1. Kena tahu spot adakah itu kawasan tanah kerajaan atau tanah terbiar yg sudah ada pemilik.
2. Jika spot mengena & sah tanah kerajaan yg dalam zone, teroka dahulu atau mohon dahulu tak jadi masalah. (Boleh cari lokasi di internet seperti di gambar untuk cari spot tanah kerajaan)
3. Mohon terus untuk mendapatkan GERAN/GERAN MUKIM.
4. Jika tak dapat, tak mengapa.
5. Mohon HSD/HSM.
6. Kerajaan suka walaupun HSD/HSM sebab dapat $$$$$ dari cukai tahunan yg dikenakan. Kita pun tak kisah, bayar cukai baru rm20.
7. Lepas 3 tahun, mohon PAJAKAN/PAJAKAN MUKIM.
8. Waktu inilah permainan bermula. Nombor-nombor yg pejabat tanah tawarkan seperti RM500/ekar - RM1000/ekar ini pasti buat kita senyum lebar.
9. Layan terus pertanian 99 tahun.
10. Sambil2 tu, kentalkan hati dengan ilmu ilmu tanah yg ada untuk dapatkan GERAN/GERAN MUKIM.
2. Jika spot mengena & sah tanah kerajaan yg dalam zone, teroka dahulu atau mohon dahulu tak jadi masalah. (Boleh cari lokasi di internet seperti di gambar untuk cari spot tanah kerajaan)
3. Mohon terus untuk mendapatkan GERAN/GERAN MUKIM.
4. Jika tak dapat, tak mengapa.
5. Mohon HSD/HSM.
6. Kerajaan suka walaupun HSD/HSM sebab dapat $$$$$ dari cukai tahunan yg dikenakan. Kita pun tak kisah, bayar cukai baru rm20.
7. Lepas 3 tahun, mohon PAJAKAN/PAJAKAN MUKIM.
8. Waktu inilah permainan bermula. Nombor-nombor yg pejabat tanah tawarkan seperti RM500/ekar - RM1000/ekar ini pasti buat kita senyum lebar.
9. Layan terus pertanian 99 tahun.
10. Sambil2 tu, kentalkan hati dengan ilmu ilmu tanah yg ada untuk dapatkan GERAN/GERAN MUKIM.
Next: Saya SUDAH kongsikan di WALL FB SAYA teknik agak "kejam" tapi halal iaitu BAGAIMANA NAK CARI LOKASI TANAH KERAJAAN YANG SUDAH MEMPUNYAI PERTANIAN TIDAK SAH DIATASNYA UNTUK KITA MOHON SAMPAI DAPAT. Ini lagi mudah untuk lulus. Insyallah.
3 update terkini yang dilakukan pada bulan Februari 2025 berkaitan cara memohon tanah kerajaan:
1. Dengan senario politik yang boleh dikatakan berbeza jika dibandingkan 10 tahun dahulu dengan tahun 2025 sekarang, hal ehwal permohonan tanah kerajaan juga dilihat terkesan. Penyokong penyokong politik yang partinya sedang memerintah dilihat lebih cenderung mendapat kelulusan tinggi. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada pejabat tanah negeri masing masing sama ada terdapat campur tangan secara agresif oleh orang politik atau tidak. Sebagai contoh di Negeri Sembilan, orang orang kampung yang berjawatan seperti ketua kampung, ahli mpkk atau tok adat dilihat mempunyai kelebihan untuk menggunakan "kenalan" bagi meluluskan permohonan. Orang biasa, sedikit mencabar. Bagi negeri Melaka, kelulusan dilihat semuanya adil tanpa mengira latar belakang politik. Apa pun, tidak rugi mencuba dan tidak menelan belanja yang besar pun sebab yang kita mohon ini ialah tanah, iaitu sebuah habuan yang dikira agak ultimate dan besar.
2. Teknik memohon tanah tol / LPS (Lesen Pendudukan Sementara) masih kekal relevan sehingga tahun 2015 ketika artikel ini ditulis. Sebelum memohon supaya dianugerahkan geran yang menyatakan kita sudah diberi hakmilik, amat akan membantu jika kita juga penama yang sudah mendapat lesen pendudukan sementara ke atas sesuatu tanah tersebut. Lebih lebih lagi projek yang dilakukan amat membantu dan menyumbang kepada ekonomi setempat dan memberikan kredit tambahan ianya sebuah projek dorongan dan kelolaan dari kerajaan sesebuah negeri. Jangan mohon geran diwaktu keadaan tanah tengah semak sambun, terbiar dan nampak tak diusahakan, Silap silap lesen tanah tol pun tak dapat renew lagi. Bab cukai jangan dikata, wajib. Tak bayar akan jadi red lag yang akan menyukarkan kita di masa hadapan. Di Perak, kena mohon dulu baru teroka.
3. Tempoh seeloknya memohon tanah bergeran supaya menjadi hakmilik ialah 3 tahun selepas kita menduduki sesebuah tanah secara tol / lesen pendudukan sementara. Permohonan paling memudahkan pihak pejabat tanah untuk dibawa ke majlis mesyuarat kerajaan negeri ialah permohon geran tanah jenis pajakan. Negeri lain saya tidak tahu sama ada permohonan geran tanah jenis kekal adakah sama macam Melaka dan Negeri Sembilan. Jika negeri lain mudah, boleh teruskan memohon geran tanah jenis kekal. Jika sukar seperti Melaka dan Negeri Sembilan, mendapat tanah percuma jenis pajakan pun satu nikmat yang tak terhingga. Mungkin disebabkan Melaka dan Negeri Sembilan mempunyai keluasan tanah yang terhad. Tidak seperti negeri Pahang, Perak, Sarawak & Sabah yang rata rata kerajaan negerinya mempunyai tanah seluas mata memandang.
Saya cuma kongsikan. Terpulang kepada tuan2 dan niat tuan2. Industri pertanian untuk bumiputera kalau tengok polisi perundangan, memang bias. Jeles non bumi kalau tahu.
Seperti di gambar:
Lot kuning bernombor ialah tanah yg dah mempunyai pemilik.
Lot kelabu di pinggir lot lot kuning ialah tanah kerajaan.
Di gambar kedua ialah cara nak kaji kecerunan tanah yg nak dipohon adakah berbukit atau tanah rata yg sesuai dengan jenis pertanian yg akan dijalankan.
Sekian & thanks.
BAGAIMANA NAK TAHU SESUATU TANAH YANG DIIKLANKAN ITU BETUL-BETUL MURAH ATAU TAK? Klik sini untuk baca.
Muhammad Rafiq Adnan
rafiqadnan69@gmail.com
rafiqadnan69@gmail.com