Pages

Showing posts with label artikel pertanian. Show all posts
Showing posts with label artikel pertanian. Show all posts

Monday, 20 August 2018

AKHIRNYA PETANI BERJAYA KAWAL KERAJAAN MALAYSIA

"Allah. Mati pula jam kat tangan ni. Mesti habis bateri ni." Ujar aku dalam hati.

Mana taknya menggelabah bila jam mati. Sebab aku tengah tunggu Lim dari kartel besar nak beli hasil pertanian aku. Aku berlari tengok jam kat pondok simpan baja, nampaknya Lim ni macam dah lambat sejam. Aku nak hantar hasil pertanian ke tempat dia memang tak boleh. Ladang aku dalam ceruk. Internet slow. Line telefon jer ada. Transport pun uzur dan terhad.

Tiba tiba dapat satu panggilan "Hello Adnan. Sorry I tak jadi beli you punya sayur hari ini. I tak boleh ke sana. Jalan kena block. You tak tengok berita ke? You bukak berita sekarang!".

Aku memang dah agak situasi cancel last minute ni akan terjadi. Aku terus balas lemah "Haaa. Okay Lim.". Lim terus tamatkan perbualan.

Aku terus pergi ke hujung kebun yang aku tahu line phone boleh naik sampai 2-3 bar. Aku terus bukak Facebook. Yelah berita kat Facebook lagi pantas dia tersebar berbanding aku buka laman web lain. Semangat aku nak tahu apa dah jadi lepas Lim beritahu tadi. Nah, terus terpampang satu headline "BEKALAN MAKANAN NEGARA TERPUTUS LEBIH AWAL DARI DIJANGKA KERANA KEMARAU TERLALU LAMA MELANDA NEGARA NEGARA PEMBEKAL."

Aku tak tap pun artikel tu. Aku sambung scroll lagi newsfeed Facebook. Aku nak cari tajuk lain yang boleh mendorong aku click dan bersemangat nak baca. Then aku nampak headline "NEGARA TIDAK MAMPU MENGHASILKAN BEKALAN MAKANAN SENDIRI KERANA KEKURANGAN PETANI TEMPATAN SEJAK PROTES BESAR BESARAN TERHADAP HASIL PERTANIAN IMPORT TAHUN LEPAS". Aku tengok tarikh post ni ianya dah berlaku minggu lepas. Ini normal bagi aku memandangkan pekebun macam aku memang jarang online.

Aku sambung swipe lagi newsfeed. Rata rata friend list aku ramai semacam menggelabah mengenai isu makanan yang sedang melanda negara. Ada yang post tanya kat mana pasar yang masih lagi beroperasi. Ada yang buat lelongan beras yang aku tengok dah sampai RM998 orang bid untuk kampit 5 kg. Then terbaca headline  "AGONG ISYTIHAR DARURAT. RAKYAT DISARAN TANAM UBI KAYU SEMENTARA MENUNGGU KEADAAN DIPULIHKAN".

Apa nie. Tak menarik langsung isu semasa yang tengah kecoh ni. Pelik aku kenapa entah si Lim tadi menggelabah sangat. Pasal makan jer pun. Tu pun nak kecoh kecoh. Kan boleh puasa.

Aku sambung bukak Whatsapp pulak lepas semua notification messages masuk stop berbunyi. Nah. 336 unread messages. Aku scroll ke bawah. Nah. Dari 336 messages, dekat 50 orang Whatsapp aku secara personal. Rata rata semua macam nak beli hasil pertanian kat kebun ceruk nie.

"Ah. Nantilah aku baca". Aku cakap sorang sorang.

Dalam banyak2 Whatsapp, aku hanya nak baca satu jer. Iaitu dari mak aku. Mak aku ada kat kebun kampung sebelah tengah teman bapak aku bagi lembu makan. Dia pesan "Nan, ubi tu jangan cabut semua. Biarkan jer atas batas. Nak makan nanti baru cabut."

Aku reply emoticon smile berserta ok panjang camni "Okayyyy makkkkkk"

Aku sambung buka Facebook lagi. Jumpa artikel yang seakan akan membuatkan aku nak click baca. Tajuknya "PETANI PETANI TEMPATAN SUDAH BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN CAMPURAN DENGAN KERAJAAN SEDIA ADA TANPA MELALUI PROSES PILIHANRAYA".

"Hmm." Aku mengeluh bosan. Aku tetap tak click untuk baca berita penuh tersebut. Tak interesting langsung.

Aku scroll laju laju seakan nak cari something selain isu makanan, isu pertanian, isu petani dan kerajaan. Akhirnya aku rasa aku dah dekat dah nak jumpa artikel yang aku akan baca sampai habis. Yes memang aku akan baca content artikel ni. Nah "Gempak! 'Hantu Kak Limah' pecah panggung catat kutipan RM20.5 juta"

Aku terus rasa akulah manusia yang paling bahagia haritu. Aku teruskan baca content pecah panggung tu sampai habis walaupun aku tahu jarak aku nak ke panggung wayang terdekat ialah sekitar 200 km. Lepas aku tamat baca artikel tu, aku rasa happy sangat. Serius, feel dia macam aku dah tengok cerita tu.



