Pages

Monday, 20 August 2018

AKHIRNYA PETANI BERJAYA KAWAL KERAJAAN MALAYSIA

"Allah. Mati pula jam kat tangan ni. Mesti habis bateri ni." Ujar aku dalam hati.

Mana taknya menggelabah bila jam mati. Sebab aku tengah tunggu Lim dari kartel besar nak beli hasil pertanian aku. Aku berlari tengok jam kat pondok simpan baja, nampaknya Lim ni macam dah lambat sejam. Aku nak hantar hasil pertanian ke tempat dia memang tak boleh. Ladang aku dalam ceruk. Internet slow. Line telefon jer ada. Transport pun uzur dan terhad.

Tiba tiba dapat satu panggilan "Hello Adnan. Sorry I tak jadi beli you punya sayur hari ini. I tak boleh ke sana. Jalan kena block. You tak tengok berita ke? You bukak berita sekarang!".

Aku memang dah agak situasi cancel last minute ni akan terjadi. Aku terus balas lemah "Haaa. Okay Lim.". Lim terus tamatkan perbualan.

Aku terus pergi ke hujung kebun yang aku tahu line phone boleh naik sampai 2-3 bar. Aku terus bukak Facebook. Yelah berita kat Facebook lagi pantas dia tersebar berbanding aku buka laman web lain. Semangat aku nak tahu apa dah jadi lepas Lim beritahu tadi. Nah, terus terpampang satu headline "BEKALAN MAKANAN NEGARA TERPUTUS LEBIH AWAL DARI DIJANGKA KERANA KEMARAU TERLALU LAMA MELANDA NEGARA NEGARA PEMBEKAL."

Aku tak tap pun artikel tu. Aku sambung scroll lagi newsfeed Facebook. Aku nak cari tajuk lain yang boleh mendorong aku click dan bersemangat nak baca. Then aku nampak headline "NEGARA TIDAK MAMPU MENGHASILKAN BEKALAN MAKANAN SENDIRI KERANA KEKURANGAN PETANI TEMPATAN SEJAK PROTES BESAR BESARAN TERHADAP HASIL PERTANIAN IMPORT TAHUN LEPAS". Aku tengok tarikh post ni ianya dah berlaku minggu lepas. Ini normal bagi aku memandangkan pekebun macam aku memang jarang online.

Aku sambung swipe lagi newsfeed. Rata rata friend list aku ramai semacam menggelabah mengenai isu makanan yang sedang melanda negara. Ada yang post tanya kat mana pasar yang masih lagi beroperasi. Ada yang buat lelongan beras yang aku tengok dah sampai RM998 orang bid untuk kampit 5 kg. Then terbaca headline  "AGONG ISYTIHAR DARURAT. RAKYAT DISARAN TANAM UBI KAYU SEMENTARA MENUNGGU KEADAAN DIPULIHKAN".

Apa nie. Tak menarik langsung isu semasa yang tengah kecoh ni. Pelik aku kenapa entah si Lim tadi menggelabah sangat. Pasal makan jer pun. Tu pun nak kecoh kecoh. Kan boleh puasa.

Aku sambung bukak Whatsapp pulak lepas semua notification messages masuk stop berbunyi. Nah. 336 unread messages. Aku scroll ke bawah. Nah. Dari 336 messages, dekat 50 orang Whatsapp aku secara personal. Rata rata semua macam nak beli hasil pertanian kat kebun ceruk nie.

"Ah. Nantilah aku baca". Aku cakap sorang sorang.

Dalam banyak2 Whatsapp, aku hanya nak baca satu jer. Iaitu dari mak aku. Mak aku ada kat kebun kampung sebelah tengah teman bapak aku bagi lembu makan. Dia pesan "Nan, ubi tu jangan cabut semua. Biarkan jer atas batas. Nak makan nanti baru cabut."

Aku reply emoticon smile berserta ok panjang camni "Okayyyy makkkkkk"

Aku sambung buka Facebook lagi. Jumpa artikel yang seakan akan membuatkan aku nak click baca. Tajuknya "PETANI PETANI TEMPATAN SUDAH BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN CAMPURAN DENGAN KERAJAAN SEDIA ADA TANPA MELALUI PROSES PILIHANRAYA".

"Hmm." Aku mengeluh bosan. Aku tetap tak click untuk baca berita penuh tersebut. Tak interesting langsung.

Aku scroll laju laju seakan nak cari something selain isu makanan, isu pertanian, isu petani dan kerajaan. Akhirnya aku rasa aku dah dekat dah nak jumpa artikel yang aku akan baca sampai habis. Yes memang aku akan baca content artikel ni. Nah "Gempak! 'Hantu Kak Limah' pecah panggung catat kutipan RM20.5 juta"

Aku terus rasa akulah manusia yang paling bahagia haritu. Aku teruskan baca content pecah panggung tu sampai habis walaupun aku tahu jarak aku nak ke panggung wayang terdekat ialah sekitar 200 km. Lepas aku tamat baca artikel tu, aku rasa happy sangat. Serius, feel dia macam aku dah tengok cerita tu.



TAMMAT



Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

No comments:

Post a Comment