Pages

Sunday 22 January 2023

CARA TUBUH SYARIKAT PEST CONTROL

Saya percaya jika anda terjumpa artikel ini, anda mungkin salah satu daripada ribuan pencari informasi berkaitan bisnes kawalan makhluk perosak yang sedang mencari panduan untuk menubuhkan syarikat perniagaan pest control.

Dan saya percaya ramai berkira kira atau sedang menimbang tara untuk memilih untuk menjalankan perniagaan kawalan makhluk perosak disebabkan 3 perkara iaitu potensi keuntungan yang boleh dijana, mudah mendapatkan repeat customer dan tidak memerlukan pekerja berkemahiran tinggi untuk menjalankan operasi mengawal makhluk perosak.

Tapi di sebalik kemahuan untuk membina sebuah syarikat pest control yang berjaya perlu diingat ada satu perkara yang boleh dikatakan agak crucial untuk mematuhinya iaitu hal ehwal bagi mendapatkan lesen demi pematuhan undang undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa amnya dan pihak Jabatan Pertanian khasnya.

Artikel pendek kali ini saya akan kongsikan secara khusus dan step by step berkaitan cara mendapatkan lesen bagi menubuhkan syarikat pest control yang sah disisi undang undang di Malaysia. Teruskan membaca.

LESEN PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK ADALAH WAJIB

Menjalankan perniagaan kawalan makhluk perosak memerlukan pemilik dan pekerja dalam sesebuah syarikat itu mempunyai lesen. Hal ini disebabkan nature perniagaan ini yang tidak boleh lari daripada menggunakan bermacam jenis bahan kimia berbahaya dalam operasi perniagaan setiap hari.

Dahulu sebelum saya "kisah" untuk memiliki lesen, saya pernah cuba curi curi untuk test run sendiri bisnes pest control ini tanpa lesen. Sentiasa berada dalam ketakutan bila beroperasi ialah antara feeling tak best yang sentiasa saya alami. Kedua, saya rasa saya tidak ada satu macam "panduan" yang lengkap untuk mengendalikan operasi kawalan makhluk perosak ini. Dalam hati selalu terdetik "betul ke cara bancuh racun ni" atau "betul ke racun ni selamat untuk guna dalam kawasan rumah."

Jadi, setelah bermuhasabah diri, hehe. Saya ambil keputusan untuk ambil lesen dan "study" sikit untuk dapatkan at least some basic important knowledge about pest control. Impaknya, saya tak lagi berada dalam ketakutan sebab dah ada lesen dan paling penting saya dah dapat ilmu ilmu yang diperlukan untuk mengendalikan operasi kawalan makhluk perosak sebab bila nak dapatkan lesen, kena ambil exam. So, bila ada exam, mestilah ada benda yang kena study. Bila kena study, mesti ada sesuatu ilmu baru kita dapat.

3 LESEN WAJIB UNTUK SESEBUAH SYARIKAT PEST CONTROL

Ada tiga lesen yang WAJIB dimiliki mengikut TERTIB bagi sesebuah syarikat kawalan makhluk perosak untuk beroperasi secara sah di Malaysia iaitu:

1. Lesen Pembantu Pemakai / Pemakai Racun Makhluk Perosak
2. Lesen Menjual / Menyimpan Racun Makhluk Perosak Untuk Dijual
3. Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak

Sebagai bakal owner sebuah syarikat pest control, lesen pertama yang wajib anda miliki ialah Lesen Pembantu Pemakai / Pemakai Racun Makhluk Perosak. Lesen ini melayakkan anda melakukan kerja kerja operasi pest control seperti penyemburan dan sebagainya. Jika anda berpendidikan, walaupun tanpa pengalaman. anda tak perlu ambil Lesen Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak. Anda boleh skip ambil terus lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak. Paling menggerunkan, hehe. Untuk dapat salah satu lesen diatas sama ada Pembantu Pemakai ataupun Pemakai, anda perlu LULUS EXAM. Fee untuk exam Pembantu Pemakai RM100 dan Pemakai RM150. Lesen renewable untuk setiap 2 tahun. Dihujung artikel ini saya akan kongsikan cara nak lulus EXAM PEST CONTROL dengan mudah.

