Pages

Tuesday, 31 January 2023

PETANDA MANGKUK TANDAS BAKAL RETAK PECAH

Pertama sekali, anda pernah tak ter scroll di Facebook dan ternampak gambar atau terbaca kisah kisah berkaitan kemalangan mangkuk tandas yang tiba tiba pecah terbelah dan menghiris anggota badan seseorang sewaktu sedang menggunakan tandas? Kedua, adakah anda juga pernah terbaca amaran "Dilarang Mencangkung Di Atas Mangkuk Tandas" yang selalunya diletakkan di tandas tandas awam?

Kedua dua situasi pernyataan yang saya nyatakan diatas sebenarnya berkisar tentang pentingnya kita sebagai pengguna untuk tahu keadaan selamat sesuatu mangkuk tandas untuk digunakan dan pentingnya menggunakan tandas dengan cara yang betul. Kalau terbayang kemalangan tersebut, memang mengerikan. Saya pun taknak upload gambar accident tersebut kat artikel saya ni.

Saya tahu ramai nak rasa selamat bila sedang menggunakan tandas. Sama macam saya. Tak kisahlah sama ada menggunakan tandas sendiri di rumah mahupun tandas awam di kompleks membeli belah, tandas di masjid atau tandas di kawasan rehat dan rawat di lebuhraya.

Artikel ringkas kali ini saya akan memberikan sedikit input input berguna bagaimana anda nak periksa keadaan sesuatu mangkuk tandas itu selamat untuk digunakan dan langkah langkah yang anda boleh ambil untuk memastikan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku di masa hadapan. Teruskan membaca semua.

RISIKO MANGKUK TANDAS BERUSIA LEBIH 10 TAHUN

Tidak susah untuk mengenalpasti sama ada sesuatu mangkuk tandas itu berisiko tinggi untuk pecah atau masih selamat untuk digunakan. Ianya boleh dilakukan dengan menilai secara visual ataupun dengan menyentuh untuk merasa permukaannya. Kalau ada peralatan profesional khusus, boleh periksa ketebalan dan hollowness sesuatu mangkuk tandas tersebut. Jika ianya ialah tandas milik peribadi di rumah anda, lebih mudah. Cara cara untuk memeriksa adalah dengan:

1. Melihat dan menyentuh di permukaan mangkuk tandas dengan tapak tangan atau hujung jari untuk merasai jika ada retak halus atau retak kasar. Jika ada salah satunya, wajib tukar walaupun tandas belum mencapai usia 10 tahun. Faktor seperti kekerapan penggunaan, keadaan dan berat fizikal pengguna pengguna tandas yang besar dan berat biasanya penyumbang kepada terjadinya retak retak di permukaan mangkuk tandas.

2. Adakah sambungan mangkuk tandas anda dengan lantai betul betul kukuh dan kuat. Anda boleh periksa dengan mengoyang goyangkan mangkuk tandas tersebut. Jika ada pergerakan, panggil pemasang tandas bertauliah dan berpengalaman untuk membetulkan semula tapak penyambungan tandas anda. Tandas bergoyang juga boleh akibatkan kemalangan.

3. Jika anda sudah menduduki rumah anda melebihi dari tempoh 10 tahun, memang wajib ditukar ke mangkuk tandas baru dan disahkan selamat oleh pihak SIRIM. Kalau rumah sewa, anda boleh tanyakan kepada tuan rumah atau jiran atau buat carian ringkas rumah sewa yang anda sedang duduki dibina pada tahun bila. Untuk makluman, tandas yang dah dapat pengiktirafan SIRIM boleh sampai 10 tahun jangka hayatnya. Jenama tandas tidak ada SIRIM? Jangan ambil risiko. Tukar terus. Yang tiada SIRIM dia boleh pecah terus anytime tanpa beri isyarat ada tanda retak.

CARA SELAMATKAN NYAWA YANG TERSAYANG


Jika tandas di rumah anda masih elok dan belum mencapai usia 10 tahun, didik dan selalulah ingatkan seisi rumah anda untuk sentiasa menggunakan tandas dengan cermat dan cara yang betul. Sentiasa ingatkan jangan cangkung, berdiri, lompat atau bermain main di atas mangkuk tandas sehingga boleh mengakibatkan mangkuk tandas terkuak, terbelah dan pecah. Selalu selenggara mangkuk dan tangki tandas anda dari semasa ke semasa. Jika ada tersumbat, kebocoran atau lelehan air mengalir, boleh panggil tukang paip atau plumber untuk membaiki atau menukar kepada yang baru.

