Pages

Monday, 24 September 2018

STRATEGI MCD LAWAN FITNAH DAN BOIKOT NETIZEN

Sebagai pemilik perniagaan, sales atau jualan produk syarikat ialah elemen terpenting bagi menentukan jangka hayat sesebuah entiti perniagaan. Bila sales mula merundum, ianya petanda tak baik untuk company.

Ada banyak faktor yang menyebabkan jualan sesuatu produk itu berlaku. Tapi faktor yang paling famous di zaman viral viral ini ialah FITNAH. Fitnah ni ayat senang faham dia ialah statement tipu yang sengaja dibuat buat tanpa berlandaskan fakta yang tepat demi menjatuhkan seseorang. Semua tahu dah fitnah ini apa.

Selain itu, BOIKOT. Ya, boikot lebih lebih lagi bila dilakukan secara mass akan memberikan kesan yang teruk kepada sesebuah entiti perniagaan. Kebiasaanya boikot ini dilakukan dengan cara ikut ikut apa yang orang sekeliling buat. Zaman kepesatan tekonologi, zaman media sosial & di akhir zaman sekarang ini memang ramai gerun dengan 2 benda ini iaitu fitnah dan kuasa boikot. Bukan sahaja ahli perniagaan, ahli politik pun cuak beb. Hehe.

Di Malaysia, McDonald's ialah antara entiti perniagaan yang saya lihat dari dahulu tak pernah berehat dari difitnah dan diboikot daripada heaters mereka. Dari satu cerita rekaan hinggalah ke satu cerita rekaan lain, ada jer yang cuba menggugat McDonald's ni. Tapi yang saya pelik, diaorang still stay. Hmmmm.

Takyah banyak, ni ada 3 output utama hasil daripada pemerhatian saya terhadap apa yang dilakukan oleh gergasi fast food terbesar dunia iaitu MCDONALDS dalam menangkis fitnah dan boikot yang dilontarkan kepada entiti ini. Nah:

1. McDonald's sejak daripada awal tidak position kan director apatah lagi shareholder mereka sebagai front line syarikat. McDonald's gunakan BRAND mereka sebagai front line. Kalau nak tahu, perangai manusia ni memang mudah anti atau jelik dengan front line berbentuk manusia. Ya, kalau gunakan owner syarikat sebagai front line memang mudah dapatkan trust. Then jualan akan boom. Tapi in a long term, they will killing you softly. Manusia bila dah mula menyampah, dengar suara kau dalam iklan radio pun terus anti semua produk kau. Time ni kau sembanglah apa jenis USP pun, mind set consumer pasti dah block. Tak caya? Pada tarikh artikel ini dibuat, cuba tengok mana dewa dan diva kosmetik sekarang? Dah slow keluar kat kaca tv kan? Good thing, kurang sikit dengar merepek berebut mic kat tv. Hehe

2.  McDonald's menggunakan satu taktik yang paling bagus iaitu DIAM. Kalau korang ingat waktu semua orang boikot besar besaran masa isu yahudi dan isu halal, diorang diam jer bai. Orang melayu kata jangan simbah lagi minyak kat api bila api sedang marak. Ini yang dilakukan oleh mereka. Bagi aku sesiapa pandai baca consumer behaviour untuk sesuatu kawasan tu memang pro oooo. Sebab orang yang pandai baca ni akan tahu bila market dah betul betul sejuk. Bila dah sejuk dan dah ambil masa bertenang, barulah boleh keluar statement pandai pandai. Orang kata orang Malaysia mudah lupa. Semalam boikot, harini lupa dah. Bagi aku tak. Ianya bukan orang Malaysia. Orang satu dunia yang memang mudah lupa. Belajarlah ilmu consumer behavior lebih dalam wei!

3. Lepas kita tahu dengan berdiam tak buat apa apa pun sebenarnya dah kira buat something, McDonald's itu sendiri hebat disebabkan KEKUATAN PRODUK DAN SERVIS yang mereka berikan. Tambahan pula produk mereka ialah produk makanan. Lagilah menambat hati pemakannya dari rasa hingga ke jiwa. Lebih lebih lagi diberi layanan yang mesra sama ada tempahan itu dilakukan di kaunter ataupun drive thru. Produk yang bagus datang dari production team yang bagus. Servis yang bagus datang dari latihan berterusan untuk melatih pekerja yang bagus.



