AMAL - Ini ialah proses kau terjemahkan segala ilmu yang dah kau pelajari dalam bentuk TINDAKAN. Tak kisahlah proses kau dapatkan ilmu tu sama ada kau dapat secara berguru atau kau the first explorer. Sadly, hanya 3 dari 10 orang sahaja yang cakap serupa bikin. Means diorang betul betul buat dan bertindak setelah memperoleh sesuatu ilmu.
"Masa takde ilmu menampar, orang tampar kau, kau diam. It's okay. Tapi bila dah ada ilmu menampar, time orang tampar kau, kalau kau diam, ternyata kau ialah golongan yang mensia siakan ilmu." -Atok Sam, 1999-
ISTIQAMAH - Istiqamah bermaksud berterusan dalam mengamalkan sesuatu ilmu. Istiqamah sama maksud dengan KONSISTEN. Cabaran paling besar yang dihadapi oleh manusia hari ini termasuk aku ialah untuk kekal konsisten dalam apa jua yang diamalkan. Tak perlu terkejut jika dari 10 orang, hanya seorang sahaja yang kekal konsisten dalam pengamalan sesuatu bidang ilmu. Terma paling rapat berkaitan istiqamah ialah DISIPLIN. Kita ada disiplin, apa apa kita buat pasti istiqamah.
PROJEK BANTU LANDLORDS SELANGOR
Alhamdulillah, setelah 2 tahun startup aku buat bersama rakan rakan sparring hartanah, nampaknya mula menampakkan hasil yang bukan biasa biasa. Untuk pengetahuan umum, ramai pemilik tanah di luar tu semakin terdesak dengan keadaan ekonomi sekarang. Ramai juga yang tidak tahu apa nak buat dengan tanah mereka. Yang kami suggest jual, ada yang jual. Ada tuan tanah yang kami kenalkan dengan rakan rakan usahawan tani yg proven bagus. Yang kami cadang joint venture dengan pemaju pun ada yang buat juga. Kebanyakannya ramai orang kampung yang masih bertatih dalam industri ini. Tak apa, slowly steadily kami cuba bantu sorang sorang.
"Startup ini takdelah gah mana dari segi rupa parasnya. Walaupun begitu, performance nya jangan dipandang rendah. Ibarat Toretto drive Ford Mustang tahun 1970 dalam Fast & Furious. Hehe."
Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com
No comments:
Post a Comment