Lesen kedua yang pemilik syarikat pest control wajib miliki ialah Lesen Menjual / Menyimpan Racun Makhluk Perosak Untuk Dijual. Yelah, kalau run bisnes pest control, racun racun yang korang jual dan guna semua tu mesti kena ada tempat selamat untuk disimpan kan. Lagi satu yang best bisnes pest control ni rules dia boleh bagi kita gunakan premis tingkat atas. Jimat banyak woo. Kalau wajib kena ada premis ground floor, senak boss nak bayar sewa. Hehehe. Part yang paling best untuk dapatkan lesen ni ialah tiada exam. Just kena attend kursus sahaja. Fee lesen ialah RM250 hingga RM750 mengikut jenis kelas racun yang korang nak guna dan lesen renewable untuk setiap 2 tahun.

Lesen ketiga atau lesen terakhir yang wajib korang dapatkan ialah Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak. Lesen ini melayakkan korang bergerak sebagai sebuah entiti perniagaan untuk menjalankan aktiviti perkhidmatan dan pengendalian pest control secara komersial untuk meraih keuntungan. Fee lesen ini ialah RM400 dan renewable untuk setiap 2 tahun. Nak dapatkan lesen ini tiada kursus diperlukan dan tiada exam diperlukan, Tapi wajib kena ada pemilik atau pekerja yang mempunyai Lesen Pembantu Pemakai / Pemakai Racun Makhluk Perosak. Kalau anda ialah sebagai pemula perniagaan anda, memang anda sendirilah kena ada Lesen Pembantu Pemakai / Pemakai Racun Makhluk Perosak ini. Dan nak kena ada Lesen Pembantu Pemakai / Pemakai Racun Makhluk Perosak ini seperti dimaklumkan, WAJIB LULUS EXAM. 

EXAM PEST CONTROL


Jika diteliti semula perkongsian saya diatas, saya boleh simpulkan bahawa IBU atau KUNCI UTAMA untuk semua lesen lesen berkaitan pest control ialah Lesen Pembantu Pemakai / Pemakai Racun Makhluk Perosak. Lesen ini kalau ada, lesen lesen seterusnya lebih mudah kerana lesen lesen lain hanya memerlukan modal, hadiri kursus dan tiada peperiksaan yang perlu diduduki. Tambahan pula, ada juga lesen lesen pest control lain yang memerlukan Lesen Pembantu Pemakai / Pemakai Racun Makhluk Perosak.

Untuk pengetahuan, EXAM atau PEPERIKSAAN Lesen Pembantu Pemakai / Pemakai Racun Makhluk Perosak ini hanya dijalankan sebanyak 2-3 kali sahaja dalam sesuatu tahun kalendar. Anda perlu alert dengan pengumuman tarikh peperiksaan ini yang biasanya akan di war warkan di laman sesawang dan akhbar bercetak tempatan.

HOT TOPIC BIASA MASUK DALAM EXAM PEST CONTROL


Alert sahaja tarikh exam pest control tak memadai. Paling penting ialah persediaan dari segi pengetahuan dan kefahaman berkaitan topik yang akan masuk dalam exam. Ikut pengalaman saya, ada 5 bab yang selalu akan keluar exam. Antaranya ialah:

1. Kaedah Kaedah Dan Peraturan
2. Racun Makhluk Perosak
3. Keselamatan
4. Amalan Biasa Aplikasi Racun Makhluk Perosak
5. Pengurusan Makhluk Perosak

Ramai juga yang bertanya adakah terdapat kelas, kursus atau seminar yang mengajarkan topik topik diatas sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Jawapan saya TIDAK. Saya pernah menghubungi beberapa rakan dalam industri kawalan makhluk perosak, rata rata mereka juga berpendapat yang sama. Mereka lulus exam melalui pengalaman ataupun hasil dari perkongsian pengalaman, modul atau nota nota dari rakan rakan lain dalam industri kawalan makhluk perosak. Bunyi macam bakal kembali melangkah ke alam universiti kan? Hehe.

Tapi siapa tahu mungkin rezeki anda dalam bidang pest control. Kalau dah rezeki anda, gagal dan berulangkali menghadapi peperiksaan pun, satu hari nanti pasti berjaya juga. Kalau bukan rezeki anda, walau dah ada lesen pun belum tentu ada rezeki anda dalam bisnes pest control.

Apa apa pun. Saya tetap doakan yang terbaik untuk anda semua yang tak pernah putus putus mencari peluang dan berani mencuba sesuatu benda yang baru. Itulah semangat keusahawanan sejati. Semoga berjaya!





Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

2 comments: