10 tahun pengalaman dalam dunia kapitalis hartanah dan dunia branding banyak memberikan laluan untuk bersuai kenal dengan pelbagai jenis manusia dan pelbagai jenis RAGAM manusia. Yang tamak, yang rakus, yang playsafe, yang berhati hati, yang acah acah, yang rasa bagus dan sebagainya. Ada yang aku berkawan, ada yang aku berlawan.
Dalam banyak banyak bidang hartanah yang aku ceburi, bidang hartanah yang asal berkaitan jual beli aku nampak ialah bidang yang paling banyak meragam. Sebab apa banyak ragam & sakit? Sebab bidang ini bidang lubuk untuk buat segala maha duit tanpa kira halal haram. Kau akan jumpa situasi situasi si penjual makan pembeli, kau akan jumpa situasi bakal pembeli kena makan dan kau akan jumpa situasi taburan janji janji dan manifesto manifesto macam pilihanraya.
Dalam banyak banyak isu, untuk post ini, aku nak highlightkan topik berkaitan APA YANG DIKATA DAN APA YANG DI WAR WAR KAN OLEH SI PENJUAL HARTANAH MULAI SESUATU HARTANAH ITU DIIKLANKAN SEHINGGALAH PROSES TAWAR MENAWAR DILAKUKAN.
For the sake of marketing, for the sake of sales and not for the sake of GOD, semuanya dikatakan boleh dilakukan. Bila dah jumpa, bila dah ada masalah, bila dah bayar deposit, semuanya jadi lain. Agensi hartanah ke, perunding hartanah berdaftar ke, broker haram, halal, makruh ke sama sahaja. Lepas komisen dapat, post sikit kat FB, ucap Alhamdulillah, consider halal dah komisen tu. Nah. Ini antara 5 trick paling famous mulai dari marketing sampai buat sales (Hati hati no 4) yg ramai buaya hartanah praktikkan:
1. GAMBAR KAT IKLAN LAIN, BILA VIEWING LAIN
2. HARGA KAT IKLAN LAIN, BILA VIEWING HARGA JADI LAIN
3. MULA MULA DEPOSIT RM10K, LEPAS TU MINTAK LAGI JADI RM15K
4. EJEN PEMAJU KATA RUMAH SIAP PADA BULAN JANUARI. TAPI SIAP PADA DISEMBER. PATUTNYA BILA LAMBAT, PEMAJU KENA BERTANGGUNGJAWAB. TAPI INI PEMBELI YANG KENA BAYAR PULA. PEMAJU KATA PROJEK LAMBAT SEBAB BANK YANG LAMBAT RELEASE DUIT. BILA BANK LAMBAT, SEPERTI DALAM PERJANJIAN, IANYA CONSIDER TANGGUNGJAWAB PEMBELI. JUAL BELI APA INI?
5. MULA MULA KATA HARTANAH TAKDE MASALAH, LAST LAST WALAUPUN LOAN DAH LEPAS, NAK TUKAR NAMA GERAN PUN TAK LEPAS.
Pengajarannya, jangan telan jilat dalam dalam apa yang kau baca dan apa yang kau dengar dari jurujual. Kau lengkapkan dulu diri kau. Kalau rasa belum lengkap lagi dalaman tu, takyah tergesa gesa. Ada banyak kelakuan yang dikira dosa besar, takde satu pun ianya disebabkan kelakuan tak beli rumah dari ejen kesayangan korang tu. OK?
Oh ye. Nak share lagi so called kajian kes aku. Siang tadi aku viewing as pembeli setelah meng-usha satu iklan teres satu tingkat untuk dijual berdekatan bandar Melaka. Usha kat mudah.my. Iklan dari ejen ni aku suka. Sebab aku rasa ejen ni bagus dan jujur dari segi informasi iklannya. Tapi lepas beberapa minit kami berborak, aku bagi dia cakap banyak dan aku mengHUMINT kan dia, aku silap. Akhirnya dia keluar ayat yang aku paling jengkel iaitu:
"Belilah rumah muda muda ni selagi masih mampu. Sekarang ramai dah berusia pun masih menyewa".
Aku balas "Saya memang plan nak menyewa sampai hujung usia pun kalau saya jadi beli rumah yang awak nak jual ni"
Ejen tu buat muka kentut.
Aku tambah "Ramaikan sekarang orang risau menyewa rumah. Yelah. Stigma orang kita kalau menyewa, habislah kalau Tuan rumah halau. Habislah tu. Habislah ni. Merempatlah."
Setelah aku dapat tahu dia dah beli rumah dan dah ada rumah sendiri, aku tanya ejen tu "Rumah awak beli tu, elektrik awak amek service provider apa?"
Dia blur jawab "Hah. Service provider? Apa tu?"
Aku mula sesi menganjing "TNB lah kan. Sebab TNB satu satunya yang bekal elektrik kat kawasan perumahan elit awak tu di semenanjung Malaysia ni. Begini, why not awak bukak company utilities sendiri. Yelah takkan nanti dah berusia pun masih bayar bil TNB."
Dia tengok aku tepat, angguk slow motion sambil senyum tanda faham. Aku rasa dah dia malas nak layan aku.
Aku terus stop tak jadi meneruskan sesi menganjing sebab subjek ambil langkah kurang bertindak balas. Kalau tak, mahu keluar contoh takkan sampai tua nak bayar bil air SAMB baik buka empangan sendiri, bil Indah Water baik buka loji taik sendiri n bla bla. Haha.
Dari side aku, simple. Nak menyewa ke, nak beli ke, biarlah. Ianya pilihan macam kau pilih telco company. Ianya sama macam kau pilih nak makan kat kedai mana. Wahai jurujual jurujual, tak perlu guna point "takkan nak menyewa sampai tua" semata nak melariskan jualan kau. Belajarlah cara lain yang lebih gentle untuk lariskan jualan tu.
DAH MEMANG LUMRAH MANUSIA KAN?
Seperti yang aku mukadimahkan diawal post ini, manusia semakin tenat. Sibuk nak kumpul hartanah, tapi bumi pun semakin rosak. Apa guna rumah ada berpuluh unit, tapi bumi hak milik bersama ni, tanah ni, alam sekitar ni rosak. Panas, asap, habuk & tercemar.
Dan paling penting, segeralah cari ubat. Ubat apa. Ubat untuk jiwa tu. Haaa kaulah. Kau yang baca post ni.
Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com
No comments:
Post a Comment