Pages

Friday 6 January 2023

SELAMAT TAHUN BARU DAN PELUANG BISNES 2023

BISMILLAH. Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat bersempena kehadiran tahun baru 2023. Mengikut posting terakhir saya pada tahun 2019 di artikel ini, hampir 3 tahun setengah juga blog ini tidak menerima artikel ilmiah terbaru untuk dikongsikan. 

Walaupun begitu, saya tetap terus menerus membalas email dan menjawab komen para pembaca blog ini. Maafkan juga jika ada terlewat atau terlepas pandang. Inilah hakikat insani akhir zaman yang sentiasa sibuk saban hari hingga lupa amanah memberi.

BERAKHIR JUMAAT, BERMULA JUMAAT SETELAH 1288 HARI


Jika ingin diceritakan apa yang telah berlaku dan apa yang telah saya lalui sepanjang menghadapi kesibukan dalam tempoh 1288 hari tersebut, memang banyak. Tapi disini saya akan highlight kan pengalaman pengalaman saya yang berkaitan kesukaan pembaca blog ini sahaja. Antaranya:

1. PERISTIWA TAHUN 2020. Semua sedia maklum wabak COVID-19 melanda seluruh dunia. Yang ini tidak perlu saya huraikan lebih lanjut berkaitan wabak tersebut. Tetapi akan ada satu artikel khas saya akan kongsikan bagaimana saya boleh raih banyak pendapatan dalam bidang jual beli barangan input pertanian secara dalam talian melalui platform ini pada zaman pandemik tersebut, dikala kebanyakan orang struggle untuk mencari sesuap nasi. Dan perniagaan tersebut masih berkekalan sehingga artikel ini ditulis. Alhamdulillah.

2. PERISTIWA TAHUN 2021. Rentetan kepada pengembangan perniagaan barangan input pertanian yang saya usahakan dengan pelbagai cara dan di pelbagai platform online dan offline, rangkaian kenalan pembekal, pengedar tunggal dan sole distributor malah kilang berkaitan industri pertanian juga dapat dijalinkan. Jika ada dalam kalangan pembaca ini pernah dengar jenama mesin jentera pertanian ini dan menggunakannya, mungkin lepas ini kita boleh berjumpa.

3. PERISTIWA TAHUN 2022. Memperoleh aset tanah strategik di sebelah jalan utama di Melaka dan berhadapan pusat pengumpulan hasil pertanian milik kerajaan. Memiliki tanah pada perspektif saya boleh disifatkan sebagai klimaks atau the holy grail dalam perjalanan perjalanan pengembangan perniagaan saya. Lebih lebih lagi perolehan tersebut ialah perolehan yang kita tidak pernah rancang, kita tidak pernah terlintas dan datang bagaikan bulan jatuh ke riba. Alhamdulillah. Berkat dari bidang pertanian yang diceburi dan jalinan kenalan yang terjalin sesama usahawan dalam industri yang sama.

So, apa peluang bisnes tahun 2023 yang bakal mendatang atau yang naluri kita sudah merasakan bakal hadir memberikan salam mengetuk pintu hati kita sambil menawarkan peluang dan 1001 harapan? Share lah di komen bawah.



Muhammad Rafiq Adnan, rafiqadnan69@gmail.com

1 comment:

  1. Pusat tuisyen. Mohon doakan kami dan semua umat islam seluruh dunia 🤲🏼

    ReplyDelete