Rentetan aku disedarkan dalam "ceramah" berkaitan pentingnya menukar daripada tandas cangkung kepada tandas duduk, aku buat keputusan untuk bertindak.
Betul kalau sesiapa yang approach aku kalau borak mengenai topik hiburan sosial, hobi ada unsur pembaziran, gosip artis dan sebagainya aku memang agak kurang responsif. Tapi kalau bab kesihatan, hasil perbincangan tu punya impak, boleh buat aku terngiang ngiang hampir sehari semalaman terbawa sampai mimpi mengenai sesuatu bab perbincangan kesihatan tu sampailah aku bertindak.
Ya aku memang nak sihat. Aku taknak sakit. Aku nak sentiasa dalam keadaan kesihatan yang terbaik bersama keluarga dan orang yang tersayang. Macam semua orang, tiada kompromi bab nak sihat ni. Ada duit belum tentu boleh dapatkan semula kesihatan seperti sediakala. Tapi jika ada sedikit duit, belanjalah walau lebih sedikit untuk manfaat kesihatan.
Artikel kali ini aku akan kongsikan hasil aku berjaya convert mangkuk tandas rumah aku dengan satu tukang pasang mangkuk tandas kat Melaka ni. Selain servisnya yang tip top, banyak juga nasihat kesihatan dan ilmu perjambanan yang aku belajar dari tukang ni. Teruskan membaca geng.
AMACAM PADU TAK?
Langkah pertama aku mulakan ialah dengan mencari di internet "tukang pasang mangkuk tandas di Melaka." Ada beberapa pilihan yang terpapar di paparan screen. Tapi ada satu yang menarik perhatian iaitu satu Facebook Page bertajuk "Tukar Mangkuk Tandas Melaka". Dalam hati, ini mungkin orang yang aku cari. Tanpa berfikir panjang aku terus hubungi tukang ni melalui Whatsapp. Respond agak laju, aku suka orang yang komited dalam memberikan servis yang terbaik dalam perniagaan mereka. Di hujung artikel nanti aku kongsikan nombor contact tukang ini kot ada yang orang Melaka yang berminat nak ganti atau convert jamban cangkung kepada jamban duduk.
TANYA HARGA DIA BERITAHU TERUS BERAPA
Setelah Whatsapp dan tanya harga, aku terus set appointment. Memang terbaik sebab semua pertanyaan dan soalan aku di jawab jelas dan transparent tanpa ada perkara yang diselindung. Payah zaman sekarang ni nak dapatkan sesuatu harga atau quotation produk atau servis. Banyak kali kena hadap dulu ayat ayat yang ditepek penjual atau autoreply, baru dapat tahu harga. Berlainan dengan tukang ni, direct terus dapat harga dia beritahu RM1500 sahaja termasuk barang iaitu mangkuk jamban duduk jenis standard, upah pasang dan kerja kerja pembersihan.
Sebagai tanda setuju nak ambil servis tukang ni, aku tanyalah next nak buat apa. Aku mintaklah dia nombor akaun bank untuk deposit dahulu 50% seperti dia maklum masa awal awal perbualan kat Whatsapp. Part ni menarik. Dia tak terima urusniaga macam tu weh. Dia mintak izin aku untuk site viewing dahulu, jumpa depan depan, tengok tandas dulu, tengok warna tiles dahulu dan kalau takde masalah, next day boleh terus mula kerja. Memang meyakinkan. Mungkin ini salah satu cara dia untuk tingkatkan trust dia dengan customer kot. Tapi bagi aku why not kan. Sekarang ramai scammer. Bagus cara dia site view dulu. Betullah kot kot gambar yang aku share kat phone tak sama dengan macam live view, NAYA PAK KARIM HOI.
MANGKUK JAMBAN PUN ADA SIRIM SEBENARNYA
Day 1st aku roger, then the 2nd day dia datang untuk melihat tandas rumah aku yang nak di convert ke tandas duduk. Simple aje orang nya. Orang kita. Bukan tukang dari seberang ya. Dia datang ukur sikit. Dia amek gambar sikit. Settle. Tapi disebabkan dia berhadapan dengan blogger dan kaki borak macam aku, memang dia kena stay lama sikitlah untuk ada chit chat session dengan aku berkaitan topik jamban. Hahahaha.
Banyak benda kita borak. Tapi yang aku nak highlight kan ialah jenama jenama mangkuk tandas yang tukang ni akan pilih. Aku dimaklumkan, di Malaysia hanya terdapat 7 kilang pembuat mangkuk jamban yang mendapat pengiktirafan SIRIM dan 5 daripadanya bertapak di semenanjung Malaysia. Antara jenama tempatan di Semenanjung Malaysia yang ada SIRIM, boleh dipercayai dan terbukti kualitinya ialah:
1. Claytan
2. Asher
3. Inno
5. Can
KOHLER DAN TOTO IALAH JENAMA IMPORT THAILAND DAN JEPUN
Dia punya penerangan berkaitan jamban, memang knowledgeable. Maklumlah kat Melaka ni dia dari lepas habis sekolah dia buat benda ni. Baru 15 tahun katanya. Paling rare, jarang jarang aku yang berdiam dan lebih banyak mendengar nih. Selalu aku yang paling banyak bercakap kalau ada orang yang aku tarik untuk borak borak. Haha.
KERJA BERKUALITI DAN PANTAS
Day 1st aku roger, day 2nd dia datang viewing, day 3rd dia mintak sehari untuk dia cari barang sebab aku mintak dia tambahkan safety handrail untuk orang tua aku kalau datang rumah nak guna toilet. 1 unit stainless steel handrail just RM150 termasuk pasang. Okaylah. Day 4th dia mula masuk rumah buat kerja. Dia masuk kerja pagi dalam pukul 11 macam tu. Dalam lepas zohor kerja siap. Tunggu beberapa jam hingga simen dan semua ikatan kuat, boleh dah guna. Tapi untuk lebih kukuh, dia cadangkan tunggu 24 jam. Tak jadi masalah sebab rumah aku ada 2 tandas. Boleh guna tandas lagi 1.
Hasil pemerhatian aku sepanjang berurusan dan perhatikan cara dia buat kerja, memang aku berani recommend. Kalau tak, takkanlah aku berani buatkan satu artikel khas untuk tukang ni kan. Kau bayangkan dari mula kerja tengok cara dia sort, susun dan planning sebelum buat kerja pun aku nampak teratur dah. Paling penting, dia kekalkan suasana kerja dia kemas dan bersih. Lubang lubang semua sebelum dia mula kerja dia seal siap siap untuk elakkan ada sisa binaan masuk sehingga boleh menyebabkan tersumbat. Lepas kerja siap, dia panggil aku untuk tunjuk water trap test dan quality test depan depan aku. Memang terbaik.
Siapa kata tukang tempatan kita tak bagus? Siapa kata anak anak muda kita tak boleh buat kerja dirty, dangerous and difficult? Mereka masih ada untuk membantu kita bila kita memerlukan perkhidmatan mereka. Kalau ada orang Melaka yang baca artikel ni nak tukar mangkuk jamban yang dah usang atau nak convert dari tandas cangkung ke tandas duduk ke, mari kita support dan sokong orang kita ni. Ni nombor contact dia:
Aki Tukang Tandas Melaka: 013 968 8909
No comments:
Post a Comment