Pages

Showing posts with label tanah pertanian. Show all posts
Showing posts with label tanah pertanian. Show all posts

Thursday, 15 December 2016

HARGA TANAH PERTANIAN YANG DIANGGAP MURAH, BERPATUTAN DAN MAHAL DI MALAYSIA



1. Harga bawah RM40,000/ekar. Murah. Selepas double check segala "keraguan" dan boleh accept kekurangan yang ada, kalau takde masalah, boleh terus beli.






2. Harga antara RM40,000/ekar hingga RM90,000/ekar. Berpatutan. Masih lagi berbaloi dan bergantung kepada apa projek yang anda nak usahakan bagi memaksimakan penggunaan dan keuntungan.






3. Harga RM90,000/ekar hingga RM120,000/ekar. Diklasifikasikan mahal jika ingin mengusahakan projek pertanian. Melainkan ianya berada di zon perumahan dan anda bercadang untuk menjual secara lot atau sebagainya setelah menamatkan projek pertanian anda, ianya baru berbaloi.


Kongsi link blog ini tanda anda sedang belajar meningkatkan kepekaan anda terhadap harga tanah semasa di Malaysia.


Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

Sunday, 8 November 2015

SENARAI SEMAK PERSEDIAAN RAPI SEBELUM MEMOHON TANAH KERAJAAN

Salam malam.
Banyak soalan yg saya terima mengatakan yg tuan tuan semua ingin tahu bagaimana cara memohon tanah kerajaan. Ya, kebanyakan tuan tuan semua berniat ingin mengusahakan aktiviti pertanian diatas tanah yg bakal dipohon.
Walaubagaimanapun, apa saya cadangkan, mulakan dari bawah dahulu tuan tuan. Kenapa tidak kita usahakan tanah terbiar milik orang lain dulu? Ikat agreement 10-15 tahun. Kita mula dengan belajar clear kan semak samun. Dan terus mula bertani di tanah orang lain dahulu.
Dah ada untung lepas 3 tahun hasil di tanah orang, baru besarkan kapasiti untuk bertani di tanah sendiri menggunakan pengalaman yg ada. Time ini baru apply tanah kerajaan. Duit dah betul2 banyak, baru pejabat tanah yakin anda boleh bayar cukai dan premium untuk memiliki tanah. Bila mereka yakin, itu yg senang lulus. Disaat itu, clearkan belukar belantara lah pula kan!
Aktiviti pertama kita di tanah orang lain tadi kita tetap teruskan. Aktiviti di tanah sendiri kita mula. Teruskan proses ini mengikut matlamat masing2 nak ada berapa banyak ladang & nak buat berapa banyak $$$$$.
Percayalah, dengan cara ini, tanpa pembiayaan bank pun, perniagaan pertanian tuan tuan boleh berkembang!
Nota: Salah satu punca permohonan gagal ialah kegagalan membuktikan kepada pihak yg berkuasa bahawa kita banyak $$$$$ dan layak untuk memiliki tanah tersebut.
BACA NOTA DI GAMBAR UNTUK BERMULA MENGUSAHAKAN TANAH TERBIAR
Tuan tuan rasa belajar benda baru? Kongsikan kepada rakan rakan yang lain.

Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

Friday, 6 November 2015

KENAPA ILMU TANAH BERSAHABAT DENGAN ILMU PERTANIAN

Ilmu tanah=Ilmu berkaitan hal ehwal perundangan tanah seperti cara menyewa tanah, cara membeli tanah, cara memohon tanah rezab GLC, cara memohon tanah kerajaan, cara berurusan dengan pejabat tanah untuk mendapatkan kelulusan, CARA MENGETAHUI LOKASI TANAH KERAJAAN YANG BELUM PUNYA HAK MILIK UNTUK KITA BELI MURAH-MURAH DARI KERAJAAN TANPA MELALUI BROKER, cara memilih juruukur, cara memilih peguam, cara mendapatkan pembiayaan tanah dan pertanian & sebagainya.
Ilmu pertanian: Ilmu berkaitan hal ehwal mengoptimumkan hasil pertanian diatas tanah seperti cara menyemai benih, pemilihan baja, kawalan penyakit, perancangan ladang, pengurusan ladang, pemasaran hasil, pemprosesan hasil, inventori hasil dan sebagainya.
Ilmu hartanah=Ilmu berkaitan hal ehwal harta tanah seperti sewaan kediaman, sewaan rumah, sewaan bilik, sewaan kedai, jual beli bangunan, pengurusan bangunan, penilaian nilai bangunan dan sebagainya.

Masih mencari idea APA NAK BUAT KALAU ADA TANAH? Klik sini untuk baca.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com