Pages

Showing posts with label jaga lutut. Show all posts
Showing posts with label jaga lutut. Show all posts

Thursday, 19 January 2023

TUKANG PASANG MANGKUK TANDAS MELAKA

Rentetan aku disedarkan dalam "ceramah" berkaitan pentingnya menukar daripada tandas cangkung kepada tandas duduk, aku buat keputusan untuk bertindak.

Betul kalau sesiapa yang approach aku kalau borak mengenai topik hiburan sosial, hobi ada unsur pembaziran, gosip artis dan sebagainya aku memang agak kurang responsif. Tapi kalau bab kesihatan, hasil perbincangan tu punya impak, boleh buat aku terngiang ngiang hampir sehari semalaman terbawa sampai mimpi mengenai sesuatu bab perbincangan kesihatan tu sampailah aku bertindak.

Ya aku memang nak sihat. Aku taknak sakit. Aku nak sentiasa dalam keadaan kesihatan yang terbaik bersama keluarga dan orang yang tersayang. Macam semua orang, tiada kompromi bab nak sihat ni. Ada duit belum tentu boleh dapatkan semula kesihatan seperti sediakala. Tapi jika ada sedikit duit, belanjalah walau lebih sedikit untuk manfaat kesihatan.

Artikel kali ini aku akan kongsikan hasil aku berjaya convert mangkuk tandas rumah aku dengan satu tukang pasang mangkuk tandas kat Melaka ni. Selain servisnya yang tip top, banyak juga nasihat kesihatan dan ilmu perjambanan yang aku belajar dari tukang ni. Teruskan membaca geng.

AMACAM PADU TAK?

Langkah pertama aku mulakan ialah dengan mencari di internet "tukang pasang mangkuk tandas di Melaka." Ada beberapa pilihan yang terpapar di paparan screen. Tapi ada satu yang menarik perhatian iaitu satu Facebook Page bertajuk "Tukar Mangkuk Tandas Melaka". Dalam hati, ini mungkin orang yang aku cari. Tanpa berfikir panjang aku terus hubungi tukang ni melalui Whatsapp. Respond agak laju, aku suka orang yang komited dalam memberikan servis yang terbaik dalam perniagaan mereka. Di hujung artikel nanti aku kongsikan nombor contact tukang ini kot ada yang orang Melaka yang berminat nak ganti atau convert jamban cangkung kepada jamban duduk.

TANYA HARGA DIA BERITAHU TERUS BERAPA


Setelah Whatsapp dan tanya harga, aku terus set appointment. Memang terbaik sebab semua pertanyaan dan soalan aku di jawab jelas dan transparent tanpa ada perkara yang diselindung. Payah zaman sekarang ni nak dapatkan sesuatu harga atau quotation produk atau servis. Banyak kali kena hadap dulu ayat ayat yang ditepek penjual atau autoreply, baru dapat tahu harga. Berlainan dengan tukang ni, direct terus dapat harga dia beritahu RM1500 sahaja termasuk barang iaitu mangkuk jamban duduk jenis standard, upah pasang dan kerja kerja pembersihan.

Sebagai tanda setuju nak ambil servis tukang ni, aku tanyalah next nak buat apa. Aku mintaklah dia nombor akaun bank untuk deposit dahulu 50% seperti dia maklum masa awal awal perbualan kat Whatsapp. Part ni menarik. Dia tak terima urusniaga macam tu weh. Dia mintak izin aku untuk site viewing dahulu, jumpa depan depan, tengok tandas dulu, tengok warna tiles dahulu dan kalau takde masalah, next day boleh terus mula kerja. Memang meyakinkan. Mungkin ini salah satu cara dia untuk tingkatkan trust dia dengan customer kot. Tapi bagi aku why not kan. Sekarang ramai scammer. Bagus cara dia site view dulu. Betullah kot kot gambar yang aku share kat phone tak sama dengan macam live view, NAYA PAK KARIM HOI.

MANGKUK JAMBAN PUN ADA SIRIM SEBENARNYA


Day 1st aku roger, then the 2nd day dia datang untuk melihat tandas rumah aku yang nak di convert ke tandas duduk. Simple aje orang nya. Orang kita. Bukan tukang dari seberang ya. Dia datang ukur sikit. Dia amek gambar sikit. Settle. Tapi disebabkan dia berhadapan dengan blogger dan kaki borak macam aku, memang dia kena stay lama sikitlah untuk ada chit chat session dengan aku berkaitan topik jamban. Hahahaha.

