Pages

Showing posts with label pejabat tanah jasin. Show all posts
Showing posts with label pejabat tanah jasin. Show all posts

Saturday, 7 November 2015

RAMAI TAK TAHU PENTINGNYA PERGI KE PEJABAT TANAH SEBELUM MEMBAYAR DEPOSIT PEMBELIAN TANAH

Sepanjang berkecimpung dari tahun 2011 dalam dunia tanah tanih ini, antara tempat yg sering saya lawati ialah PEJABAT TANAH.
Kenapa nak pergi pejabat tanah?
Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah untuk mendapatkan DATA YANG SAHIH DAN TERKINI.
Bagaimana nak dapatkan DATA YANG SAHIH DAN TERKINI?
Senang sahaja. Cakap sahaja anda nak:
1. Salinan sah atau
2. Carian rasmi hakmilik atau
3. Carian persendirian
Sekurangnya, anda dapat tahu:
1. Betul ke nama penjual betul seperti yg tertera di geran. Hidup atau mati ke. Satu penama atau banyak penama ke.
2. Kategori tanah tersebut bersesuaian atau tidak dengan matlamat projek yg bakal anda usahakan.
3. Sekatan sekatan tanah tersebut yg boleh membuatkan anda layak/tidak layak untuk memiliki tanah tersebut.
4. Tempoh pajakan yg tinggal, gadaian, luas tanah & cukai.
Ada yang tanya saya penting ke tidak buat carian ini???
Jawapan saya: TAK PENTING KALAU ANDA TAK TAKUT KERUGIAN MENDAPAT TANAH BERMASALAH ATAU DEPOSIT ANDA BURN ATAS KES KES TERTENTU.

Masih tercari cari peluang KAT MANA NAK MELABUR? Klik sini kalau nak tahu.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com