TAMMAT



Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Saturday, 29 July 2017

KOMBINASI PELABURAN TANAH+LEMBU+SAWIT

Beberapa minggu lepas aku terbaca kisah di newsfeed Facebook di mana McD sulamkan perniagaannya dengan hartanah. Patut pun perniagaan McDonald mantap dan sustain sehingga sekarang.

Beberapa hari lepas pula aku diseronokkan dengan proposal perniagaan penternakan lembu JV yg dah diusahakan nak masuk tahun keempat dengan rakan rakan kongsi di atas tanah yg ditanam kelapa sawit dan disulamkan dengan hartanah. Proposal ini keluar dari salah seorang rakan kongsi merangkap ABAH kami menjelang antara kami masih ramai tengah blurr taktau apa nak buat dengan juta juta wang yang menunggu masa nak turun dari Scotland. Hahaha.

Memang WOW. Aku pulak jenis tak boleh dengar proposal proposal perniagaan yang jenis integrate, differentiate, algebra, trigonometri dan sebagainya nie. Hehehe. Aku memang respect dengan orang yang boleh operate business macam ini sebab orang ini betul betul memaksimakan apa yang ada untuk menggandakan output. Inilah real businessman merangkap real property investor yang pure dalam mencantumkan titik titik rantaian perniagaan. Ecehhh term korporato sudah keluar.

Apa yang membuatkan aku lagi bertambah WOW ialah kombinasi tiga niche ini dalam mempelbagaikan pengeluaran/dapatan yang bakal dihasilkan. Antaranya:

1. Daging lembu keperluannya sentiasa tak cukup. Baik hari raya ataupun bukan hari raya. Lembu boleh bagi monthly income sama ada jualan hidup ataupun jualan daging sembelihan setelah lembu cukup umur.

2. Minyak kelapa sawit lagilah. Walaupun ianya komoditi yang sedikit volatile di masa artikel ini di tulis, aku percaya ini barang ada jasa dan masa depannya yang tersendiri. Kelapa sawit boleh bagi weekly income.

3. Paling bonus sepanjang hidup sebenarnya kenaikan nilai tanah tu sendiri. Bayangkan (Khai Bahar-Lagu nie aku tengah dengar time buat artikel ini), tanah pertanian tersebut ditukar syarat. Lepas tu dipecah pecah lot. Lepas tu jual. Kaya! Atau kita tanam pokok bangunan dulu kat tanah tu. Sampailah bangunan tu tumbuh jadi kondo. Hahaha. Masyuk!

Walaupun permainan pertanian, perladangan (baik anda Google beza pertanian dan perladangan) & penternakan ini antara industri yang paling banyak melibatkan penggunaan tanah dan bermodal tinggi, aku tetap percaya permainan ini sangat bagus.

Bila aku dah cakap bagus, maknanya memang bagus. Serius tak tipu. Siapa yang bercita cita seperti ini, teruskan usaha anda dalam merealisasikan impian ini. Mudah mudahan. Insyallah.

Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com



KELAPA SAWIT



LEMBU



UKUR DULU TANAH SEBELUM JADI JUTAWAN MEE SEGERA

Sunday, 8 November 2015

BAGAIMANA HENDAK MEMASTIKAN PRODUK KELUARAN ANDA BOLEH MEMONOPOLI PASARAN DENGAN SEMPURNA

Berikut ialah jenis kategori/rantaian perniagaan:
ABC RESOURCES: Pengeluar yang mengeluarkan produk mentah.
ABC MANUFACTURING: Pengilang yang memproses produk mentah kepada produk siap.
ABC WHOLESALE: Memborong dan mengedar produk mentah & produk siap dalam konsep Business-To-Business.
ABC MARKETING: Menjual produk mentah dan produk siap di pasaran runcit terus kepada pelanggan dalam konsep Business-To-Customer.
ABC HOLDING pula ditubuhkan untuk mengawal keempat empat subsidiary tersebut untuk tujuan:
1. Menaikkan volume pengeluaran.
2. Supaya pengawalan turun naik harga boleh dikawal.
3. Dan membawa kepada keuntungan hasil daripada pasaran yg sudah di dominasi.
Ulang lagi SOP yg sama untuk mendominasi produk/crops yg lain pula.

Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

Friday, 6 November 2015

MENCARI PEMBEKAL CILI

Salam rakan rakan. Ada rakan2 pembekal cili kering tak? Kalau ada mohon kenalkan diri atau tinggalkan contact rakan2 yg boleh membekalkannya di ruangan komen. Harap boleh kerjasama untuk jangka masa panjang. Terima kasih.

Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com