Banyak benda kita borak. Tapi yang aku nak highlight kan ialah jenama jenama mangkuk tandas yang tukang ni akan pilih. Aku dimaklumkan, di Malaysia hanya terdapat 7 kilang pembuat mangkuk jamban yang mendapat pengiktirafan SIRIM dan 5 daripadanya bertapak di semenanjung Malaysia. Antara jenama tempatan di Semenanjung Malaysia yang ada SIRIM, boleh dipercayai dan terbukti kualitinya ialah:

3. Inno
5. Can

KOHLER DAN TOTO IALAH JENAMA IMPORT THAILAND DAN JEPUN

Dia punya penerangan berkaitan jamban, memang knowledgeable. Maklumlah kat Melaka ni dia dari lepas habis sekolah dia buat benda ni. Baru 15 tahun katanya. Paling rare, jarang jarang aku yang berdiam dan lebih banyak mendengar nih. Selalu aku yang paling banyak bercakap kalau ada orang yang aku tarik untuk borak borak. Haha. 

KERJA BERKUALITI DAN PANTAS


Day 1st aku roger, day 2nd dia datang viewing, day 3rd dia mintak sehari untuk dia cari barang sebab aku mintak dia tambahkan safety handrail untuk orang tua aku kalau datang rumah nak guna toilet. 1 unit stainless steel handrail just RM150 termasuk pasang. Okaylah. Day 4th dia mula masuk rumah buat kerja. Dia masuk kerja pagi dalam pukul 11 macam tu. Dalam lepas zohor kerja siap. Tunggu beberapa jam hingga simen dan semua ikatan kuat, boleh dah guna. Tapi untuk lebih kukuh, dia cadangkan tunggu 24 jam. Tak jadi masalah sebab rumah aku ada 2 tandas. Boleh guna tandas lagi 1.

Hasil pemerhatian aku sepanjang berurusan dan perhatikan cara dia buat kerja, memang aku berani recommend. Kalau tak, takkanlah aku berani buatkan satu artikel khas untuk tukang ni kan. Kau bayangkan dari mula kerja tengok cara dia sort, susun dan planning sebelum buat kerja pun aku nampak teratur dah. Paling penting, dia kekalkan suasana kerja dia kemas dan bersih. Lubang lubang semua sebelum dia mula kerja dia seal siap siap untuk elakkan ada sisa binaan masuk sehingga boleh menyebabkan tersumbat. Lepas kerja siap, dia panggil aku untuk tunjuk water trap test dan quality test depan depan aku. Memang terbaik.  

Siapa kata tukang tempatan kita tak bagus? Siapa kata anak anak muda kita tak boleh buat kerja dirty, dangerous and difficult? Mereka masih ada untuk membantu kita bila kita memerlukan perkhidmatan mereka. Kalau ada orang Melaka yang baca artikel ni nak tukar mangkuk jamban yang dah usang atau nak convert dari tandas cangkung ke tandas duduk ke, mari kita support dan sokong orang kita ni. Ni nombor contact dia:

Aki Tukang Tandas Melaka: 013 968 8909




Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

Monday, 9 January 2023

CERAMAH BAB TANDAS DI MASJID MELAKA

Ramai tak tahu bahawa penggunaan tandas jenis cangkung atau duduk boleh memberikan kesan kesihatan berbeza kepada para pengguna.

Tapi satu perkara kita tahu, semua orang nak sihat. Dan kalau boleh semua orang nak kombo sihat dan umur panjang.

Artikel kali ini saya akan kongsikan isi kandungan saya di "ceramah" oleh seorang pakcik muda bertongkat di salah satu masjid di Melaka mengenai kesan sampingan menggunakan tandas cangkung bertahun tahun lamanya.

Teruskan membaca kalau anda merasakan pentingnya menjaga kesihatan dari segi tabiat penggunaan tandas setiap hari.

THROWBACK SYAHDU WAKTU COVID, SAF KENA JARAK

Bersosial dengan memulakan perbualan secara random dengan sesiapa sahaja merupakan tabiat biasa aku. Biasanya conversation boleh dimulakan dengan jemaah masjid di taman atau di kampung, makcik jual sarapan atau sebagainya.

Tapi pengalaman rare kali ini aku nak share berkaitan TANDAS CANGKUNG, MELEMAHKAN LUTUT DALAM JANGKA MASA PANJANG.