Tuntasnya, kalau anda yang baca artikel ini ialah pemilik perniagaan atau ejen jualan yang turut merasai kesan fitnah dan boikot yang sedang merosak periuk nasi anda, muhasabah dan baikilah mana yang lopong itu secepat mungkin. Nak buat apa? Nah:

1. Focus on BRANDING. Bukannya personality branding. Melainkan nak jadi artis atau ahli politik bolehlah guna personality branding. Untuk marketing, dah dah lah dengan pendoktrinan bahawa marketing ialah segalanya. Sekarang bukan lagi zaman jumud yang kau rasa bisnes ini hanyalah dengan spend banyak kat Facebook Ads, leads masuk, close sales guna Whatsapp & duit masuk. No no no. Lagi beberapa swing jer, doktrin nie sikit sikit jadi tak relevan.

2. DIAM DIAM DIAM bila timing tengah tak cun. Mengalah tidak bermakna kita mengaku kalah. Diam pun tak bermakna kita salah. Sebab apa? Sebab bila kau berusaha untuk lawan untuk menang pada timing yang salah, belum tentu kau akan menang. Dan bila kau rasa nak berkata pada timing yang tak tepat, belum tentu akan menunjukkan kau betul. Lebih lebih lagi sekarang ni zaman berani kerana salah, takut kerana benar. Yang acah acah berani tulah sebenarnya yang paling bermuka muka.

3. Buat R&D PRODUK bersungguh sungguh macam tiada esok bro. Kaji betul betul apa market demand nak dan sesuai dengan apa masalah yang market hadapi. Kaji dalam dalam. Sudah sudah dengan pendoktrinan marketing ialah segalanya. Ada yang kata kalau marketing power, jual batu pun laris. Sembang! Laris sekali jelah. Esoknya membangau takde sales. Selain daripada produk, fokus kepada CUSTOMER SERVICE & SERVICE AFTER SALES. Dua nie benda berbeza. Buat training khusus secara sistematik. Bukan acah acah nak ada training, just hantar staff ke seminar sipu sipan yang sipu sipan tu dari kalangan circle korang jer. Dah ler asyik sipu sipan muka sama jer. Memang susah grow. Lagi jumudlah sampai next wave of boycott tak jumpa jumpa teknik killer nak settle masalah bisnes korang. Haha.



Lastly, jangan pandang enteng urusan legal. Jangan pernah rasa kita lagi berkuasa dari yang berkuasa.

Klik sini kalau nak baca artikel 2 minit PUNCA UTAMA SEJAK DUA MENJAK INI BISNES ATAU HIDUP ANDA KACAU BILAU.

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Thursday, 20 September 2018

APA NAK BUAT KALAU ADA TANAH

Memiliki tanah sendiri adalah impian kebanyakan orang. Rata rata rakyat Malaysia memperoleh tanah melalui 2 cara iaitu:

1. Melalui pembelian.

2. Hasil dari pembahagian harta pusaka.

Walaubagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, separuh daripada pemilik tanah masih tidak tahu apa tujuan mereka beli tanah. Jika ada yang membeli tanah menggunakan loan bank, pastinya tanah tersebut akan terbiar dan akan buta buta membayar bunga bank. Teknik ini dinamakan beli tanah untuk PERAM. Peram sampai diserahkan kepada Amanah Raya Berhad. If you know what I mean.

Ada juga yang beli tanah untuk BERTANI diatasnya. Bagi yang jenis petani tegar, berilmu dan berpengalaman, tanah yang dibeli pasti akan diusahakan sehabis baik. Bagi mereka yang sekadar petani poser, mungkin sekadar menanam beberapa pokok buah buahan seperti durian dan sebagainya. Yelah, hajat hati nak jadi petani berjaya. Tapi nak jual hasil tani dan nak bersih lalang pun berat tulang.

Bagi yang dah fed up dengan tanah yang tak memberikan apa apa pulangan, exit paling mudah ialah dengan JUAL tanah tersebut. Itupun kalau harganya lebih tinggi dari harga beli. Kalau harga masih tak naik, sambung peram.

Yang berminat ingin JUAL MENGIKUT LOT pun ada setelah memperoleh sebidang tanah berkeluasan pukal. Hakikatnya, tak kesampaian disebabkan tanah tersebut tidak berada di zon yang melayakkan tanah tersebut boleh dijual dalam lot lot kecil.

