[ARTIKEL DIKEMASKINI FEBRUARI 2025]
Hampir setiap tahun sekitar bulan April hingga Jun ialah bulan bulan yang
hot dimana segala kata kunci berkaitan "
tips tips menyambung pengajian selepas SPM" akan naik ke
ranking tertinggi di enjin carian
Google.
Kebiasaanya mereka yang memburu tempat untuk sambung belajar ini ialah mereka yang sekurangnya lulus dan mempunyai banyak
gred kredit atau A dalam SPM.
Tapi bagaimana pula untuk mereka yang
fail dalam SPM? Gagal atau
fail di sini bermaksud rata rata subjek Bahasa Melayu dan Sejarah yang telah mereka duduki telah gagal.
Adakah masih ada lagi peluang kedua untuk golongan golongan ini menyambung pengajian demi mengubah nasib di masa hadapan?
PELUANG KEDUA TAKKAN DATANG LAGI
Malaysia ialah sebuah bumi bertuah di mana segala galanya baik di dalam perut bumi, muka bumi dan langitnya, semua penuh dengan rezeki dan keberkatan ilahi untuk disyukuri. JIka anda seorang yang rajin, sentiasa berusaha, tidak mudah berputus asa dan sentiasa bertawakal, anda pasti akan berjaya di Malaysia ini.
Ramai mereka yang gagal dalam SPM meluahkan perasaan bahawa mereka sudah tidak ada masa depan yang cerah dalam kehidupan. Tidak perlu saya nyatakan kisah kisah orang orang berjaya yang tanpa SPM pun mereka berjaya. Sebab ini mungkin bagi mereka ialah
success stories yang sudah naik muak mereka baca di sosial media saban hari.
Sekarang apa mereka apa mahu ialah
JALAN! Jalan yang dimaksudkan ialah peluang kedua bagi mereka yang ingin menebus kembali kegagalan mereka dalam peperiksaan SPM yang penuh igauan ngeri.
Mungkin ada yang lepas dapat keputusan SPM terus
SEDAR. Mungkin ada yang baru lepas berlelah kerja setahun dengan gaji kecil baru
SEDAR. Atau mungkin ada yang dah bertahun tahun meneruskan hidup tanpa hala tuju, akhirnya jumpa artikel ini baru nak
SEDAR.
Okay kita
straight to the point. Kebanyakan orang orang lama di sekeliling kita akan menyarankan mereka yang gagal SPM ini untuk terus masuk ke alam pekerjaan demi meneruskan kehidupan sambil menimba pengalaman. Bagi orang orang lama yang mempunyai lebih sedikit pengetahuan, mungkin mereka boleh menyarankan seseorang itu meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran.
Untuk bidang kemahiran, kita sedia maklum bahawa kini terdapat berpuluh institusi atau pusat latihan kemahiran di Malaysia yang menawarkan peluang untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dengan syarat bakal pelajar/pelatih
hanya perlu tahu MEMBACA, MENULIS & MENGIRA sahaja. Lebih lebih sekarang banyak tawaran tawaran hebat seperti elaun bulanan, asrama dan pengangkutan disediakan, sijil diiktiraf dan pekerjaan terjamin yang diberikan oleh penyedia penyedia latihan kemahiran ini. Untuk maklumat lanjut sambung belajar bidang kemahiran walaupun gagal SPM, boleh semak dengan klik
disini.
Tapi bagaimana pula bagi mereka yang gagal SPM nak sambung pengajian dalam bidang AKADEMIK?
Tahukah anda, anda hanya perlu lepas syarat seperti berwarganegara Malaysia dan berumur sekurangnya 20 tahun sahaja untuk
layak menjadi siswazah DIPLOMA universiti awam di Malaysia?
Takde syarat tengok SPM pun.
Dan tahukah anda, anda hanya perlu lepas syarat berwarganegara Malaysia dan berumur sekurangnya 21 tahun sahaja untuk
layak menjadi siswazah IJAZAH SARJANA MUDA ATAU DEGREE universiti awam di Malaysia? Ini pun tidak melihat SPM sebagai syarat untuk sambung belajar.
Lebih lebih lagi, program program DIPLOMA dan
DEGREE ini mendapat pengiktirafan daripada MQA dan JPA. Ayat
direct dia ialah kerajaan Malaysia memang iktiraf lah.
Of course majikan yang letakkan syarat perlukan kelayakan akademik untuk naik pangkat atau naik gaji pun akan
accept ketulenan sijil diploma dan ijazah ini.