Topik ni bermula ketika aku tersampai awal sangat di masjid kampung aku sebelum azan Zohor berkumandang. Borak dengan seorang pakcik. Aku mulakan teguran tanya kenapa pakai tongkat dan dah berapa lama guna. Dia jawab dah hampir 5 tahun dan sebab sakit lutut.

Dari side aku pula, isu berkaitan lutut ni sangat dekat dihati aku memandangkan aku pernah sekitar 2 tahun menjaga dan membawa ibunda kesayangan untuk berulang alik dari hospital bagi menjalani rawatan dan pembedahan AMIS berkaitan saraf lutut dan pinggul.  Itu yang touching tu kalau nampak orang tua bertongkat ni.

JANGAN GUNA LANGSUNG TANDAS CANGKUNG


Berbalik kepada pakcik tu, aku tanya kenapa dia pakai tongkat. Dia kata itu kesengsaraan dia alami sebab sepanjang hidup dia GUNA TANDAS CANGKUNG. Aku pun woww dalam hati. Selalu jawapan mesti sebab masa muda kuat bersukan lasak, banyak amal herba tradisional dan sebagainya. Ini jawapan sebab jamban memang betul nak aku explore lebih dalam lagi ni.

Aku tanya lagi untuk kepastian. Pakcik itu meyakinkan aku. Dia berulang alik ke hospital berjumpa doktor pakar lutut pun mengatakan tandas cangkung ialah puncanya. Malah sekarang dah mula satu gerakan dari pengamal kesihatan di Malaysia untuk mengumpul petisyen mendesak kerajaan mula mengambil langkah mengurangkan "kewujudan" tandas jenis cangkung di tandas awam dan projek projek perumahan baru.

Malah pakcik tu mengatakan, di Thailand, kerajaan sana mengambil langkah agresif scrap atau kata nama lainnya merobohkan semua tandas cangkung yang berkenaan bagi mengekang masalah penyakit berkaitan Arthritis lutut. BACA SINI.

GUNA TANDAS CANGKUNG TANPA RAGU RAGU


Lagi antara intipati aku masih ingat apa yang pakcik tu ungkapkan ialah dia menyesal kerana tidak memanfaatkan inovasi atau kelebihan tandas duduk yg ditemukan oleh para saintis. Dulu anti betul dengan penemuan baru. Asal nampak kebaratan sikit, reject. Asal hidu macam ada propaganda Yahudi, reject.

Dari waktu muda, kalau diberi pilihan di tandas awam, lagi suka pilih tandas cangkung katanya. Waktu muda masih kuat, sambil memerut cangkung pekena rokok sepam dua memang puas katanya berseloroh. Haha.

Bila dah beli rumah pada sekitar tahun 2000, untuk rumah yang dapat 2 buah bililik air siap ada tandas, pemaju beri pilihan nak dibinakan tandas jenis apa. Pakcik beritahu dia pilih untuk kedua dua bilik air di rumahnya mempunyai tandas jenis cangkung. No tandas duduk k!

RAMAI TAK TAHU MANGKUK TANDAS BOLEH DI UBAH SUAI

Dipendekkan cerita, pakcik menasihatkan aku disamping menjaga pemakanan dan jangan merokok, adab adab dan amalan baik menggunakan tandas baik di rumah atau di tempat awam perlu diamalkan.

Kalau beli rumah, cari yang tandas jenis duduk. Jangan perjudikan kesihatan katanya.

Aku reply kat pakcik bahawa aku ada beli rumah lama yang memang tandasnya jenis cangkung untuk semua toilet. Apa nak buat.

Ayat pakcik mudah. Benda tuhan buat pun manusia boleh ubah. Inikan benda manusia buat. Haha. Terkedu aku.

Pakcik kata dia sejak sakit lutut, dia ubahsuai terus semua tandas cangkung kat rumah dia jadi tandas duduk. Nak guna tandas duduk jenis portable macam lubang buatan kat atas kerusi roda tu dia trauma sebab dia pernah nyaris tergelincir nak terjatuh ke dalam lubang tandas cangkung katanya.

Nantilah pakcik. Senang senang nanti dah ada modal dan ada masa aku akan usahakan untuk renovate dan convert mangkuk tandas rumah aku demi kesihatan sejagat.

Sedar tak sedar, seronok berborak mendengar keluh kesah, azan pun mula berkumandang. Kami pun sama sama masuk ke ruang masjid untuk solat Zohor berjemaah dengan jemaah jemaah yang lain.

Update terkini: 19 Januari 2023, aku dah convert mangkuk jamban rumah aku. Klik sini untuk baca.



Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com