zaman pandemik tersebut, dikala kebanyakan orang struggle untuk mencari sesuap nasi. Dan perniagaan tersebut masih berkekalan sehingga artikel ini ditulis. Alhamdulillah.

2. PERISTIWA TAHUN 2021. Rentetan kepada pengembangan perniagaan barangan input pertanian yang saya usahakan dengan pelbagai cara dan di pelbagai platform online dan offline, rangkaian kenalan pembekal, pengedar tunggal dan sole distributor malah kilang berkaitan industri pertanian juga dapat dijalinkan. Jika ada dalam kalangan pembaca ini pernah dengar jenama mesin jentera pertanian ini dan menggunakannya, mungkin lepas ini kita boleh berjumpa.

3. PERISTIWA TAHUN 2022. Memperoleh aset tanah strategik di sebelah jalan utama di Melaka dan berhadapan pusat pengumpulan hasil pertanian milik kerajaan. Memiliki tanah pada perspektif saya boleh disifatkan sebagai klimaks atau the holy grail dalam perjalanan perjalanan pengembangan perniagaan saya. Lebih lebih lagi perolehan tersebut ialah perolehan yang kita tidak pernah rancang, kita tidak pernah terlintas dan datang bagaikan bulan jatuh ke riba. Alhamdulillah. Berkat dari bidang pertanian yang diceburi dan jalinan kenalan yang terjalin sesama usahawan dalam industri yang sama.

So, apa peluang bisnes tahun 2023 yang bakal mendatang atau yang naluri kita sudah merasakan bakal hadir memberikan salam mengetuk pintu hati kita sambil menawarkan peluang dan 1001 harapan? Share lah di komen bawah.



Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Tuesday, 28 August 2018

KAT MANA NAK MELABUR?

Alhamdulillah. Minggu lepas selesai segala aktiviti korban sempena menyambut Aidiladha. Biasalah kalau balik kampung, asal nampak aku macam tengah available, ada lah yang datang ajak borak borak. Seperti biasa, soalan soalan berkaitan financial, property, cara nak settle hutang rumah 10 tahun awal, peluang peluang buat duit dan sebagainya selalu menghinggap aku.

Cuma dalam artikel ni aku nak kongsikan apa yang aku akan jawab kalau ada yang bertanya soalan KAT MANA NAK MELABUR? Biasa orang yang tanya soalan nie, ialah orang yang dah atau bakal dapat durian runtuh. Biasanyalah.

Dari perspektif aku, bila aku menerima soalan KAT MANA NAK MELABUR, aku akan screening dulu orang yang bertanya tu. Kalau dia nak melabur dalam skala individu, aku akan jawab jawapan lain. Kalau dia ialah individu yang bakal mewakili sesuatu organisasi besar swasta atau kerajaan untuk buat pelaburan, aku akan bagi jawapan dan penerangan lain.

Jawapan yang aku biasa "nyanyi" kalau orang nak melabur dalam skala individu setelah aku screening kemampuan dan kelayakan individu tersebut ialah aku akan cadang melabur jer kat dalam ASB, Tabung Haji, hartanah & apa apa real business. Actually ada banyak lagi peluang pelaburan lain. Memandangkan nama pun borak borak sesama saudara mara. Aku memang akan cadang invest je kat instrument yang common, proven dan memang sebenarnya mereka dah sedia faham.

Melainkan mereka nak yg lebih heavy, aku memang suggest datang office kat Melaka ni. Sebab bila datang office, dari borak borak kosong, kita boleh convert borak borak tu jadi serious, gentle and real deal.

Kalau organisasi besar atau wakil wakil dari kerajaan tanya nak invest kat mana untuk organisasi mereka aku jawab apa?

Takkan aku nak jawab ASB, Tabung Haji & bla bla bla yg berkaitan individual scale punya investment. Haha.

Pengalaman berkolaborasi dengan InvestMelaka sebenarnya banyak mengajar diri aku juga. Banyak aku belajar. Aku belajar apa nak pitch kalau big organization nak mulakan pelaburan, nak suggest pelaburan apa yg win win, bab legal dan sebagainya.

Kalau nak tahu, kebanyakan big organization yang nak mulakan pelaburan ni diaorang suka melabur dalam state-scale investment dan country scale investment. Contohnya, kat Malaysia nie let say kerajaan Persekutuan panggil pelabur pelabur luar melabur nak buat projek keretapi laju dari Sarawak sampai Johor merentasi lautan, yang ini dalam istilah pelaburan dipanggil country scale investment. 

Currently, macam kat Melaka ni pelabur pelabur terpilih bakal dijemput untuk melabur projek pembukaan kilang Apple pertama di Melaka untuk assemble produk produk Apple seperti Iphone dan barang alat ganti. Ini ialah state-scale investment.

Organisasi besar memang suka melabur dalam state-scale investment dan country scale investment. Lebih lebih lagi (mengikut pengalaman aku), pelaburan tu berkaitan:

1. Pelaburan berkaitan infrastruktur atau kemudahan awam di sesuatu negeri/negara.
2. Pelaburan berkaitan hartanah di sesuatu negeri/negara.
3. Pelaburan berkaitan perniagaan di sesuatu negeri/negara.
4. Pelaburan yang melibatkan koperasi di sesuatu negeri/negara.
5. Pelaburan melibatkan bidang ilmu, kajian atau pembanguanan modal insan di sesuatu negeri/negara untuk pulangan dan keperluan jangka masa panjang.

Lima kat atas nie kira yang paling HOT stuff lah. Kira barang panaslah kalau nak jual kat pelabur pelabur luar yang banyak duit dan dahaga tu. Janganlah kau present atau pitch peluang peluang pelaburan skala individu pulak kat pelabur pelabur jerung nie andai kata korang pun melalui situasi kalau ada orang dari organisasi besar tanya NAK MELABUR KAT MANA?



BARTER CONTRACT investment also a favourite type of investment among investors.
Example: My country will buy your country palm oil if you allow our China Dolls to serve in your country.




Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com