Pages

Sunday, 8 November 2015

APA KAITAN TANAH DAN PEMERINTAH NEGERI


1. Tanah di negeri yang mempunyai Sultan
2. Tanah di negeri yang tak mempunyai Sultan
Ingat balik, apa perkaitan, contradict dan pola2 di Negeri Negeri Selat, Negeri Negeri Bersekutu & Tidak Bersekutu
Apakah yg membuatkan bangsa lain suka bertapak Negeri Negeri Selat seperti Singapura, Penang & Melaka?
Atau tanah yg mempunyai kesultanan yg memerintah sukar dipohon?
Bincangkan. Sambil2 tu saya nak layan baca perkongsian aktiviti2 sifu pertanian dan fertigasi di wall mereka.
Jom bertani & teruskan berkongsi!

Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

SENARAI SEMAK PERSEDIAAN RAPI SEBELUM MEMOHON TANAH KERAJAAN

Salam malam.
Banyak soalan yg saya terima mengatakan yg tuan tuan semua ingin tahu bagaimana cara memohon tanah kerajaan. Ya, kebanyakan tuan tuan semua berniat ingin mengusahakan aktiviti pertanian diatas tanah yg bakal dipohon.
Walaubagaimanapun, apa saya cadangkan, mulakan dari bawah dahulu tuan tuan. Kenapa tidak kita usahakan tanah terbiar milik orang lain dulu? Ikat agreement 10-15 tahun. Kita mula dengan belajar clear kan semak samun. Dan terus mula bertani di tanah orang lain dahulu.
Dah ada untung lepas 3 tahun hasil di tanah orang, baru besarkan kapasiti untuk bertani di tanah sendiri menggunakan pengalaman yg ada. Time ini baru apply tanah kerajaan. Duit dah betul2 banyak, baru pejabat tanah yakin anda boleh bayar cukai dan premium untuk memiliki tanah. Bila mereka yakin, itu yg senang lulus. Disaat itu, clearkan belukar belantara lah pula kan!
Aktiviti pertama kita di tanah orang lain tadi kita tetap teruskan. Aktiviti di tanah sendiri kita mula. Teruskan proses ini mengikut matlamat masing2 nak ada berapa banyak ladang & nak buat berapa banyak $$$$$.
Percayalah, dengan cara ini, tanpa pembiayaan bank pun, perniagaan pertanian tuan tuan boleh berkembang!
Nota: Salah satu punca permohonan gagal ialah kegagalan membuktikan kepada pihak yg berkuasa bahawa kita banyak $$$$$ dan layak untuk memiliki tanah tersebut.
BACA NOTA DI GAMBAR UNTUK BERMULA MENGUSAHAKAN TANAH TERBIAR
Tuan tuan rasa belajar benda baru? Kongsikan kepada rakan rakan yang lain.

Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

BAGAIMANA HENDAK MEMASTIKAN PRODUK KELUARAN ANDA BOLEH MEMONOPOLI PASARAN DENGAN SEMPURNA

Berikut ialah jenis kategori/rantaian perniagaan:
ABC RESOURCES: Pengeluar yang mengeluarkan produk mentah.
ABC MANUFACTURING: Pengilang yang memproses produk mentah kepada produk siap.
ABC WHOLESALE: Memborong dan mengedar produk mentah & produk siap dalam konsep Business-To-Business.
ABC MARKETING: Menjual produk mentah dan produk siap di pasaran runcit terus kepada pelanggan dalam konsep Business-To-Customer.
ABC HOLDING pula ditubuhkan untuk mengawal keempat empat subsidiary tersebut untuk tujuan:
1. Menaikkan volume pengeluaran.
2. Supaya pengawalan turun naik harga boleh dikawal.
3. Dan membawa kepada keuntungan hasil daripada pasaran yg sudah di dominasi.
Ulang lagi SOP yg sama untuk mendominasi produk/crops yg lain pula.

Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

Saturday, 7 November 2015

KADAR SEWA TANAH SEEKAR RM100

Ada lagi ke kadar sewa tanah seekar RM100-RM150 untuk sewaan setahun?
Kalau ada, kenapa beli kalau menyewa lagi untung?
Firasat Hati: Atau mungkin ini kadar sewa 'kawtim' sesama rakan kot.

Ada rancangan nak usahakan tanah? Klik sini untuk baca cara MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN dari projek yang diusahakan.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

BERIKUT IALAH CARA & KELEBIHAN KENAPA ANDA PERLU MILIKI KEDIAMAN SENDIRI DI KAMPUNG

HARGA RUMAH DI BANDAR MAHAL?
Ini salah satu penyelesaiannya.
1. Beli tanah pertanian sekurangnya 1 ekar.
2. Cek zoning tanah tersebut dan pastikan kediaman dan bukannya industri ataupun lain2.
3. Pecah lot dan ambil 1/5 bahagian untuk buat rumah.
4. 4/5 bahagian kerjakan jadi projek pertanian.
5. Purata pendapatan hasil tani sebulan rm2500-rm10500.
Nota 1: Hasil pendapatan tersebut lebih berbaloi daripada jadi "miskin bandar". Kos ke tempat kerja dapat dijimatkan sebab halaman rumah anda ialah tempat kerja anda.
Nota 2: Boleh gunakan hasil pendapatan anda untuk bayaran pinjaman jika anda bermula dengan berhutang.
Nota 3: Menjelang tahun 2020, kebanyakan akan beralih kepada aktiviti menghasilkan pendapatan dari rumah. So, siapa kata kerja di internet sahaja boleh buat dari rumah?
Nota 4: Jika bermula dengan 2 ekar, kos bina rumah boleh dapat free! Nak tahu?
Betullah kata pepatah "BALIK KAMPUNG TANAM JAGUNG". Yang ada pm saya runsing kena buang kerja n etc, jangan takut kalau kena buang kerja time ekonomi tengah down begini. Rezeki Allah di mana mana. Yang penting kena sentiasa rajin berusaha. Dan jangan takut cuba benda baru. Insyallah.

Dah baca apa kesan dan akibat kalau TERIKUT IKUT ORANG LAIN BELI RUMAH? Klik sini untuk baca.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

KENAPA PERMOHONAN TANAH KERAJAAN ANDA TAK LULUS

Anda pohon tanah 10 ekar. Guna atas nama orang perseorangan/individu. Tanpa mempunyai apa2 dokumen yg meyakinkan anda boleh bayar premium tanah dan yuran2 lain untuk tanah 10 ekar tersebut, anda rasa pihak yg berkuasa nak meluluskan atau tak?
Pihak berkuasa tersebut banyak kerja dan banyak permohonan perlu diuruskan. Ingat tak tension ke bila LPS atau geran dah dikeluarkan, tapi last2 anda beritahu anda surrender tak jadi nak miliki tanah tu sebab takde duit utk bayar premium, duit cukai, duit untuk usahakan tanah & alasan lain. Mereka pun manusia.
Ramai beb beratur nak tanah murah hari ini.
Pernah fikir kenapa ladang2 besar macam FELDANG, KOPERASI PERMODALAN FELDANG, BEBERAPA KEMENTERIAN YANG DIPERBADANKAN, SIME DARBANG, GENTONG PLANTATION DAN SEBAGAINYA senang dapat tanah? Rasa2 korang mereka beli dari pemilik individu ke?
Tidak! Diawal mereka kebanyakan dapat kurniaan dari kerajaan.
Bagaimana mereka boleh yakinkan kerajaan untuk mengurniakan tanah kepada diorang untuk diusahakan???
Mereka yakinkan dengan menunjukkan dokumen kewangan paling asas iaitu PENYATA & LAPORAN KEWANGAN seperti cashflow statement, income statement dan profit & loss statement.
Penyata kewangan yg sihat akan memudahkan lagi urusan untuk mendapatkan tanah kerajaan.
Ditambah pula mereka ini membuat MOU & MOA untuk memberikan keuntungan tambahan kepada kerajaan.
Kerajaan/orang kerajaan kalau dengar pendapatan tambahan ini, mesti suka!
Persoalan saya, individu/orang perseorangan ada ke penyata kewangan?
Tak kisahlah ada atau tidak, apa alasan anda dan kenapa masih lagi memohon tanah kerajaan atas nama individu?
Pesanan saya, kalau nak apply tanah seekar, biarlah persiapannya seperti nak apply tanah 10 ekar.
Jangan nak apply tanah 10 ekar, tapi persiapan seperti hendak memohon tanah seekar.
Think big & you will grow big!