Untuk maklumat lanjut sambung belajar dalam bidang atau aliran AKADEMIK walaupun telah berumur atau gagal SPM, boleh baca dengan teliti dengan klik
disini.
TIGA kemaskini terkini yang dilakukan pada Februari 2025 berkaitan ke mana hala tuju anak muda masa kini yang masih ingin melanjutkan pengajian dalam bidang akademik walaupun gagal SPM (Sijil Pelajaran Malaysia):
1. Setelah 6 tahun artikel ini ditulis, terdapat pelbagai maklum balas yang diterima. Jika dibandingkan antara lelaki yang gagal SPM dan perempuan yang gagal SPM, lelaki lebih cenderung untuk tutup terus buku akademik dan memilih laluan kemahiran. Manakala perempuan lebih cenderung untuk mencuba lagi dan mencari peluang kedua dalam bidang akademik. Lelaki lebih cenderung untuk tidak kisah bersusah payah secara fizikal untuk belajar dalam bidang kemahiran dan bekerja dalam bidang bidang kemahiran yang dilihat sukar dan mencabar secara fizikal. Manakala perempuan pula berpendapat meneruskan pembelajaran dalam bidang akademik lebih memudahkan dan peluang kerjaya menggunakan tiket akademik dilihat lebih luas dan tidak melibatkan kerja kerja difficult (sukar), dirty (kotor) dan dangerous (bahaya) seperti bidang kemahiran.
2.
Pengalaman bekerja tanpa menggunakan sijil SPM (disebabkan gagal SPM, tiadalah sijil SPM) memberikan satu penangan yang hebat kepada seseorang. Manakan tidak, biasanya mereka yang tiada sijil SPM biasanya mengadu masalah masalah dibayar gaji yang rendah, persepsi masyarakat memandang rendah, peluang kerjaya terhad, rasa terpinggir, kurang keyakinan diri, desakan keluarga untuk tetap menyambung pelajaran dan sebagainya. Dalam memikirkan jalan penyelesaian untuk menghadapi masalah masalah tersebut, menyambung pengajian antara solusi paling ramai berikan. Ramai ingin menduduki semula peperiksaan SPM supaya bila ada SPM, ianya boleh digunakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah di universiti. Tapi bila diterangkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia ada menyediakan laluan terus ke peringkat diploma dan ijazah tanpa perlu menduduki semula SPM, mereka lebih bersifat terbuka. Mereka kata jika ada peluang untuk terus mara ke hadapan tanpa perlu menoleh ke belakang lagi, mereka akan gunakan sebaiknya.
3. Hebahan dan informasi berkaitan cara sambung belajar ke universiti tanpa menggunakan sijil SPM dilihat masih ditahap minima. Sedangkan setiap tahun akan ada sekitar 20 ribu orang murid yang gagal SPM. Fakta boleh klik
disini. Jika di darab 5 tahun, sudah menjadi 100 ribu orang yang tiada sijil SPM dan golongan ini berkemungkinan besar masih terpinga pinga mencari hala tuju bagi mendapatkan masa depan yang lebih cerah dan baik. Pihak KPM dan pihak universiti yang terlibat seharusnya menggiatkan lagi aktiviti mempromosikan kelebihan memiliki SIJIL APEL yang boleh digunakan sebagai talian hayat kedua bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah. Saya selaku insan yang pernah terlibat secara langsung dan kini terlibat secara tidak langsung dalam menggubal soalan soalan peperiksaan SIJIL APEL nampak jika golongan tercicir ini diberi peluang seperti melatih tubi soalan keempat empat subjek dalam peperiksaan SIJIL APEL, peluang mereka untuk menjadi siswazah diploma dan ijazah di universiti terkemuka di Malaysia akan lebih cerah.
Jika anda rasa artikel ini telah membuka mata anda supaya nampak peluang kedua, panjang panjangkan lah maklumat ini supaya mereka yang senasib bakal mendapat peluang yang sama.
Paling penting, lupakan kenangan hitam, terus mara dan bila dah dapat peluang sambung belajar tu, belajarlah sesungguhnya. Niatkan kita belajar bukan sebab nak dapatkan sijil untuk mudah dapat kerja bagus, naik gaji dan pangkat. Tapi niatkan dihati untuk memperoleh keberkatan daripada ilmu ilmu kurniaan Allah semata mata kerana Allah. Itu niat paling
solid!
Pencinta Ilmu
Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com