Pages

Saturday, 7 November 2015

KENAPA PERMOHONAN TANAH KERAJAAN ANDA TAK LULUS

Anda pohon tanah 10 ekar. Guna atas nama orang perseorangan/individu. Tanpa mempunyai apa2 dokumen yg meyakinkan anda boleh bayar premium tanah dan yuran2 lain untuk tanah 10 ekar tersebut, anda rasa pihak yg berkuasa nak meluluskan atau tak?
Pihak berkuasa tersebut banyak kerja dan banyak permohonan perlu diuruskan. Ingat tak tension ke bila LPS atau geran dah dikeluarkan, tapi last2 anda beritahu anda surrender tak jadi nak miliki tanah tu sebab takde duit utk bayar premium, duit cukai, duit untuk usahakan tanah & alasan lain. Mereka pun manusia.
Ramai beb beratur nak tanah murah hari ini.
Pernah fikir kenapa ladang2 besar macam FELDANG, KOPERASI PERMODALAN FELDANG, BEBERAPA KEMENTERIAN YANG DIPERBADANKAN, SIME DARBANG, GENTONG PLANTATION DAN SEBAGAINYA senang dapat tanah? Rasa2 korang mereka beli dari pemilik individu ke?
Tidak! Diawal mereka kebanyakan dapat kurniaan dari kerajaan.
Bagaimana mereka boleh yakinkan kerajaan untuk mengurniakan tanah kepada diorang untuk diusahakan???
Mereka yakinkan dengan menunjukkan dokumen kewangan paling asas iaitu PENYATA & LAPORAN KEWANGAN seperti cashflow statement, income statement dan profit & loss statement.
Penyata kewangan yg sihat akan memudahkan lagi urusan untuk mendapatkan tanah kerajaan.
Ditambah pula mereka ini membuat MOU & MOA untuk memberikan keuntungan tambahan kepada kerajaan.
Kerajaan/orang kerajaan kalau dengar pendapatan tambahan ini, mesti suka!
Persoalan saya, individu/orang perseorangan ada ke penyata kewangan?
Tak kisahlah ada atau tidak, apa alasan anda dan kenapa masih lagi memohon tanah kerajaan atas nama individu?
Pesanan saya, kalau nak apply tanah seekar, biarlah persiapannya seperti nak apply tanah 10 ekar.
Jangan nak apply tanah 10 ekar, tapi persiapan seperti hendak memohon tanah seekar.
Think big & you will grow big!

Klik sini untuk baca sebab musabab anda KENA SABAR dalam dunia tanah ni.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

No comments:

Post a Comment