CARA HALANG HAIWAN BERBISA MASUK TANDAS


Akan tetapi jika keadaan mangkuk tandas anda tidak tip top dan berada dalam keadaan yang meragukan walaupun berkali kali anda telah buat pemeriksaan seperti yang saya ajarkan diatas, anda boleh mula ambil tindakan untuk menukar mangkuk tandas rumah anda serta merta.


1. Seeloknya cari tukang pasang mangkuk tandas khusus yang berpengalaman dalam hal ehwal pemasangan dan keselamatan mangkuk tandas. Dalam situasi ini kebiasaannya tukang pasang mangkuk tandas khusus lebih cakna dan peka berbanding tukang paip atau plumber yang mengkhususkan kepada kerja kerja am berkaitan perpaipan am sahaja. Pemasang mangkuk tandas yang khusus juga akan memberikan khidmat nasihat dan konsultasi terbaik yang sesuai dengan kemahuan anda tanpa mengenepikan soal keselamatan.

2. Bertukar kepada mangkuk tandas berkualiti yang telah mendapat pengikitirafan SIRIM supaya anda boleh menggunakan mangkuk tandas anda sehingga tempoh 10 tahun tanpa anda perlu risau risiko berlaku kemalangan jiwa. Di Malaysia, hanya ada 6 sahaja syarikat pembuatan mangkuk tandas yang telah mendapat pengikitirafan SIRIM sehingga tarikh artikel ini ditulis. Nanti saya akan belanja semua pembaca dengan buatkan artikel perkongisan 6 jenama mangkuk tandas buatan tempatan terbaik yang rakyat Malaysia boleh gunakan di rumah.

3. Jika di rumah anda menggunakan tandas jenis cangkung, anda juga boleh mempertimbangkan untuk menukar tandas cangkung di rumah anda ke tandas jenis duduk. Tidak dinafikan selain kemalangan tandas pecah yang kita ceritakan di artikel ini, kemalangan seperti terjatuh atau tergelincir ketika menggunakan tandas cangkung juga kerap berlaku terutamanya kepada golongan warga emas dan kanak kanak. Jadi, menukar tandas cangkung kepada tandas duduk pun salah satu solusi untuk mengurangkan risiko kemalangan jiwa dari berlaku. Selain itu, jika anda convert tandas anda dari tandas cangkung ke tandas duduk, kebiasaannya anda boleh request untuk buatkan double trap daripada pemasang mangkuk tandas. Kelebihan double trap ini selain memerangkap bau busuk dari lubang najis dengan lebih efisien, ianya juga boleh menghalang haiwan berbisa seperti ular, biawak dan sebagainya dari memasuki tandas anda. Memang terbaik.

4. Selain itu, untuk menyelamatkan nyawa yang tersayang supaya selamat ketika menggunakan tandas, anda boleh meminta tukang pasang mangkuk tandas anda untuk memasangkan sekali pemegang keselamatan atau safety hand rail di tandas rumah anda. Jenis yang terbaik ialah jenis stainless steel ataupun jenis plastik padu. Aksesori keselamatan tambahan seperti ni sangat membantu memudahkan pergerakan mereka yang menggunakan tandas terutamanya golongan tua yang uzur sekaligus dapat mengelakkan terjadinya kemalangan yang tak diingini.

Tak dapat dinafikan soal keselamatan tandas baik dari segi kualiti tandas itu sendiri ataupun cara menggunakannya merupakan perkara yang tidak boleh diambil mudah. Pepatah juga ada mengatakan, beringat ingatlah sebelum kena. Jangan sudah terhantuk baru nak mengadah. Semoga kita dijauhkan daripada kemalangan yang tak diingini. Dan semoga perkongsian pada artikel ini dapat menjadi pembuka mata kepada anda semua.

JOM TUKAR MANGKUK TANDAS



Artikel ini ialah artikel yang ditaja oleh TUKAR MANGKUK TANDAS MELAKA. Jika ada dalam kalangan pembaca artikel ini yang tinggal di sekitar Melaka yang memerlukan tukang pasang atau pemasang mangkuk tandas yang khusus dan berpengalaman untuk menggantikan mangkuk tandas atau mengubah mangkuk tandas anda dari mangkuk tandas jenis cangkung ke mangkuk tandas jenis duduk, boleh hubungi tukang ini. Atau Whatsapp terus dengan klik +60139688909. Terima kasih.





Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

No comments:

Post a Comment