Kesimpulan disini, sebelum nak beli tanah, fikir masak masak dulu sebab apa nak beli tanah. Jangan ikut ikut orang. Paling penting, lengkapkan diri dengan ilmu dan pengalaman berkaitan projek yang akan diusahakan di atas sesuatu tanah tersebut. Bagi yang dah terbeli tanah tanpa matlamat, jangan bersedih. Ianya bukan pengakhiran riwayat hidup anda.


LADANG SERAI KELUARGA BIN AHMAD LENGGENG

LADANG SERAI ATAS TANAH GOVERNMENT (DENGAN IZIN)

PEMBORONG SERAI AKAN HANTAR KE PASAR BESAR SEREMBAN

 TAPAK JUALAN SAYUR SAYURAN KELUARGA BIN AHMAD LENGGENG DI PASAR BESAR SEREMBAN



Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Wednesday, 19 September 2018

MANUSIA, DUIT KERTAS DAN DEMOKRASI

Jika anda rasa melalui demokrasi, anda boleh memilih pemimpin dan parti yang boleh ubah dunia untuk menjadi lebih baik, anda silap. Selagi ada demokrasi, selagi itu manusia tak habis habis nak membantah antara satu sama lain. Tak caya? Baca potongan Surat Al-Kahf Ayat 54.

Jika anda rasa kalau semua orang meraih pendapatan yang banyak dari peluang peluang pekerjaan yang dicipta, kos kelangsungan hidup rendah dan mempunyai kewangan yang stabil akan membuatkan dunia ini akan menjadi lebih baik, anda silap. Selagi manusia menerima pakai wang buatan manusia atau duit kertas buatan manusia atau wang riba ini sama ada secara fizikal atau digital, selagi itu punca segala permasalahan di dunia ini tak akan selesai. Tak caya? Baca potongan  Surat Ali 'Imran Ayat 130

Jika anda rasa manusia boleh ubah dunia ini menjadi lebih baik, anda silap. Manusialah punca segala kerosakan. Dari sistem demokrasi yang direka hinggalah wang riba buatan dan lain lain. Ini antara kerosakan utama yang tamadun manusia lakukan dan diteruskan hingga kini.  Selagi manusia ada, selagi itu kerosakan dunia ini akan terus terjadi. Tak caya? Baca potongan Surat Al-Baqarah Ayat 30



HAA. BANTAHLAH.

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Tuesday, 18 September 2018

CARA MENJADI PEMAJU PERUMAHAN

10 tahun pengalaman dalam bidang tanah dan hartanah banyak membuka jalan untuk aku mengenal lebih ramai orang dalam industri ini. Bermula sebagai tekong "sewa atas sewa", aku dapat berkenalan dengan geng geng perunding hartanah, kontraktor dan pembekal perabot. Kemudian aku mula berjinak membeli sendiri untuk tujuan pelaburan. Kat fasa ni aku mula kenal banker, valuer dan lawyer dalam bidang hartanah. Plus aku dapat contact tukang tukang repair rumah terus tanpa perlu melalui kontraktor.

Sejak aku jumpa master key untuk dapatkan lubuk listing tanah dan hartanah below market kat kawasan yang hot, aku mula berminat menjadi perunding hartanah walaupun sebelum itu sudah beberapa kali menguruskan jual beli sebagai broker (dapat persetujuan hitam putih owner okay). Kat stage ni, aku dapat peluang untuk berkenalan direct dengan orang orang di jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Bila dah ada kawan kat Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran, lagi banyak rangkaian tercipta. Aku mula kenal pakar pakar yang bernama Juruukur Tanah, Arkitek, Jurutera, Town Planner, Consultant, Juruukur Bahan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran atau Datuk Bandar itu sendiri. Plus, aku dapat contact tukang tukang bina rumah berbanding sebelum ini hanya tukang tukang baiki rumah sahaja aku kenali.

Walaupun aku punya network yang rata rata berada dalam industri hartanah dalam kategori pemajuan hartanah aka property development, aku tak pernah terdetik langsung nak jadi property developer. Sungguh. Mungkin sebab selesa sangat dengan komisen dari aktiviti jual beli tanah dan hartanah kot.