Klik sini untuk baca sebab musabab anda KENA SABAR dalam dunia tanah ni.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

RAMAI TAK TAHU PENTINGNYA PERGI KE PEJABAT TANAH SEBELUM MEMBAYAR DEPOSIT PEMBELIAN TANAH

Sepanjang berkecimpung dari tahun 2011 dalam dunia tanah tanih ini, antara tempat yg sering saya lawati ialah PEJABAT TANAH.
Kenapa nak pergi pejabat tanah?
Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah untuk mendapatkan DATA YANG SAHIH DAN TERKINI.
Bagaimana nak dapatkan DATA YANG SAHIH DAN TERKINI?
Senang sahaja. Cakap sahaja anda nak:
1. Salinan sah atau
2. Carian rasmi hakmilik atau
3. Carian persendirian
Sekurangnya, anda dapat tahu:
1. Betul ke nama penjual betul seperti yg tertera di geran. Hidup atau mati ke. Satu penama atau banyak penama ke.
2. Kategori tanah tersebut bersesuaian atau tidak dengan matlamat projek yg bakal anda usahakan.
3. Sekatan sekatan tanah tersebut yg boleh membuatkan anda layak/tidak layak untuk memiliki tanah tersebut.
4. Tempoh pajakan yg tinggal, gadaian, luas tanah & cukai.
Ada yang tanya saya penting ke tidak buat carian ini???
Jawapan saya: TAK PENTING KALAU ANDA TAK TAKUT KERUGIAN MENDAPAT TANAH BERMASALAH ATAU DEPOSIT ANDA BURN ATAS KES KES TERTENTU.

Masih tercari cari peluang KAT MANA NAK MELABUR? Klik sini kalau nak tahu.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com 

Friday, 6 November 2015

MENCARI PEMBEKAL CILI

Salam rakan rakan. Ada rakan2 pembekal cili kering tak? Kalau ada mohon kenalkan diri atau tinggalkan contact rakan2 yg boleh membekalkannya di ruangan komen. Harap boleh kerjasama untuk jangka masa panjang. Terima kasih.

Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

HAK SEORANG MUSLIM TERHADAP MUSLIM YANG LAIN

Selamat pagi Jumaat rakan rakan. Semoga kita memperoleh segala keberkatan pada hari ini. Insyallah.

Nak semak harga semasa tanah? Klik sini.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

KENAPA ILMU TANAH BERSAHABAT DENGAN ILMU PERTANIAN

Ilmu tanah=Ilmu berkaitan hal ehwal perundangan tanah seperti cara menyewa tanah, cara membeli tanah, cara memohon tanah rezab GLC, cara memohon tanah kerajaan, cara berurusan dengan pejabat tanah untuk mendapatkan kelulusan, CARA MENGETAHUI LOKASI TANAH KERAJAAN YANG BELUM PUNYA HAK MILIK UNTUK KITA BELI MURAH-MURAH DARI KERAJAAN TANPA MELALUI BROKER, cara memilih juruukur, cara memilih peguam, cara mendapatkan pembiayaan tanah dan pertanian & sebagainya.
Ilmu pertanian: Ilmu berkaitan hal ehwal mengoptimumkan hasil pertanian diatas tanah seperti cara menyemai benih, pemilihan baja, kawalan penyakit, perancangan ladang, pengurusan ladang, pemasaran hasil, pemprosesan hasil, inventori hasil dan sebagainya.
Ilmu hartanah=Ilmu berkaitan hal ehwal harta tanah seperti sewaan kediaman, sewaan rumah, sewaan bilik, sewaan kedai, jual beli bangunan, pengurusan bangunan, penilaian nilai bangunan dan sebagainya.

Masih mencari idea APA NAK BUAT KALAU ADA TANAH? Klik sini untuk baca.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

TANAH KERAJAAN BERJAYA DI POHON DENGAN HARGA RM500/EKAR DENGAN BERURUSAN SENDIRI TERUS KE PEJABAT TANAH TANPA MELALUI BROKER/AGEN/ORANG TENGAH

1. Kena tahu spot adakah itu kawasan tanah kerajaan atau tanah terbiar yg sudah ada pemilik.
2. Jika spot mengena & sah tanah kerajaan yg dalam zone, teroka dahulu atau mohon dahulu tak jadi masalah. (Boleh cari lokasi di internet seperti di gambar untuk cari spot tanah kerajaan)
3. Mohon terus untuk mendapatkan GERAN/GERAN MUKIM.
4. Jika tak dapat, tak mengapa.
5. Mohon HSD/HSM.
6. Kerajaan suka walaupun HSD/HSM sebab dapat $$$$$ dari cukai tahunan yg dikenakan. Kita pun tak kisah, bayar cukai baru rm20.
7. Lepas 3 tahun, mohon PAJAKAN/PAJAKAN MUKIM.
8. Waktu inilah permainan bermula. Nombor-nombor yg pejabat tanah tawarkan seperti RM500/ekar - RM1000/ekar ini pasti buat kita senyum lebar.
9. Layan terus pertanian 99 tahun.
10. Sambil2 tu, kentalkan hati dengan ilmu ilmu tanah yg ada untuk dapatkan GERAN/GERAN MUKIM.
Next: Saya akan kongsikan di WALL FB SAYA teknik agak "kejam" tapi halal iaitu BAGAIMANA NAK CARI LOKASI TANAH KERAJAAN YANG SUDAH MEMPUNYAI PERTANIAN TIDAK SAH DIATASNYA UNTUK KITA MOHON SAMPAI DAPAT. Ini lagi mudah untuk lulus. Insyallah.
Saya cuma kongsikan. Terpulang kepada tuan2 dan niat tuan2. Industri pertanian untuk bumiputera kalau tengok polisi perundangan, memang bias. Jeles non bumi kalau tahu.
Seperti di gambar:
Lot kuning bernombor ialah tanah yg dah mempunyai pemilik.
Lot kelabu di pinggir lot lot kuning ialah tanah kerajaan.
Di gambar kedua ialah cara nak kaji kecerunan tanah yg nak dipohon adakah berbukit atau tanah rata yg sesuai dengan jenis pertanian yg akan dijalankan.
Sekian & thanks.

BAGAIMANA NAK TAHU SESUATU TANAH YANG DIIKLANKAN ITU BETUL-BETUL MURAH ATAU TAK? Klik sini untuk baca.

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com

CONTOH PELAN TANAH YANG ANDA PERLU TAHU

Baru jumpa. Tak payah bersusah susah ke Pejabat Tanah Melaka tunggu berminggu minggu. Teknologi di hujung jari. Hidup mesti cergassss broooo.
Bersambung...

Klik sini untuk baca teknik maksimakan keuntungan hasil KOMBINASI PELABURAN TANAH+LEMBU+SAWIT

Muhammad Rafiq Adnan

rafiqadnan69@gmail.com