Cuma dalam banyak banyak perkongsian daripada siri siri lepak minum minum dengan rakan rakan diatas, aku macam ada terbuka sikit hati untuk melibatkan diri untuk buat duit dengan cara buy big land, divide into pieces and sell it. Mungkin cara ini aku tak nampak semak sangat kot prosesnya. Cuma kawan kawan nasihatkan kat bab memohon kebenaran merancang, pecah sempadan dan tukar sempadan tu kena bersabar lebihlah.

Diorang banyak kali hasut aku untuk join jadi property developer walaupun secara kecil kecilan. Katanya aku in a right track sebab aku dah ada platform yang baik untuk mendapatkan satu bekalan yang rata rata semua pemaju perumahan di Malaysia dahagakan iaitu TANAH DI LOKASI STRATEGIK DAN MURAH. Tak apalah, sekarang baru tahun 2018. Aku pun ada misi lain yang aku kena fokus satu satu.

Aku masih belum terbuka hijab untuk jadi property developer. Tapi aku tetap nak galakkan sesiapa yang baca artikel ini dan berminat nak jadi pemaju perumahan, sila teruskan cita cita itu. Nah, aku hadiahkan ringkasan 7 STEP bagaimana nak jadi pemaju perumahan aka property developer bermula dari Paria hingga boleh menjadi Brahma:

1. Melibatkan diri dalam aktiviti jual beli tanah dan hartanah. Disini kita akan mula kumpul modal dan boleh bina network sedikit sedikit.

2. Kalau ada owner yang beli rumah yang perlu diperbaiki, offer sekali servis repair dan renovate rumah tu. Kat sini kita dah mula akan kenal tukang mahir dan separa mahir yang bakal jadi pekerja kita bila jadi developer nanti.

3. Bila kita dah ada senarai tukang, kita sebenarnya dah jadi macam kontraktor. Kat sini, kita akan mula kenal tukang tukang mahir yang boleh buat kerja kerja pembinaan berbanding tukang tukang pembaikan sahaja.

4. Untuk experiment pertama, kita dah boleh mula bina rumah pertama dimana kita dah bertindak sebagai kontraktor yang mempunyai tukang tukang mahir dibawah naungan kita. Nak buat rumah atas tanah sendiri atau buatkan rumah orang lain itu ikut anda. Kat sini, hasil simpanan dari jual beli tanah dan hartanah yang pernah anda usahakan anda boleh gunakan as rolling capital untuk membeli bahan binaan dan membayar upah tukang.

5. Bila satu projek dah berjaya, let say anda berjaya siapkan rumah orang lain yang menggunakan servis anda, sure dana anda dah mula grow jika anda berjaya menguruskan kewangan dan projek dengan baik. Bila dah ada modal yang melayakkan beli tanah, belilah tanah. Try buat duit dengan cara buy big land, divide into pieces and sell it.

6. Step 1 hingga step 5 ialah proses membina rangkaian, kepercayaan dan modal. Hasilnya, secara asas, anda sebenarnya sudah anda pengalaman untuk menjadi pemaju perumahan aka property developer. Anda boleh bermula dengan membina 4 buah rumah dan ke bawah dahulu. Hal ini kerana anda tidak perlu memohon lesen pemajuan perumahan daripada KPKT sekiranya anda ingin membina kurang daripada 4 buah unit.

7. Bina lebih daripada 5 buah unit rumah. Nah, anda betul betul dah jadi pemaju perumahan aka property developer. Buatlah sungguh sungguh sampai boleh challenge Sime Darby, SP Setia, IOI, Gamuda, Mah Sing dan lain lain.



TAMMAT 




TAFSIRAN DI SEKSYEN 3 AKTA 118

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Thursday, 13 September 2018

PEDANG BAKAL TAJAM KEMBALI

"Lidah lebih tajam berbanding pedang". Kata kata ini mungkin relevan dan mungkin tidak di waktu artikel ini dihasilkan. Sebab ramai scholar palsu dah ubah. Ia dah jadi "keyboard lagi tajam dari mata pedang."

Yelah. Zaman sekarang ni kita tutup mulut pun dah boleh bunuh orang. Asalkan tangan ligat menaip di keyboard untuk membuat pasakan dan melancarkan kata kata yang boleh membunuh musuh.

Sejak dari kecil, aku amat hormat kepada penulis penulis. Tak kisahlah penulis novel ke, wartawan ke, penulis subtitle drama ke, copywriter iklan ke, aku memang salute kat orang orang ini.

Nak cerita dengan menulis atau menaip ni boleh buat duit, sejak dari sekolah aku dah buktikan. Menulis tanpa guna internet pun masyuk. Time nie kawan baik aku masa kat sekolah sains nama Che B, ayahnya ada assignment essay kena siapkan untuk projek sarjananya di UTHM. Ayahnya cikgu, takde masa. Apa lagi aku amek job tu. Tahun 2006, berjaya siapkan assignment essay, aku dapat RM400. Sehari fokus 2-3 jam. Seminggu siap.

Sejak dari itu, berbagai bagai cara buat duit dengan cara menulis aku teroka. Bila internet of things mula menyusup seiring dengan kegemilangan smartphone, lagilah galak aku buat duit dengan menulis. Dari tuliskan essay orang lain untuk dapatkan upah secara langsung, sampailah membuat tulisan tulisan yang orang tak boleh baca camne aku buat duit secara tak langsung, semua aku dah cuba. Dan sampai sekarang aku teruskan.

Bila orang tanya aku kerja apa, aku tak jawab pun aku kerja sebagai penulis. Aku jawab aku tak kerja. Kalau ada sesiapa tanya lebih lebih, aku jawab sampai orang tu taknak kawan dengan aku.

Sekarang ni pun sebenarnya dah berlambak penulis di media sosial. Cumanya, rata rata penulisan di sosial media terutamanya Facebook hanyalah ingin mendapatkan:

1. Likes
2. Comments
3. Shares
4. Pujian
5. To impress the people the don't like with the money they don't earned

Dah lah beria menulis kat Facebook tu. Pastu viral sekejap sahaja.  Dapat likes, comments & shares, sukalah kejap. Esok esok orang nak cari untuk buat bacaan atau rujukan pun dah jatuh ke bawah. Scroll pun tak jumpa. Rugi rugi. Pastu esok esok perah lagi otak cari idea nak tulis apa. Hakikatnya, korang hanyalah content producer tak bergaji di bawah naungan media sosial yang korang gunakan.

Sempena artikel ini ditulis, aku berdoa agar sesiapa yang ingin menyampaikan apa apa melalui penulisan diberikan petunjuk agar sentiasa berniat baik dalam menyampaikan pesanan pesanan yang telah diilhamkan.

Jangan pernah rasa bangga dan hebat dengan karya karya penulisan yang dihasilkan. Itu semua anugerah dan amanah. Tak guna untuk kebaikan, pasti kena tarik. Tak perlu rasa besar sangat dengan pena yang kau rasa lagi tajam dari pedang tu.

Bagi aku, pedang tetap pedang. Lidah tetap lidah. Keyboard tetap keyboard. Semua ni lain lain. Mana mungkin kau campurkan laut dengan langit.






Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Wednesday, 5 September 2018

IKLAN 2021: RUMAH SEWA BARU RENOVATE - SUNGAI UDANG MELAKA - TAMAN TERENDAK PERMAI

RUMAH BARU RENOVATE UNTUK DISEWA - KEMASUKAN TAHUN 2021

Lokasi: Jalan Terendak Permai 15, Taman Terendak Permai, 76300 Sungai Udang, Melaka.

Trivia: Antara taman perumahan di Sungai Udang yang matang, selamat, mempunyai capaian dekat untuk mendapatkan keperluan asas harian & berdekatan dengan tempat kerja tumpuan penduduk Sungai Udang iaitu Petronas Penapisan Melaka, Kem Tentera Terendak, Kem Komando Sungai Udang, Kompleks Penjara Sungai Udang, Akademi Latihan RELA Malaysia & Kem Peluru Masjid Tanah.

Spot: Ada 4 buah pasaraya & pasar tumpuan iaitu Pasaraya Family Store Sungai Udang, Pasaraya Econsave Bandar Baru Sungai Udang, Pasaraya Epal Awana Sungai Udang & Pasar Tani Sungai Udang. Berdekatan tempat rekreasi tersohor iaitu Hutan Simpan Sungai Udang & tempat tumpuan penggemar buah buahan tropika iaitu Melaka Tropical Fruit Farm. Berdekatan pusat peranginan Pantai Puteri & Pantai Klebang.

Capaian: 5-10 minit ke taska/tadika/tabika berdekatan (Pusat Anak Permata Negara Sungai Udang, Little Caliph Sungai Udang, Smart Reader Kids Sungai Udang, Tadika Al Baghdadi APC Sungai Udang, Tadika PASTI Terendak Permai, Tabika KEMAS, Tadika JAIM, Asybal Playschool & Tadika Qdees), 5-10 minit ke sekolah berdekatan (SK Kem Terendak, SK Kem Gerakhas, SK Sungai Udang, SK Tangga Batu, Sekolah Rendah Islam Annuriah Addiniah, Sekolah Menengah Agama Al Ahmadi, SMK Sungai Udang, SMK Kem Terendak, SJKC Sungai Udang, MRSM Terendak & Sekolah Menengah Sains Alor Gajah), 5-10 minit ke masjid berdekatan (Masjid Al Syuhada Kem Terendak, Masjid Penjara Sungai Udang, Masjid Sungai Udang, Masjid Tun Abdul Ghafar Baba, Masjid Wadhi Assidiq & Baitul Qurro)

Kemudahan berdekatan: 5-10 minit untuk ke mesin ATM terdekat (CIMB, Maybank, Ambank, BSN & Bank Muamalat), 5-10 minit untuk ke stesen minyak terdekat (Petronas Pekan Sungai Udang, Shell Plaza Sungai Udang, Petronas Bandar Baru Sungai Udang, Petron Bandar Baru Sungai Udang & Petronas Tangga Batu), 3 minit ke Klinik Kesihatan Sungai Udang, 5 minit ke Hospital Angkatan Tentera, KFC & Pizza Hut, 7 Eleven, Arrahnu Bank Rakyat, Arrahnu Yapeim, Arrahnu Koperasi Tentera, Pos Malaysia, Klinik Wira Medik, Klinik 1 Malaysia, berdekatan restoran makanan melayu, western, mamak & tomyam.

Keadaan rumah: Tiles di semua ruang, kipas ada di semua ruang bilik dan ruang makan, rel langsir & grill besi di semua tingkap, bekalan air dan elektrik sudah ada, 3 bilik tidur & 2 bilik air, milikan kosong, rumah sudah di cat mengikut standard pemaju asal dan berkeadaan bersih. (Tinggal masuk sahaja)



BAHAGIAN HADAPAN RUMAH (SELEPAS RENOVATE)

BAHAGIAN HADAPAN RUMAH (SEBELUM RENOVATE)

HALAMAN DEPAN (SELEPAS RENOVATE)

 RUANG TAMU (SELEPAS RENOVATE)

RUANG TAMU (SELEPAS RENOVATE)

 LALUAN KE DAPUR (SELEPAS RENOVATE)

RUANG DAPUR (SELEPAS RENOVATE)

RUANG MAKAN (SELEPAS RENOVATE)

BILIK MASTER/BILIK DEPAN (SELEPAS RENOVATE)

BILIK DEPAN/BILIK MASTER (SELEPAS RENOVATE)

TANDAS BILIK MASTER/BILIK DEPAN (SELEPAS RENOVATE)

BILIK TENGAH (SELEPAS RENOVATE)

BILIK BELAKANG (SELEPAS RENOVATE)

TANDAS TENGAH (SELEPAS RENOVATE)




Kadar sewaan bulanan RM750. Terma deposit 2+1+utiliti. Sila Whatsapp +60103664374 (Puan Nabilah) untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ada pertanyaan lain.

Nombor Whatsapp owner: +60103664374 (Puan Nabilah).

Terus Whatsapp +60103664374 (Puan Nabilah) untuk pertanyaan/tawar menawar. 

Saya hanya membantu mengiklankan sahaja. Terima kasih.

Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Tuesday, 4 September 2018

KEJUT SAYA BILA SEPTEMBER SUDAH BERAKHIR

Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up when September ends
Like my fathers come to pass
Seven years has gone so fast
Wake me up when September ends
Here comes the rain again
Falling from the stars
Drenched in my pain again
Becoming who we are
As my memory rests
But never forgets what I lost
Wake me up when September ends
Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up when September ends
Ring out the bells again
Like we did when spring began
Wake me up when September ends
Here comes the rain again
Falling from the stars
Drenched in my pain again
Becoming who we are
As my memory rests
But never forgets what I lost
Wake me up when September ends
Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up when September ends
Like my father's come to pass
Twenty years has gone so fast
Wake me up when September ends
Wake me up when September ends
Wake me up when September ends



IN TIME OF PEACE, PREPARE FOR WAR


Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com